Saturday 31 December 2011

DOWNLOAD CINTA AKHBAR TV9


Sebenarnya aku tak tengok pun lagi citer Cinta Akhbar ni...banyak sangat yang cakap dengan aku cerita ni yang mengandingkan Aaron Aziz dengan Tiz Zaqyah tak ada kimia...so dengan itu wajib aku menyelidik sama ada betul atau tak kimia diantara mereka tak ada...





Link Download: Cinta Akhbar

 Sinopsis:
Cinta Akhbar mengisahkan tentang Ashraf yang kini mencari cinta agung dalam hidupnya. Ashraf dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya namun ibu bapanya tidak pernah membimbing Ashraf dan mengajarnya tentang agama. Hidup Ashraf kosong sehinggalah Daud, pemandu ayahnya membimbing beliau mendekatkan diri kepada Allah. Baru hendak mendalami agama, Daud pula diberhentikan kerja.

Ashraf terus mencari Daud di kampung dan kerana kasihan dengan nasib Ashraf, Daud telah memperkenalkannya kepada Tok Majid. Dari situ, Ashraf telah mendalami agama Islam dan bertemu pula dengan Nuraini, anak kepada Tok Majid. Akhirnya mereka berdua telah bernikah, tetapi ianya tidak direstui oleh ibu bapa Ashraf. Berjayakah Ashraf menghijrahkan ibu dan bapanya ke jalan yang benar dan seterusnya merestui perkahwinan mereka?

jom serang!!!!!!!

Download Tentang Dhia


Hari ni aku nak kongsi link untuk download drama kesukaan ramai iaitu Tentang Dhia.hope u'll happy dengan ada nye link untuk download drama ni..buat koleksi peribadi....^_^




Link untuk Download....

Selamat mendownload...=)
kredit to kepalabergetar.com

Friday 30 December 2011

Kembar Nora Danish

 



hari ni aku nak kongsi dengan semua orang yang aku dah jumpa kembar Nora Danish pelakon Tentang Dhia tuh....




haha..agak-agak same tak...puas aku tilik-tilik bahagian mana yang sama..dan akhirnya aku jumpa...iaitu kat bahagian bentuk muka,hidung dan bibir...

apa pendapat korang sama tak??


gambar:ehsan kawan2 ngan Mr yahoo..

Wednesday 28 December 2011

Drama Gemersik Kalbu (Slot Akasia)

Assalamualaikum....

Bermula 2hb Januari 2012...kita semua akan di sajikan dengan drama yang diadaptasikan dari novel yang bertajuk Gemersik Kalbu nurkilan Anis Ayuni yang mengantikan drama Tentang Dhia...buat peminat novel tu korang jangan lepaskan peluang untuk menonton drama yang arahan Feroz KadirHeykal Hanifah...

Drama sebanyak 26 episod ini akan mengandingkan Aqasha,Ayu Raudhah,Fazreen rafi,Anzalna,Khatijah Tan, Rahim Jalani...



Sinopsis
kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.


Semoga drama ini setanding Nora Elena dan mampu menjadi fenomena.....

WORDLESS WEDNESDAY #15

Monday 26 December 2011

CONTEST I ♥ PHOTOGRAPHY by ANIS DAN AINA




MOOD hari ni nak join je semua kontes dan GA yang blogger lain buat..hahaha..tapi kontes anjuran Cik Aina dan Anis ni memang menarik aku supaya join sebab aku sangat suka mengedit gambar...jap agi aku kongsi eh gambar yang aku edit tuh...

semua syarat aku dah ikut....
antara syarat2 nya ialah...:

