Sunday 30 October 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA

STICKY POST
(Kindly Scroll Down For Latest Entry)

klik banner terus jumpa blog penganjur..

PERTANDINGAN
BIARKAN GAMBAR MENGUNGKAPKANNYA.
(Senyum Ikhlas Senyum Palsu) 
Contest ini anjuran En Daniel Adie...unik betul contest yang ayien join kali ni...
Mood join contest datang..jom kita mengontest tengok sape yang kena...hahaha..
hadiah lumayan juga..nak-nak buat pengemar coklat dan natang yang asyik nak marah je tu...Burung Marah...hahaha
Ayien telah mempertaruhkan PHOTO ini


malas nak citer banyak...sendiri tau mana yg xbape semenggah senyum nye tu...
Slogan: terkadang senyuman palsu terukir apabila terpaksa memuaskan hati orang lain.Senyuman yang ikhlas selalu datang dari hati yang ikhlas tanpa perlu paksaan.




Dengan ini ayien berbesar hati untuk mengajak 2 orang teman blog ayien yang rajin mai sini... iaitu....

I
I
V

selamat maju jaya

Thursday 27 October 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

Sebenarnya semalam ayien baru je join segmen macam ni...tapi tah nape ayien lagi suka segmen yang Lyssa_Secret wat.....


Syarat - syaratnya :

1. Wajib LIKE Fanpage Facebook Lyssa >> TEKAN SINI !!
2. Harus Tengokk Ni >> SINI !  dan SINI ! dan  SINI ! .
3. Buat satu entry yang bertajuk : SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!
4. Letak Header Lyssa Kat Atas Ni Di Entry Tersebut . 
5. Dalam entry tersebut perlu ada :
  • Cerita Mengenai Latar Belakang Diri Korang (tak kesah lah apa - apa pun supaya orang lain tahu korang ni siapa .
  • Kenapa Korang Buat Blog ??
  • Siapa Orang Yang Telah Menarik Anda Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ??
6. Mudah je kan ? Bila entry itu sudah siap , hantar link tersebut di ruangan komen entry ini.
*Tarikh Tutup : 27/10/2011 pukul 4.00 petang ! (Jangan Tunggu Lama - Lama !)

jom kita mula bercerita
 
Cerita Mengenai Latar Belakang Diri Korang
 
Nama sebenar ayien memang agak pelik...susah nak jumpa..kalau dalam Malaysia ni nama Maisarah,Nadia,Marshita,Fatimah dan Atiqah kita senang jumpa tapi Zaituain pernah kah korang jumpa?huhu..ok2 nama sebenar ayien Nur Zaituain Osman dan berasal dari Melaka..still lagi study dalam bidang nursing dan insyaallah akhir tahun ni tamat dah pengajian ayien...baru je berusia 22 hari...muda x???>_<
 
Kenapa Korang Buat Blog ??

Kenapa ayien buat blog?soalan paling mencabar sebab ayien sendiri tak tahu apa tujuan ayien mula-mula buat blog....kira macam gamble je buat blog ni...kalau ada orang terjah blog kita memang happy sangat walaupun blog ayien tak sehebat mana...

 


Siapa Orang Yang Telah Menarik Anda Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ??

Sebenarnya ayien banyak jadi silent reader so dari situ datangnya minat nak cuba join dalam dunia blogger.Serius tak sangka bukan setakat berfacebook kita dapat kawan dengan blogger pun boleh tambah kenalan....Agak lama la jugak lepas buat blog ni ayien sunyi jap...tapi bila datang fenomena Jejari Runcing terus ayien mula aktif balik...


babai,,,=)

Wednesday 26 October 2011

Segmen mari kenali saya dan blog saya

Hari ni ayien join satu segmen ni...anjuran TaufiqNazli  ..macam menarik...riindu nak join segmen....=)
klik banner



Tentang Ayien
Status yang utama ayien masih lagi anak emak yang selalu rindukan dia 24 jam...hihihi...
sebenarnya mula-mula berblog dulu sekadar nak ikut kawan-kawan dan cuba sesuatu yang baru,mungkin jugak masa tu ayien terpengaruh dengan jejari runcing...hihi...sebelum tu biar ayien cerita serba sedikit tentang ayien..ayien still study dalam cos nursing dan kalau tak ada aral hujung tahun ni akan tamat pengajian..memang suka surf internet dan sebab tu lecturer pesan dengan ayien kurangkan bersosial dalam internet...huhu...=)(dah addict..ada tak vaksin untuk penyakit ni???)

