Saturday 10 September 2011

Caj terbaru bagi pelanggan Hotlink....

Semoga kita semua tabah menerima situasi ini.....sungguh tak berbaloi...
kalau beli kredit RM30 kena caj RM 1.80

Download Kekasihku Puyu

 Watak
Fahmi-Mohd Fazren Mohd Rafi
Bidasari - Intan Ladyana
Sinopsis
Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah, bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.


Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.

Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek berkahwin dengan Suriati yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib, rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.

Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya? Temui jawapannya dalam Kekasihku Puyu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di slot Lagenda.


Download
Episod 08
Episod 07
Episod 06
Episod 05
Episod 04
Episod 03
Episod 02
Episod 01

Download Telefilem Kitab Cinta





Bagi peminat Aaron Aziz dan Fazura yang tidak dapat menonton telemovie ini semasa raya pertama hari tu....ayien nak share link untuk download terus je ke dalam komputer korang....
Watak
Aaron Aziz:Iqbal
Fazura: Mustika
Hardy Hartono:Wali
Sinopsis
Kesinambungan dari drama Kitab Cinta. Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial.

Download
Telemovie Kitab Cinta

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...