  1. > Wajib follow blog Aina dan Anis untuk mengetahui perkembangan terkini.
  2. Bagilah gambar (maximum 4 gambar) yang korang dah edit secantik-cantikknya. Tak kesah lah, typography ke, bokeh ke and banyak lagilah, gambar korang sendiri pun boleh.Pastikan gambar tu korang yang tangkap. Jangan curi di Google dan korang hanya meng-edit. Kalau begitu BATAL Ya.
  3.  Buat satu entry yang bertajuk "Contest I Love Photography by Anis and Aina" and tampalkan sekali banner di atas ya. 
  4. Hantar link post tersebut di blog Aina kalau korang ambil dari blog Aina, hantar di blog Anis kalau korang ambil dari blog Anis. 
  5. Tag sekurang-kurangnya 3 blogger. 
  6. Cara penilaian - 70% mengikut kreativiti anda dan 30% dari Aina & Anis 
  7. WAJIB KLIK> Klik 5 Iklan di atas entri ini .WAJIB YA. lagi satu klik heartbeat Anis. Pergi saja di blog dia ya. Tujuan kami ialah untuk membeli hadiah dengan duit itu. Duit itu bukan untuk kami tapi untuk korang. Kalau ada lebih, adalah hadiah Wang Tunai.. ^^ 
  8. UPDATE: SILA LIKE PAGE SPONSER & ADD MEREKA. THANK
ini dia para sponsor hadiah...salah satu bakal jadi milik ku...^^,

Wardrobe Collection's
An-Nur Gallery
JCS Enterprise
FarizaFaisal Boutique
FND Conoco Enterprise
 Natassha Razalie's Blogshop
The Ladyy Sisters
PBJ Enterprise (SHOPPE)
TriFa Wardrobe
MiaStuffz Adorable Hijab
 
inilah gambar yang aku nak pertaruhkan....^^,



kalau korang tengok gambar ni macam saling berpegang antara satu sama lain..sebenarnya tak pun..gambar ni secara tak sengaja telah dirakamkan...so nice...


hangout
pemandangan dari tingkat 8 kolej aku..
kata maksimum 4 kan..so aku masukkan 4 lah...hihihi...inilah pic yang aku pertaruhkan...actually banyak lagi tapi.....takut tak cantikkan...huhuhu...aku sangat suka bila setiap gambar yang aku amik tu akan berubah jadi cantik lepas kena edit habis-habisan...serius aku sangat jatuh cinta dengan awan...cantik..

dengan ini berbesar hati aku tag blogger lain untuk join kontes nih...hope korang join sama...

miera 
adamhaiqal
cikteddy


boleh tak tuan blog yang anjur kontes bagi saya satu hadiah...hihihi...shawl tu pun jadilah...^^,

GIVEAWAY 1ST CIK VIOLET


mood nak join GA dah sampai..hahah..macam-macam hadiah ada dalam 1st GA Cik Violet ni...
banyak betul shawl2 yang nak diberi ya tapi aku lebih berkenan untuk mendapatkan jersey bola tu...hihi...Malaysia punya... =)

syarat-syarat untuk join GA anjuran Cik Violet ni:
  1. Macam biasa kena buat satu entry bertajuk GIVEAWAY 1ST CIK VIOLET ...dan link kan ke blog cik violet.
  2. Copy banner GA dan letakkan dalam entry (macam aku buat kat atas tuh)
  3. Wajib follow Blog Cik Violet dan Twitter nya(sila cek kat blog cik vilet sebab xboleh copy paste daaa)
  4. Wajib follow dan like fanpage @ blogspot tukang sponsor bebarang GA tu...
  5. Wajib tag 3 blogger yang lain dan pastikan mereka tahu mereka telah ditag...macam gitu...=)
  6. Copy URL link entry yang korang buat MACAM NI..http://nurzaituain.blogspot.com/2011/12/giveaway-1st-cik-violet.html  .dan letak dibahagian komen blog cik violet...
Sebelum aku lupa...aku nak tag follower aku join contest ni...
  1. Dayfeda
  2. Sweet kumbang
  3. Vanilla ais
Senangkan...apa lagi cepat-cepat lah aku like dan follow semua blog dan fanpage yang berkaitan..harap-harap ada rezeki...aminnnn