Blog ayien jenis macam mana?

Actually waktu mula-mula buat blog tu memang niat nak story about me,myself and I only..tapi dalam kepala ni terpikir,ada ke orang yang nak baca tentang kisah aku?popular ke aku sampai hari-hari orang nak baca entry aku...

so ayien pun pikir elok ayien tak tetapkan jenis apa blog ayien ni,dan ayien boleh buat entry mengenai apa saja,diri sendiri,info semasa,download link,artis pujaan atau pun pelajaran ayien...lebih kurang entry ayien tak terikat pada satu kisah je dan menceritakan mengenai semua perkara yang ayien terpikir nak kongsi dengan semua....

bye...

WORDLESS WEDNESDAY #10

Tuesday 25 October 2011

Disebalik Ombak Rindu dan OST Ombak Rindu

 Semakin dekat tarikh 1 December semakin tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu...Tak sabar nak tengok gandingan mantap Maya Karin,Aaron Aziz dan Lisa Surihani...dapat tak Maya hayati perasaan Izzah dan segala rasa yang kita semua pembaca dapat rasa dari novel tu....Mampu ke Aaron menjadi sekejam Hariz dalam novel tu...semua menjadi persoalan dihati..

Now memang sedang mencongak-congak nak beli tiket wayang untuk tengok cerita ni....hopefully filem ni akan jadi sehebat novel nya...

Novel Ombak Rindu ni best kerana lain dari novel yang ada masa tu...percintaan Hariz dan Izzah unik,Hariz lelaki yang ego semcam akhirnya tunduk kepada kuasa cinta Izzah...

Tengok Trailer pun dah best...nak2 part Aaron Aziz kan...=)




mak jah,pak dollah(ayah kandung Hariz),Mail

semasa Izzah keguguran
kampung Izzah
kalau tak silap ni kawan Hariz yang nama Wafiah

jangan lupa tempah tiket awal-awal...ayien rasa sure la sold out punya....

Kembar Tiz Zaqyah

Dah lama dah tangan ayien ni naik menaip mengenai persamaan Tiz Zaqyah dengan seorang artis seberang ni...Agenes Monica...setiap kali tengok muka Tiz mesti terbayang muka Agnes dan macam tu jugak bila tengok muka Agnes.....tak tahulah kalau ayien sorang je perasan tentang persamaan tu....jom kita tengok..
Agnes Monica macam Tiz Zaqyah ke Tiz Zaqyah macam Agnes Monica?

Monday 24 October 2011

Terima Kasih abang EqbalZack

Hari ni happy  sangat sebab dapat hadiah dari abang Eqbal...nice person...ceritanya macam mana ayien boleh dapat hadiah tu sebab join contest abang Eqbal yang ini..hadiahnya ialah button dari Eqbalzack.com....tapi pemenang sebenar belum diumumkan sebab contest still berjalan..wait and see siapa yang kena...huhu

Ingat senang kah nak dapat..before ni jeles jugak bila orang buat entry dapat button dari abang Eqbal..akhirnya ayien berjaya jugak dapatkan button tu...terima kasih abang Eqbal..

Friday 21 October 2011

Yasmin Hani selamat bergelar isteri Shahrin

Alhamdulillah Yasmin Hani Richardson selamat bergelar steri kepada Shahrin dan semoga perkahwinan mereka kekal selamanya..Pernikahan teah berlangsung di Duchess Place,Jalan Ampang dan mereka selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz...Yasmin Hani menerima wang hantaran sebanyak 32k,berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.Majlis resepsi akan diadakan di tempat yang sama pada malam ini
gambar pernikahan yasmin hani


gambar pernikahan yasmin hani
gambar pernikahan yasmin hani
gambar pernikahan yasmin hani
gambar pernikahan yasmin hani

