Google+ Followers

Saturday, 3 December 2011

Review Ombak Rindu -Hanya Terbaik





Akhirnya...setahun ayien tunggu filem ni ditayangkan dan hari ni...3 hb Dis 2011 ayien berjaya tengok filem ni...perkataan yang wajib dikatakan adalah..TERBAIK....habis tisu pun tak apa...10/10 bintang kat langit tu ayien nak bagi...




Sebelum tu klik SINI kalau nak tengok disebalik OMBAK RINDU


Ombak Rindu ni adaptasi dari novel Ombak Rindu sendiri karya Fauziah Asshari...dan novel ni jugak 1st novel yang ayien beli n sampai sekarang dah 7 tahun ayien simpan dgn lebih 10 kali ulang baca....hahaha...


biar ayien ulas sikit tentang watak-watak dieorang ni mengikut kaca mata ayien....


Hariz:Lelaki kaya,kacak dan punya segalanya,tidak kenal erti cinta sehingga bertemu Izzah


Izzah:Gadis kampung,lemah lembut dan sukar melawan..die terdera dengan status isteri dan perempuan simpanan


Mila:Artis,terlalu obses dengan Hariz,tapi sedar cinta Hariz bukan miliknya..


Sebelum pergi tengok citer ni macam geram jugak bile ramai yang kata citer ni best-best tapi ayien still tak sempat tengok...haha...ni dah tengok ambik ko..memang tangkap leleh...habis tisu kat toilet ayien sebat...hikhik..


Hebatnya Ombak Rindu:


1. Tahniah buat pemegang watak Izzah sebab berjaya bawa watak tu dengan baik...before ni ramai yang mempersoalkan kenapa watak tu tak diberi pada Lisa surihani tapi sekarang memang terbukti Izzah berjaya di tangan Maya Karin..
2. Lisa Surihani memang nampak obses dalam watak Mila...1st time tengok muka Lisa yang garang dan tegas
3. Aaron Aziz berjaya merealisasikan watak Hariz dengan jayanya..part die syak Izzah mengandung..menitis airmata beb...
4. Hampir 70% mengekal jalan cerita asal tapi ada sedikit pertukaran tapi tetap best jugak...
5. Nak tengok Aaron Aziz nangis?memang tersentuh habis...banyak jugak part AA menangis..(rasa macam nak pi kesat je air mata die yang mengalir tu...hikhik)
6. Memang banyak pemandangan cantik dalam filem ni...dekat sawah pada,air terjun,laut...tepi celah-celah batu,waktu senja...hai itu kelebihan shoot-shoot yang menarik...tak jemu...sinematografi yang terbaik..harus menang ASK tahun depan...^_^
7. Kena tengok macam mana Aaron Aziz dari seorang pemarah -->penyayang-->kemudian dalam hati ada taman....
8. Perlu dipercayai hampir semua dalam panggung tu menangis sebab asyik dengar orang selsema je...>_<..ayien tahan nafas je la....malu!!!
9. Osman Ali pengarahnya...semua tahu filem-filem beliau memang berseni..
10. Sebab.......................novel terbaik sepanjang zaman ni..Cinta Agung antara Hariz dan Izzah...
11. Mael pun memang best...=)
12. Suara Maya masa bercakap,mengaji memang merdu habis...



Memang takkan rugi korang habiskan rm 10 utk filem ni...tak rugi juga keluar air mata untuk filem ni..

walaupun agak berbeza sikit dari novel die(sebab novel buat aku nangis lagi teruk) tetap ayien puas hati sebab dieorang berjaya bawak watak tu dengan berkesan...Garangnya Hariz,Lembutnya Izzah dan Obsesnya Mila semua ayien dapat tengok dalam filem ni....

No comments:

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...