Sunday 25 December 2011

Aslann As-Blogger Paling Sempoi...

mukadimah...
Di entry kali ini aku dengan berbesar hati nak komen2 pasal blogger OSF ni..
aku menyusun sepuluh jari andai kata ada yang tak berkenan sekiranya aku meletakkan tajuk sebegitu...hihihi...tapi betul la Encik Aslan memang sempoi dan penuh dengan nilai kelakaran didalam diri dia...ahaha..yang tu la buat aku tak kering gusi time baca entry-entry yang ditaip dia...Ayat-ayat dia pun tak la formal sangat,lawok adelah...

Tak salah kalau aku katakan Aslan ni jenis yang simple,tak sombong dan patriotik(teringat masa dia letak background lagu patriot gitu....hihi)

Meh nak ulas entry2 die yang aku suka....antaranya:

Tak boleh blah pasal Surat Untuk Lisa ...aishhh..memang best...tinggi sungguh angan2 kamu ya..tapi nak buat macam mana yusry dah dapatkan...redha ye Aslann..kan lebih ikhlas...hahaha...



Masa Aslann join Kontes Daniel Adie (SISPA)...masa tu aku pun join tapi tak de rezeki kan...dan dia tercalon untuk top ten...ikhlas aku senyum masa baca entry tu sebab terserlah senyum palsu dan ikhlasnya...


Lagi satu masa Aslan join Kontes Blogger The Garang pasal superhero....aduhai....seriously...memang sangat la kelakar....menjadi seorang superman ya...siap pic macam superman lagi...walaupun entry tu panjang menjela...aku tak rasa segan atau malu-malu pun nak kasi baca sampai habis..member yang tak tau apa-apa pun gelak sama...
kidnap satu ya Aslann..=)



Lagi satu aku sangat suka baca entry yang pasal 5 spesis binatang tu.walaupun menggelikan..aku tetap baca..tak sangka eh..hahaha...kalau korang nak tau...bace entry tu kat sini ..

Actually banyak lagi entry die yang best,creative dan super inovatif..tapi aku citer sikit je la...cukup orang tau..dan boleh kongsi gelak ngan aku jua...=)


Dan sebab penghasilan entry-entry superduper sempoi tu la blog dia masuk dalam majalah remaja masa isu 15 nov 2011.....tahniah-tahniah..ingat senang ke nak jadi blogger retis gini boleh masuk Remaja lagi k...

Dengan ini aku mengumumkan sebagai Fan no 1 Blog One Step Forward milik Blogger Aslann As...=)
Ada berani?
(Kecut gak aku taip entry pasal retis nih)

Thursday 22 December 2011

Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni...bukan sebab minat Randy or Elfira tapi jalan cerita dia agak menarik ditonton..masa tengok dia punya ShotVid pun dah suka...so memang terpaksa la malam ni untuk tengok cerita ni...


Antara pelakon nya adalah Randy Pangelila, Elfira Loy, Sharifah Sakina, Sharifah Shahora, Didie Alias, Ezzren Loy

Telemovie ni disiarkan di Astro Ria jam 9 malam pada 22 Dis 2011...


Kisahnya bila si gadis yang nak menjadi kaya,dan si lelaki pula seorang yang kaya cuba mencari cinta sejati yang tak memandang kepada kemewahannya... sedih juga la cerita ni bila si gadis kantoi menipu si lelaki.....

selamat menonton...

Wednesday 21 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY #14


meroyan sangat time ni...=/

Tuesday 20 December 2011

Kerinduan Melanda

Hari masuk hari ke 4 aku bergelar penganggur terhormat...macam tak percaya je aku bukan lagi student yang asyik-asyik kene gi kelas  setiap pagi tu....haha....