Thursday 20 October 2011

Download Drama Soffiya

Pelakon
Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli

Sinopsis
Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

Download Link

Episod 19 - 24 Okt
Episod 18 - 20 OktEpisod 17 - 19 Okt
Episod 16 - 18 Okt - 134mb
Episod 15 - 17 Okt - 134mb
Episod 14 - 13 Okt - 127mb
Episod 13 - 12 Okt - 126mb
Episod 12 - 11 Okt - 132mb
Episod 11 - 10 Okt - 138mb
Episod 10 - 06 Okt - 131mb
Episod 09 - 05 Okt - 142mb
Episod 08 - 04 Okt - 143mb
Episod 07 - 03 Okt - 144mb
Episod 06 - 29 Sept - 120mb
Episod 05 - 28 Sept - 124mb
Episod 04 - 27 Sept - 116mb
Episod 03 - 26 Sept - 101mb
Episod 02 - 22 Sept - 123mb
Episod 01 - 21 Sept - 127mb

selamat berdownload

Wednesday 19 October 2011

Kanak-kanak digilis-Nilai Sivik semakin kurang

Seluruh dunia sedang kecoh pasal di China budak berusia 2tahun dilanggar van dan kemudian tak ada seorang pun yang menghiraukannya.Mereka hanya memandang sekali imbas dan meneruskan perjalanan mereka...sungguh kejam.
Sanggup mereka tengok kanak-kanak kecil yang terkulai layu ditengah jalan raya tanpa memberi sebarang pertolongan.Seperti mereka melihat sampah ditepi jalan.Mereka macam dah tak ada sivik,pentingkan diri dan tak ada hati perut...Betapa kanak-kanak tu menahan sakit dan cuba meminta pertolongan orang ramai kalau ia termampu..
Ada yang mengatakan kalau di China memang begitu yang terjadi,kalau kita dengan baik hati menolong orang yang jatuh atau kemalangan kita akan dipersalahkan dan segala kos perbelanjaan perubatan terpaksa dibayar..mungkin itu salah satu sebab mengapa mereka tidak mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan...

Pemandu Van itu juga mengaku beliau tahu telah melanggar seorang budak tetapi meneruskan perjalan sehingga tayar belakang pula yang melenyek budak itu,ini kerana beliau memang sudah berhasrat untuk mematikan budak itu supaya denda yang dikenakan kepada beliau berkurangan dan sekiranya budak itu hidup,segala kos sara hidup akan dikenakan terhadap beliau....

Nilai perikemanusian semakin hilang di muka bumi kita...

Wordless Wednesday #10

WW yang paling gedix ^_^

Kolej Nilam catat sejarah pertamanya

Bangga seyh bergelar pelajar Nilam Kolej..bangga bila semua pelajar lulus dengan cemerlang dan LJM pun ramai dapat distinction..sebelum ni Kolej Nilam memang agak low profile dan malu-malu kucing...


MELAKA 18 Okt. - Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam (Kolej Nilam) melakar sejarah pertamanya apabila berjaya melahirkan 227 graduan dalam konvokesyen yang berlangsung di Hotel Bayview di sini, semalam.
Penasihat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul Latiff Awang berkata, bilangan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.
Menurutnya, pertambahan jururawat di negeri ini secara tidak langsung memajukan sektor pelancongan perubatan bagi menjana ekonomi negeri.
''Jururawat amat diperlukan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam di sini.
Kolej Nilam yang memulakan pengajian dengan seramai 15 orang pada tahun 2006 dan setakat ini sudah melatih seramai 568 pelajar dalam jurusan terbabit.
Menurut Dr. Abdul Latiff, kesemua pelajar yang tamat pengajian pembelajaran di kolej itu telah mendapat pekerjaan di merata tempat di Malaysia dan juga di Singapura.
Beliau berkata, Kolej Nilam adalah milik syarikat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd. dan para pelajar menjalani program Diploma Kejururawatan selama tiga tahun.
''Program ini telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.
Ujarnya, semua jururawat yang dilatih lulus 100 peratus dalam Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Syarat Masuk Dalam Daftar Am, malah 12 orang daripada mereka mendapat markah cemerlang.
Kolej Nilam terletak di Jalan Malim, Bacang di sini, memiliki keluasan seluas 2.8 hektar dengan kemudahan dan tempat yang kondusif buat pelajar.
Beliau berkata, Kolej Nilam kini melangkah setapak lagi dengan pembinaan sebuah kolej baru di Jalan Klebang.

Barisan hadapan dan kedua:Lecturer dan Clinical Instructor
info:UTUSAN MALAYSIA

Eqbalzack.com Mothly Contest

Dari semalam asyik tinjau-tinjau blog Abg Eqbalzack tengok contest baru yang beliau anjurkan...dalam hati kata nak ke tak nak join ni....hahaha...macam nak join tapi...

