Wednesday 19 October 2011

Kanak-kanak digilis-Nilai Sivik semakin kurang

Seluruh dunia sedang kecoh pasal di China budak berusia 2tahun dilanggar van dan kemudian tak ada seorang pun yang menghiraukannya.Mereka hanya memandang sekali imbas dan meneruskan perjalanan mereka...sungguh kejam.
Sanggup mereka tengok kanak-kanak kecil yang terkulai layu ditengah jalan raya tanpa memberi sebarang pertolongan.Seperti mereka melihat sampah ditepi jalan.Mereka macam dah tak ada sivik,pentingkan diri dan tak ada hati perut...Betapa kanak-kanak tu menahan sakit dan cuba meminta pertolongan orang ramai kalau ia termampu..
Ada yang mengatakan kalau di China memang begitu yang terjadi,kalau kita dengan baik hati menolong orang yang jatuh atau kemalangan kita akan dipersalahkan dan segala kos perbelanjaan perubatan terpaksa dibayar..mungkin itu salah satu sebab mengapa mereka tidak mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan...

Pemandu Van itu juga mengaku beliau tahu telah melanggar seorang budak tetapi meneruskan perjalan sehingga tayar belakang pula yang melenyek budak itu,ini kerana beliau memang sudah berhasrat untuk mematikan budak itu supaya denda yang dikenakan kepada beliau berkurangan dan sekiranya budak itu hidup,segala kos sara hidup akan dikenakan terhadap beliau....

Nilai perikemanusian semakin hilang di muka bumi kita...

No comments:

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...