Google+ Followers

Sunday, 12 February 2012

Novel Adam Hawa bakal diadaptasikan ke Layar Kaca

Bertuah pagi-pagi macam ni dapat info yang pelakon Drama Adam Hawa akhirnya telah diketahui...menjanggut jugaklah menanti dan menanti siapa gerangan pelakon wanitanya...pelakon lelaki sudah diketahui iaitu Aaron Aziz.

Dan akhirnya watak Ain Hawani menjadi milik pelakon berbakat yang baru je hari tu menang anugerah pelakon pembantu terbaik untuk filem Cun masa ASK 2011...

Ramai frust sebab bukan Rita Rudaini,Fazura atau Siti Saleha yang membawa watak tu..tapi bagi aku kalau kena dengan penyampaian dan gaya lakonan insyaallah memang akan datang chemistry tu...apatahlagi mereka berdua memang berbakat dan mampu membawa watak apa pun dengan baik..


Bagi aku novel ni ade pengikutnya sendiri..memang super best dan berisi..kalau sesiapa pernah baca sure faham apa yang aku cuba sampaikan..
'Betapa sabarnya seorang Adam menanti Hawanya...8Tahun tau bukan 8 hari..'
'Ain yang hatinya sekeras kerikil...tak mudah memaafkan Adam walaupun lelaki itu mengakui mencintainya..'


Sinopsis:
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

sama-samalah kita nantikan karya hebat Aisya Sofea didramakan..khabarnya drama ini akan mencecah 80 episod dan mengambil latar belakang seperti di negara India,Mekah dan Ausie sebagai tempat shooting...





jom like fanpage Kami Suka Adam Mukhriz Dengan Ain Hawani.

Monday, 6 February 2012

Bila Aku Jatuh Cinta

Salam 1 Malaysia....

Lama sangat tak update entry...memang tak ada masa nak-nak aku berulang-alik ke hospital jaga atuk aku yang baru buat pembedahan...sampai tak de masa untuk diri sendiri lagi..hikhik..now aku curi cikit masa yang ada untuk update entry....

aku just nak cakap yang aku dah jatuh




CINTA......sangat gatal....ok...itu jelah ye aku nak cakap...=)))

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...