Tak pelah join juga sebab ayien memang suka join contest...Disebabkan BI yang berterabur kang sepatah haram tak da sapa paham ayien buat entry ni dalam Bahasa Malaysia..lagi pun ayien nak memartabatkan bahasa kebangsaan kita...hahahha


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
[Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries]
1.  All entries must be original. Strictly NO PLAGIARISM! 
2. Open to my old and new followers.
3. Write a short entry in Malay or English based on the title (300 words or fewer). Entries outside the word limitation will be disqualified.
4. Leave the permalink (URL) in the comment box.

1st PRIZE x 1 
Winner will get CASH RM50 + eqbalzack.com button 

2nd PRIZE x 1 
Winner will get CASH RM30 + eqbalzack.com button 

3rd PRIZE x 1 
Winner will get CASH RM20 + eqbalzack.com button 

CONSOLATION PRIZES 
All participants will get eqbalzack.com button

Tajuk mengenai :
Rich Blogger: Fact or Fiction?

Blogger kaya samaada kenyataan atau cerita rekaan semata-mata.Bukan semua blogger boleh menjadi kaya dengan sekadar berblog.Kita dapat lihat ramai blogger sekarang memasarkan iklan di dalam blog mereka dan bukan semua mereka bernasib baik dipandang oleh pihak advertiser.Sekiranya blogger punya mengikut yang ramai dan jumlah unik view sehari melebihi 3K tidak mustahil mereka mampu membuat duit dengan cara berblog.Kini pihak pengiklan lebih berminat kepada blog-blog yang mampu menjual iklan mereka.

Pihak pengiklan gemar menyiarkan iklan berbayar mereka kepada blog yang mempunyai unik view yang tinggi.Kita juga dapat melihat pengakuan beberapa orang blogger mengenai bayaran yang diterima dari pihak pengiklan.Bukan sedikit tetapi kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.Disini menunjukkan dengan berblog mereka mampu meraih pendapat walaupun dengan sekadar menulis.

Menjadi kaya dengan berblog mungkin adalah mustahil tapi sekiranya disertakan usaha yang keras dan mampu menaip berpuluh-puluh entry dalam sehari mungkin akan menjadi kenyataan.

Bagi ayien menjadi kaya dengan berblog adalah rekaan semata tapi meraih pendapatan walaupun sedikit dengan berblog adalah kenyataan.

Tuesday 18 October 2011

Download Cinta Elysa



Para pelakon
 Fasha Sandha,Johan Asari,Jalaludin Hassan,Zila Bakarin,Ika AF


Sinopsis
Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.


Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Link Download

Episod o6 -18 Okt
Episod 05 - 11 Okt - 123mb
Episod 04 - 04 Okt - 131mb
Episod 03 - 27 Sept - 122mb
Episod 02 - 20 Sept - 115mb
Episod 01 - 13 Sept - 120mb


Cinta Elysa Best...

Sape suka tengok Cinta Elysa...angkat tangan...malam ni episod seterusnya untuk Cinta Elysa...Minggu lepas tengok sangatlah best,sampaiboleh nangis tengok betapa kecewa Dato'Jasman dengan perangai isteri dia yang curang...last-last dia meninggal kena pukul masa nak pergi Solat subuh..memang superb hebat la drama Cinta Elysa,before ni memang malas nak layan disebabkan sebab-sebab tertentu tapi layan sekali terus nak lagi...Part Fasha Sandha jangan cakap,memang best jugak...Botak aka Johan memang terbaik sebagai lelaki yang tak ada perasaan,samseng lagi...

Hopefully cerita ni tak mengecewakan untuk episod-episod yang seterusnya,lagi best kalau Cinta Elysa disiarkan setiap hari,baru mood fresh...

jom kita layan sinopsis Cinta Elysa

Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.


Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.


Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.


Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.


Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.


Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?


Lagu tema Cinta Elysa pun best...Cinta Dogeng dari Stacy...