Serius jam,minit dan saat ini aku mengalami sindrom kerinduan melampau kepada kawan-kawan ngan tutor aku kat nilam...haipp... jangan cakap aku tipu kerana semua tu benar-benar belaka dan kalau lah boleh diputar masa ni aku nak sangat ulang semua saat manis kita bersama....kalau boleh kan....waktu-waktu macam ni aku habiskan ngan bukak balik folder-folder yang berlambak dengan gambar member-member aku,video-video suka-suka kita...sangatlah aku rasa macam nak nangis sampai banjir rumah aku ni,tapi malu pulak..kang mak aku cakap ape kebende anak pompuan aku sorang ni...dah tak betul ke?...

Aku harap sangat tak akan melupakan mereka semua...sebab mereka diantara yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku...Menangis bersama,kongsi-kongsi makan...yang penting kena marah sume diam sama-sama...hahaha...AKU RINDU!!!!!!!!!!!!!!

Kalau lah diberi masa yang lebih kat Nilam..aku nak sangat kenal sorang-sorang dengan lebih rapat...=(


Kalau aku teringat mereka sure aku tengok video nihhh...mereka buat lagu ni jadi sangat bermakna....

Banyak benda boleh dibeli kat dunia ni..tapi kenangan kita semua bersama tak mungkin  boleh dijual beli...Persahabatan yang superduper terbaik....will miss u all....don forget me friend...=(

Monday 19 December 2011

Salah Memilih Jalan

Salam pagi...penat baca dalam paper denga kat blog-blog member pasal kes bekas pelajar tajaan Petronas yang berkahwin dengan teman lelaki bangsa asing..kalau yang pelajar tu perempuan tak apa....tapi sama-sama jantina...alahai..penat nak pikir kenapa lah dia tergamak buat macam tu...tak terfikir ke apa kesannya dikemudian hari..wedding mereka siap pakai baju melayu,bertanjak lagi...cium-cium mulut...OMG..selera ke?

Yang memeranjatkan lagi...dia sangat la super duper pandai...kalau tak masakan boleh dapat tajaan Petronas kan..now disebabkan dia tak tamatkan pengajian dalam bidang MEDIK,family dia terpaksa bayar saman sebanyak 890k...woowww..kureng sikit je lagi 1juta...orang cakap punya lah susah dapat tajaan Petronas ni,cuma orang yang bijak-bijak je boleh dapat...

tak sampai hati nak letak pic bercium dia
kesian kat ayah dia..terpaksa tanggung hutang sebanyak tu..ingatkan hantar anak ke luar negara nak tengok anak berjaya..tapi lain jadinya..

Kadang-kadang kita tak sangkakan orang cerdik pandai macam ni tak boleh berfikir sewajarnya..nak salahkan sesiapa tak boleh,sebab dia pun dah besar panjang tahu baik buruk..

Now berita dia tak nak jumpa family dia..mesti tersangat sedih mak diakan..yang selama ni mengandungkan die,lahirkan dia,bagi dia susu badan,besarkan die sampai pandai boleh gi luar negara...macam tu dia balas jasa mak ayah...walau apa pun yang berlaku,jangan buat macam tu sekali family kita...bincang elok-elok...

Satu je yang dirisaukan...apa agama yang dianutinya sekarang,masih islamkah atau sebaliknya...lagipun perhubungan sesama jenis kan di laknati dalam islam....semoga dia sedar dan kembali kepangkal jalan sebelum terlambat....doakan terbaik buat dia...

Saturday 17 December 2011

Tentang Dia Part 1

Belum terlambat untuk aku taip entry ni...janji tetap janji...kali ni aku nak kongsi saat manis bersama my frend masa study kat nilam...betapa gila dan happening nya kami....jom kita terjah sensorang..

