Saturday 26 January 2013

Dari novel ke layar kaca- Sehangat Asmara

Assalamualaikum pembuka bicara.
Lama sangat rasanya meninggalkan blog ni sehinggakan jadi buntu kejap sebab banyak yang dah berubah.
new version katanya. :0 untung saya jenis cepat belajar.

Kali ni nak bercakap pasal drama bersiri terbaru kat astro mustikaHD SEHANGAT ASMARA yang diadaptasi dari novel tulisan aisya sofea. my fav novelist itu.

Sejak disiarkan bermula minggu lepas saya dapat rasakan jalan cerita dan percintaan Kay dengan Nal.paling suka bila pertemuan semula Kay dengan Nal lepas 9 tahun rasa macam 'yes Kay,kau kena tuntut hak kau' padahal memang dah tahukan semua yang berlaku memang ada dalang yang merancang.

Drama Sehangat Asmara mempunyai 33 episod dan bersiaran setiap isnin hingga rabu pada pukul 10malam selama 30 minit.
Lakonan mantap Rita Rudaini, Ady Putra,Izreen, Shahrizal, dan ramai lagi...:)

Sinopsis:

pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. 

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal munc...ul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?
scroll hingga ke bawah untuk dengan ost sehangat asmara







FOLLOW ME AT TWITTER http://twitter.com/ainism_
credit gambar: FB fanpages Sehangat Asmara

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...