Monday 3 October 2011

Aaron Aziz jadi pembunuh upahan dalam Prince Of The City

Siapa tak minat Aaron Aziz sila angkat tangan...haha..aik nape xde yang angkat tangan..mesti korang semua suka dengan Mr AA kan...huhu

Hari tu kita semua tahukan Aaron Aziz ada mendapat tawaran berlakon untuk filem Hollywood bertajuk Prince Of The City..nampaknya berita itu memang benar bukan omong kosong sahaja..bertuah badan jadi Aaron,murah betul rezeki dia semenjak dua menjak ni...dari drama,filem,model produk semua dia sapu habis...huhu...dalam filem itu Aaron Aziz akan menjadi pembunuh upahan,gempak sih...mesti jahat giler kan...tapi jangan risau kami tetap suka dengan lakonan abang....



jom ikuti temu bual bersama Aaron Aziz (bukan ayien yang temu bual tapi wartawan...^_^)

“Saya akan membawa watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Prince Of The City yang turut menampilkan Michael Madsen sebagai pelakon utama,” kata Aaron Aziz sejurus selepas pelancaran APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 yang berlangsung di Kompleks Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, lewat tengah hari tadi.

“Pengambaran ini dijangka mengambil masa selama 18 hari, dan hari ini merupakan hari kedua saya bersama krew produksi Axis Entertainment. Istimewanya, filem ini memaparkan 100% dialog bahasa Inggeris kerana ia bakal dipasarkan untuk pasaran Hollywood. Andai kata filem ini dipasarkan dalam negara, kemungkinan akan dubbin dalam bahasa Melayu,” jelas Aaron Aziz lagi.

Menurut Aaron Aziz, filem ini akan diarahkan oleh pengarah tempatan, Roslan Husin.
“Saya menerima tawaran ini kerana ingin menimba pengalaman dan nak tahu apa kelebihan produksi Hollywood berbanding produksi tempatan. Insyallah, pengalaman itu akan saya serapkan dalam bisnes produksi yang saya jalankan.”
macam ni ke muka pembunuh upahan..huhu

Tahniah Aaron Aziz..pelakon yang bersih dari sebarang kontroversi..paling teruk pun orang tuduh dia bukan lelaki sejati...tapi ayien tetap percaya tu semua kata-kata orang yang sakit hati dengan kejayaan Aaron Aziz

 

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...