Marshita
My crazy sista...Marshita aka kak ita..memerangkap ketuan dalam group 1/09...aku dengan dia mula kawan baik start masuk Nilam lagi...sampai la sekarang...gaduh tepuk tampo sampai bengkak2 tangan semua dengan dia..sebab apa aku suka tumvuk die sebab die ni macam kakak aku...cer gi tanye abang aku,,,betapa banyak kekejaman yang aku dah lakukan pada mereka..haha...will miss u kak ita...ko memang baik,terbaik diantara ada...sakit hati aku memang dah selalu dapat...ko je satu-satu kakak yang aku ade..cewahhh(padahal kakak ipar banyak)keep in touch my crazy sista...



Farhana
My link..haha..actually kami baru mula rapat sejak akhir-akhir ni...rasanya dulu-dulu tak hade pulak rapat sangat..tQ Kempas sebab disini mulanya aku rapat dengan die ni...hihih..time gigi aku nyaris je patah tertanduk kepala ko...sweet memori tuhh...Hana ni baik,bertuah sape dapat kawin dengan die..hikhik...selalu belanje makan owhhh..kenyang...hahahah..thanks Ana...halalka makan minum aku tau...=)











Fateha
Ni lagi sorang...nama die ni Teha..actually ada sesuatu yang menarik pasal die...Teha selalu dapat BMD(Bipolar Mood Disorder)..die selalu sangat moody tapi yang sakit hatinya dia akan moody dengan aku,Marshita dan Hana je...apakah salah kami...dengan orang lain semua ok...n dia sangat xbelok2..kalau batu,batu juga pendirian die...hopefully lepas ni rajin-rajin cari kerja...akak doakan ko berjaya....dongivup k my darlin..










Hidayah
Ni lagi sorang..sangat sakit hati kadang-kadang dengan die ni...selalu buat citer xbetul dan kami macam dah sebti dengan apa yang dia cakap..haha...pasni dah tak ada sape tidur sebelah aku....hahahahah...jadi wanita anggun pasni dayah...aku teringin nak tengok ko kawin hihi...tQ juga sebab ritu masa tengok OMBAK RINDU ko bayarkan tambang teksi...so kiut la ko dayah....hahaah..will miss u...









 
Akalili

Bersambung lagi..........

Friday 16 December 2011

Berakhir Sudah semuanya

Alhamdulillah akhirnya lepas penat memerah otak untuk mendapatkan segulung diploma,aku berjaya juga tamatkan pengajian dalam bidang yang aku rasa seronok.1/2009 masa mula-mula dapat tawaran aku sentiasa fikir kenapa bidang nursing yang aku pilih..bukan ke aku minat IT,arts and semua yang boleh bebas tanpa terperangkap dalam satu tugas je...

Masa pergi interview pun aku dengan selamba cakap dengan Ms Daphne(now my tutor) "Saya tak paham Bahasa Inggeris."ingatkan kena reject lah kan...tapi boleh plak dia terima pemohonan aku masa tu...tapi alhamdulillah selama aku belajar kat sini aku banyak improvement...

Sekarang,memang aku sangat bersyukur sebab terpilih diantara ramai-ramai yang datang interview..memang setiap pengalaman banyak mengajar aku jadi manusia yang sedikit berguna untuk masyarakat...Paling best,kat sinilah aku dapat kawan-kawan yang super duper hebat..82 orang yang macam-macam ragam..nak ulas pepanjang pasal dieorang kat sini takut jadi mengarut pulak...next entry aku akan buat pasal 82 orang ni....

kat sini jugak,aku dapat Mummy yang sangat caring dan prihatin pasal kami...Mummy Kek...will miss u...tak ada yang lebih baik dari Ms Kek dan aku rasa bertuah diberi koordinator sehebat dia...Benda paling tak boleh lupa bila aku memang tak dapat jawab soalan yang dia bagi,senang cakap aku memang jarang buat homework...so sekali kena hari-hari kena tanya dalam kelas sampailah aku jadi sedar diri yang aku kena rajin-rajin baca buku...dan sangatlah malu kalau berkali-kali ditanya tak dapat jawabkan...rasa macam nak pakai cermin mata hitam time tu jugak...TQ ms Kek yang banyak menyedarkan aku...kalau tak tak adalah pointer seperti hari ini...

