Wednesday 19 October 2011

Kanak-kanak digilis-Nilai Sivik semakin kurang

Seluruh dunia sedang kecoh pasal di China budak berusia 2tahun dilanggar van dan kemudian tak ada seorang pun yang menghiraukannya.Mereka hanya memandang sekali imbas dan meneruskan perjalanan mereka...sungguh kejam.
Sanggup mereka tengok kanak-kanak kecil yang terkulai layu ditengah jalan raya tanpa memberi sebarang pertolongan.Seperti mereka melihat sampah ditepi jalan.Mereka macam dah tak ada sivik,pentingkan diri dan tak ada hati perut...Betapa kanak-kanak tu menahan sakit dan cuba meminta pertolongan orang ramai kalau ia termampu..
Ada yang mengatakan kalau di China memang begitu yang terjadi,kalau kita dengan baik hati menolong orang yang jatuh atau kemalangan kita akan dipersalahkan dan segala kos perbelanjaan perubatan terpaksa dibayar..mungkin itu salah satu sebab mengapa mereka tidak mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan...

Pemandu Van itu juga mengaku beliau tahu telah melanggar seorang budak tetapi meneruskan perjalan sehingga tayar belakang pula yang melenyek budak itu,ini kerana beliau memang sudah berhasrat untuk mematikan budak itu supaya denda yang dikenakan kepada beliau berkurangan dan sekiranya budak itu hidup,segala kos sara hidup akan dikenakan terhadap beliau....

Nilai perikemanusian semakin hilang di muka bumi kita...

Wordless Wednesday #10

WW yang paling gedix ^_^

Kolej Nilam catat sejarah pertamanya

Bangga seyh bergelar pelajar Nilam Kolej..bangga bila semua pelajar lulus dengan cemerlang dan LJM pun ramai dapat distinction..sebelum ni Kolej Nilam memang agak low profile dan malu-malu kucing...


MELAKA 18 Okt. - Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam (Kolej Nilam) melakar sejarah pertamanya apabila berjaya melahirkan 227 graduan dalam konvokesyen yang berlangsung di Hotel Bayview di sini, semalam.
Penasihat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul Latiff Awang berkata, bilangan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.
Menurutnya, pertambahan jururawat di negeri ini secara tidak langsung memajukan sektor pelancongan perubatan bagi menjana ekonomi negeri.
''Jururawat amat diperlukan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam di sini.
Kolej Nilam yang memulakan pengajian dengan seramai 15 orang pada tahun 2006 dan setakat ini sudah melatih seramai 568 pelajar dalam jurusan terbabit.
Menurut Dr. Abdul Latiff, kesemua pelajar yang tamat pengajian pembelajaran di kolej itu telah mendapat pekerjaan di merata tempat di Malaysia dan juga di Singapura.
Beliau berkata, Kolej Nilam adalah milik syarikat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd. dan para pelajar menjalani program Diploma Kejururawatan selama tiga tahun.
''Program ini telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.
Ujarnya, semua jururawat yang dilatih lulus 100 peratus dalam Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Syarat Masuk Dalam Daftar Am, malah 12 orang daripada mereka mendapat markah cemerlang.
Kolej Nilam terletak di Jalan Malim, Bacang di sini, memiliki keluasan seluas 2.8 hektar dengan kemudahan dan tempat yang kondusif buat pelajar.
Beliau berkata, Kolej Nilam kini melangkah setapak lagi dengan pembinaan sebuah kolej baru di Jalan Klebang.

Barisan hadapan dan kedua:Lecturer dan Clinical Instructor
info:UTUSAN MALAYSIA

Eqbalzack.com Mothly Contest

Dari semalam asyik tinjau-tinjau blog Abg Eqbalzack tengok contest baru yang beliau anjurkan...dalam hati kata nak ke tak nak join ni....hahaha...macam nak join tapi...

Tak pelah join juga sebab ayien memang suka join contest...Disebabkan BI yang berterabur kang sepatah haram tak da sapa paham ayien buat entry ni dalam Bahasa Malaysia..lagi pun ayien nak memartabatkan bahasa kebangsaan kita...hahahha


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
[Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries]
1.  All entries must be original. Strictly NO PLAGIARISM! 
2. Open to my old and new followers.
3. Write a short entry in Malay or English based on the title (300 words or fewer). Entries outside the word limitation will be disqualified.
4. Leave the permalink (URL) in the comment box.

1st PRIZE x 1 
Winner will get CASH RM50 + eqbalzack.com button 

2nd PRIZE x 1 
Winner will get CASH RM30 + eqbalzack.com button 

3rd PRIZE x 1 
Winner will get CASH RM20 + eqbalzack.com button 

CONSOLATION PRIZES 
All participants will get eqbalzack.com button

Tajuk mengenai :
Rich Blogger: Fact or Fiction?

Blogger kaya samaada kenyataan atau cerita rekaan semata-mata.Bukan semua blogger boleh menjadi kaya dengan sekadar berblog.Kita dapat lihat ramai blogger sekarang memasarkan iklan di dalam blog mereka dan bukan semua mereka bernasib baik dipandang oleh pihak advertiser.Sekiranya blogger punya mengikut yang ramai dan jumlah unik view sehari melebihi 3K tidak mustahil mereka mampu membuat duit dengan cara berblog.Kini pihak pengiklan lebih berminat kepada blog-blog yang mampu menjual iklan mereka.

Pihak pengiklan gemar menyiarkan iklan berbayar mereka kepada blog yang mempunyai unik view yang tinggi.Kita juga dapat melihat pengakuan beberapa orang blogger mengenai bayaran yang diterima dari pihak pengiklan.Bukan sedikit tetapi kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.Disini menunjukkan dengan berblog mereka mampu meraih pendapat walaupun dengan sekadar menulis.

Menjadi kaya dengan berblog mungkin adalah mustahil tapi sekiranya disertakan usaha yang keras dan mampu menaip berpuluh-puluh entry dalam sehari mungkin akan menjadi kenyataan.

Bagi ayien menjadi kaya dengan berblog adalah rekaan semata tapi meraih pendapatan walaupun sedikit dengan berblog adalah kenyataan.

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...