Monday 17 October 2011

Kisah Sedih Hari ini

Mood hari ni sangat tak meloncat-loncat macam semalam...semalam happy sebab nak pi konvo senior,hari ni rasa sedih sangat sebab dapat dugaan besar sekali... Hari ni Kamera ayien telah terkorban dalam kejadian tangkap menangkap gambar masa kat konvo tadi,memang nyesal gila kamera tu jatuh macam tu ja...ingatkan ok tapi pas tu dah tak boleh function like normal...apalagi..memang punah segala harapan ayien sebab kamera tu ada nilai tersendiri..hadiah dari abang ayien yang duk kat Sabah. Ayien pernah cerita dalam entryini pasal kamera tu....betapa happy ayien dapat hadiah..last-last macam ni jadinya....mesti abang ayien sedihkan..... Panjang citer kita pendek kan yang ayien memang tengah sedih sangat..citer ngan family sure kena hentam balik....so kat sini la ayien luahkan perasaan....hopefully pasni hantar kedai still leh digunakan...sayang la kalau tak boleh guna....

Sunday 16 October 2011

1st Convocation Nilam College

Mesti sekarang ramai senior2 ayien tengah berdebar tak sabar nak naik pentas amik segulung diploma yang korang idam-idamkan selama 3 tahun korang study kat Nilam College an...esok buat pertama kalinya Convocation Nilam College akan diadakan di sebuah lokasi yang agak rahsia...macam ayien memang sedang bangga sangat la sebab jadi student Nilam..

Mesti ramai tertanya-tanya,Nilam College?kat mana tu?College apa?tak pernah dengar pun...hahah..dah biasa dah kalau orang Melaka sendiri tak tahu kolej ni kat mana...

Actually Nilam College terletak kat Daerah Melaka Tengah,Bachang,Melaka...Kolej ni special untuk perempuan sahaja no lelaki..Kolej ni juga hanya untuk orang-orang yang nak jadi Nurse...bukan untuk Enggineer,Doctor,Arkitek,atau pun pereka dalaman...


Berbalik kepada cerita Konvo tadi,esok bakal tercatat dalam Malaysia Book Of Record..ye betul je ayien ni..memain je.hihi..ramai juga yang akan amik dip esok sebab ramai yang dikumpul sejak tahun 2007,yelah..kolej ni baru je dibuka so student memang sikit,takkan nak buat konvo dengan kuantiti pelajar 30 orang pulak memang tak okey sangat la,jadi mereka ni telah dikumpul dari tahun 2007 sehingga 2/2008...seramai 181 orang...barulah best buat konvo gitu..

Sebenarnya ayien happy sangat sebab besok semester ayien ditugaskan untuk membantu dalam pelancaran majlis convo tu...Ayien ngan kawan-kawan ditugaskan sebagai Usher dan ada juga group untuk KOIR....kalau dengar depa nyanyi sumpah ley terganga...sebabnya memang merdu giler...dah macam kumpulan Okestra Kebangsaan ayien tengok...

Hopefully esok akan berjalan lancar dan selancar mungkin,next year my turn..hoho...naik pentas amik skrol tu...
yip2 horrey....

Friday 14 October 2011

Samsung Galaxy VS IPAD


Alahai sakit hati sebab masih tak dapat nak memiliki Samsung Galaxy Tab ni...errr..dah lama ngidam ni....agak-agak bilalah dapat benda alah tu..kalau dapat 4 RM 1 sure beli 40....pastu ayien keliling kampung tunjuk yang ayien ada Samsung Galaxy Tab..hihihi

Sekarang ramai cakap pulak pasal IPAD lagi canggih dan best kalau nak dibandingkan dengan Samsung Galaxy Tab...yeke?mana la nak tau kan kalau sendiri tak pernah pakai IPAD tu..

Sebab apa ayien ngidam nak pakai Samsung Tab....sebab macam buku,kalau bawa kemana-mana orang cakap rajin budak ni bawa buku gi jenjalan..hahaha...padahal....Samsung ni juga diakui sangat nipis  dengan ketebalan 8.1mm tinggi 241mm lebar 186mm...Samsung Tab juga sangat la ringan 680gm dan senang nak baling kat mana-mana je...hihi



IPAD pun macam lebih kurang je...sama juga macam buku....boleh dibawa ke perpustakaan dan dimana saja...Tebal sikit kalau nak dibandingkan dengan Samsung Tab 8.6mm tinggi 241mm lebar 186mm...dan berat lebih kurang je 680gm...sama macam Samsung Galaxy Tab....=)


Bila la nak dapat Samsung Galaxy Tab ni.....^_^

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...