Sebenarnya aku bukan orang yang sukakan perpisahan...memang sakit wooo kalau berpisah...3 tahun kongsi susah senang sama-sama,tarik rambut,makan maggi semangkuk,kongsi baju seluar,tudung...yang baik diambik yang jahat ditendang jejauh...setiap kenangan tu ada harganya...Tiada apa yang kekal kat dunia ni so kita kena terima perpisahan yang berlaku....

Aku pun kena pulak cari keja yang sesuai ngan diploma aku...hopefully cepat2 dapat kerja supaya aku tak bohsan selamanya...hiihihihi....
Head : knowledge
Hand : skill
Heart : caring...
Kita kena ada 3 H,Heart -Caring,Head-Knowledge and Hand-Skill....kalau salah satu tak ada memang tak bermakna la kita sebagai jururawat....A.S.K

Wednesday 14 December 2011

Download AKU UNTUK SIAPA?

kali ni kita just nak kongsi LINK download  cerekerama yang dibintangi Siti Saleha ni....sebab kita memang minat dia sejak Nora Elena lagi.....

Sesiapa yang berminat boleh download lah yer....


Pelakon
Siti Saleha , Almy Nadia, Zila Bakarin, Amer Sofaz, Iqram Dinzly, Fadzilah Mansor, Idris Mat Diah, Hairi Othman.

Sinopsis
Aku Untuk Siapa mengisahkan Zizie merupakan anak kandung Ramlan dan Sofea manakala Julia pula adalah anak angkat yang dipelihara sejak berusia tiga tahun. Hal ini dirahsiakan dari pengetahuan Julia. Kisahnya bermula apabila Mak Yam yang ketika itu hidup dalam kesempitan telah datang membawa anaknya Julia ke pejabat tempat Ramlan bekerja dan meminta pertolongan Ramlan agar mendapatkannya sebarang pekerjaan. Oleh kerana tiada sebarang jawatan boleh ditawarkan di pejabatnya, Ramlan telah menawarkan Mak Yam bekerja di rumahnya sebagai orang gaji.

Semenjak itu juga Julia telah dijadikan anak angkat kerana Ramlan tidak mempunyai anak setelah tiga tahun berkahwin dengan Sofea. Kehadiran Julia adalah sesuatu yang amat mengembirakan Ramlan, namun tidak bagi Sofea. Baginya dia tidak perlu mengambil anak angkat kerana merasakan bahawa dia boleh mengandung dan melahirkan anak sendiri. Tetapi disebabkan suatu peristiwa yang pernah berlaku sebelum berkahwin dengan Ramlan, dia mengambil ubat pencegah kehamilan di luar pengetahuan Ramlan.

LINK DOWNLOAD
Aku untuk Siapa?

Saturday 10 December 2011

THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY by NISA KAY

 STICKY POST
SCROOL  TO READ NEW ENTRY

Jalan punya jalan baru perasan Nisa Kay buat Giveaway yang memang dahsyat hadiah2nye...rasanya ni la giveaway yang menyediakan hadiah paling banyak dan ayien memang tak sabar-sabar nak join...
Salah satu blog yang ayien kenal masa mula-mula join blogger ni...SAYA SUKA MENAIP
memang berinformasi betul blog SSM ni...huhu...nice person...

Rugi rasanya kalau ayien tak menjoinkan diri dalamGIVEAWAY sehebat ini

Syarat-syarat nye pun senangnya....mestilah ade BLOG dan bergelar seorang BLOGGER...lagi satu pemenang dipilih secara random...so tak de pilih kasih...hahaha..kena up kan traffic cenggini..hihih
 

Senarai Hadiah yang Banyak tieww..
Senarai link sponsors 
DUE DATE:6 DISEMBER 2011 hingga 31 DISEMBER 2011 
Nak sangat hadiah-hadiah yang disediakan..bertuah la kalau ayien salah sorang yang dapat hadiah tueee..
^_^

Wednesday 7 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY #13


Wordless Wednesday paling sengal.....
Wat Eva.......

Saturday 3 December 2011

Review Ombak Rindu -Hanya Terbaik





Akhirnya...setahun ayien tunggu filem ni ditayangkan dan hari ni...3 hb Dis 2011 ayien berjaya tengok filem ni...perkataan yang wajib dikatakan adalah..TERBAIK....habis tisu pun tak apa...10/10 bintang kat langit tu ayien nak bagi...




Sebelum tu klik SINI kalau nak tengok disebalik OMBAK RINDU


Ombak Rindu ni adaptasi dari novel Ombak Rindu sendiri karya Fauziah Asshari...dan novel ni jugak 1st novel yang ayien beli n sampai sekarang dah 7 tahun ayien simpan dgn lebih 10 kali ulang baca....hahaha...


biar ayien ulas sikit tentang watak-watak dieorang ni mengikut kaca mata ayien....


Hariz:Lelaki kaya,kacak dan punya segalanya,tidak kenal erti cinta sehingga bertemu Izzah


Izzah:Gadis kampung,lemah lembut dan sukar melawan..die terdera dengan status isteri dan perempuan simpanan


Mila:Artis,terlalu obses dengan Hariz,tapi sedar cinta Hariz bukan miliknya..


Sebelum pergi tengok citer ni macam geram jugak bile ramai yang kata citer ni best-best tapi ayien still tak sempat tengok...haha...ni dah tengok ambik ko..memang tangkap leleh...habis tisu kat toilet ayien sebat...hikhik..


Hebatnya Ombak Rindu:


1. Tahniah buat pemegang watak Izzah sebab berjaya bawa watak tu dengan baik...before ni ramai yang mempersoalkan kenapa watak tu tak diberi pada Lisa surihani tapi sekarang memang terbukti Izzah berjaya di tangan Maya Karin..
2. Lisa Surihani memang nampak obses dalam watak Mila...1st time tengok muka Lisa yang garang dan tegas
3. Aaron Aziz berjaya merealisasikan watak Hariz dengan jayanya..part die syak Izzah mengandung..menitis airmata beb...
4. Hampir 70% mengekal jalan cerita asal tapi ada sedikit pertukaran tapi tetap best jugak...
5. Nak tengok Aaron Aziz nangis?memang tersentuh habis...banyak jugak part AA menangis..(rasa macam nak pi kesat je air mata die yang mengalir tu...hikhik)
6. Memang banyak pemandangan cantik dalam filem ni...dekat sawah pada,air terjun,laut...tepi celah-celah batu,waktu senja...hai itu kelebihan shoot-shoot yang menarik...tak jemu...sinematografi yang terbaik..harus menang ASK tahun depan...^_^
7. Kena tengok macam mana Aaron Aziz dari seorang pemarah -->penyayang-->kemudian dalam hati ada taman....
8. Perlu dipercayai hampir semua dalam panggung tu menangis sebab asyik dengar orang selsema je...>_<..ayien tahan nafas je la....malu!!!
9. Osman Ali pengarahnya...semua tahu filem-filem beliau memang berseni..
10. Sebab.......................novel terbaik sepanjang zaman ni..Cinta Agung antara Hariz dan Izzah...
11. Mael pun memang best...=)
12. Suara Maya masa bercakap,mengaji memang merdu habis...



Memang takkan rugi korang habiskan rm 10 utk filem ni...tak rugi juga keluar air mata untuk filem ni..

walaupun agak berbeza sikit dari novel die(sebab novel buat aku nangis lagi teruk) tetap ayien puas hati sebab dieorang berjaya bawak watak tu dengan berkesan...Garangnya Hariz,Lembutnya Izzah dan Obsesnya Mila semua ayien dapat tengok dalam filem ni....

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...