Tuesday 24 May 2011

Apa kaitan kortisol,buncit dengan stress??

HI kawan-kawan...hari ni ayien nak cerita sikit tentang kesihatan..disebabkan ayien punya berat badan semakin melambung naik ayien terbuka hati untuk mencuba beberapa tip yang diberi pada ayien....
jom kita cerita tentang tajuk entry kali ni..


kortisol ?? 
kortisol tu adalah adalah hormon yang terhasil dari kelenjar adrenal kita kat buah pinggang kita.kortisol akan terhasil bila kita stress dan low level of blood glucocorticoid(kira macam gula kurang la..)..salah satu fungsi hormon ni jugak adalah menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut apabila ia dihasilkan terlampau banyak...kiranya ia sebagai faktor penyebab ramai orang menjadi buncit dan gemuk...


stress ??
stress adalah tindakbalas fizikal,emosi dan mental terhadap sesuatu yang diluar kemampuan dan keupayaan seseorang...contohnya pelajar kolej la..nak dapatkan gred yang tinggi kena berusaha keraskan..macam-macam dibuat..itu yang menyebabkan dia mengalami stress...


buncit ??
Memang kebanyakkan orang Malaysia sekarang mengalami masalah ni...maybe kita boleh link kan dengan stress sebab stress menyebabkan hormon kortisol meningkat menyebabkan buncit..kadang-kadang nampak je kurus tapi perut tetap nampak buncit..kadang-kadang boleh menyebabkan hilang keyakinan diri tapi ada jugak yang tak kisah dengan perut buncit...=)




Punca seseorang tu mengalami STRESS..banyak faktor sebenarnya...


1. Pekerjaan-
banyak kerja yang perlu disiapkan ataupun waktu kerja yang sangat panjang..
2. Masa-
Terlambat atau mengejar masa
3. Jam
ini memangkerap lah berlaku....nak nak yang tinggal kat KL...mesti hari-hari stress sebab jam...so kena pandai arrange masa..
4. Keluarga-
masalah dengan suami,anak-anak, ibu bapa dan juga adik beradik...
5. Bentuk Badan-
Terlalu nak kurus dan cantik....stress la kan..
6. Wang
Bila hujung bulan je mesti stress sebab duit dan habis so kena la pandai berjimat...=)


Tanda seseorang mengalami stress




Fizikal-
rasa pening kepala,sakit belakang,cirit birit,telapak tangan berpeluh,tangan mengigil,sakit otot..
Emosi
gelisah,marah,suka bertengkar,berdepan masalah,sedih




Macam mana kita nak elakkan stress


banyak sebenarnya kita boleh lakukan untuk elakkan stress atau lawan stress tu contohnya

1.ceritakan pada orang yang kita percaya masalah yang kita alami dan minta pendapat mereka
2. berlawak..tengok citer lawak pun oke jugak...jambu ke jozan ke sampai korang tergelak..hehehe
3. Bertenang...jangan tergopoh-gopoh...jangan asyik nak cepat sampai korang rasa stress memanjang
4. Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan stress seperti kafein,nikotin,gula dengan alkohol...
5. Kalau boleh elakkan stress supaya korang tak stress...
6. Buat yoga....meditasi yang baik..korang boleh relak jerk.,..
7. Seimbangkan waktu kerja dengan peribadi...jangan stress kan diri sangat..



sebenarnya banyak faktor lain yang menyebabkan kita stress mesti adakan yang korang alami tak tersenarai kat sini..tapi nasihat ayien kita kena pandai manage stress kita,jangan la marah-marah..cakap macam tu..ayien pun cepat marah tu yang ada masalah jugak ni..huhu....

Thursday 19 May 2011

Siapa sebenarnya NORA ELENA?

Samat malam sume..new entry for new storylah kan...tajuk nak gempak..sesaja je tuh...huhu..ni nak kabar sikit la tentang citer terbaru slot akasia kat tv 3.Nora Elena...sape layan angkat tangan huhu...serius aku bagi 5 bintang untuk Seth Tan,Nora dam Eid..terbaik...lakonan Aaron Aziz,Siti Saleha dan Zul Ariffin...
tahniah wat Siti Saleha sebab berjaya buat aku like dia sekarang..huhu..sebelum ni tak berapa layan citer2 adik Sam Bunkface ni..huhu

actually aku tak tau pulak citer tu di adaptasi dari novel Kasih Yang Suci tulisan Meen Zulaikha...pas tengok terus cari kat FB...dah beratus novel yang aku baca...yang satu ni jerk kowt belum sentuh lagi...sebab ape??maybe sebab tajuk novel tu and penulis...tapi tu la kata orang tak kenal maka tak cinta hah ni aku tak baca maka tak tau la...hahaha...


sinopsis citer tu macam ni:

Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.

Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif 

Seth mengahwini Nora?


hah..macam tu la serba sedikit sinopsis yang aku dapat cari...kopi ngan pasta je dari fan page...
citer ni ada 24 episod dan setakat hari ni baru 8 episod di tayangkan...sapa2 nak try boleh layan agi...tak terlambat...


ini pula OST nya..memang touching giler lagu ni..luahan hati nora,seth dan eid...
nyanyian by erryputra dan rina




dan bila esok.....by sofazr

fuhh...sangat seronok melayan citer ni...dah lama dah aku nak tengok Aaron Aziz ni pegang watak dalam novel ke drama or filem...memang cocok abish...kalau lah lepas ni ada yang nak buat Andai Itu Takdirnya pun boleh Aaron bawa kot...huhu

sebelum penutup entry izin kan saya memaparkan gambar2 mereka pelakon cerita ni...

Aaron Aziz wit Siti Saleha






Seth Tan,Nora Elena dan Eid

citer yang wat aku tertunggu apa yang akan berlaku seterusnya....
wachaaaaa!!!!

Sunday 15 May 2011

NURSES DAY TERAKHIR KALI WIT KORANG

hai...samat petang u'oll...sekarang aku dah start cuti sem..tpi tak lama pun just 2 week...kira okey la dari tak dekan...huhu...continue da story...hari khamis lepas 12 hb mei nurses day tapi kolej aku celebrate pada 13 hb mei kat hotel Bayview Melaka...
selamat la kelas abis awal kalau tak mesti huru-hara nak makeup la nak set rambut la, and blablabla..... kami memang harap sangat malam tu berjalan lancar dah event jadi happening dan enjoy....
aku sampai awal hari tu around 5 pm...sebabnya aku kena prepare ada sketsa yang aku ngan kawan2 kena buat,...harus la menangis kan..hahahha
sebenarnya nurses day ni disambut pada 12 hb bersempena hari jadi Florence Nightingale..ia itu pelopor pertama bidang kejururawatan ini...so sebagai bakal nurse aku sangat kagum dengan sejarah Florence ni...kalau cerita memang tak habis la kan....huhu

sampai-sampai je aku cari member penting aku Marshita..dia sampai lagi awal,pukul 2 tau....hehehe..class...

ini antara shoot2 yang berjaya dirakam kami....tema malam tu adalah red carpet (pink& purple gitu)

with marshita...





my CI: pn Kamariah...sayang pn

wit my junior

oh my daddy...hehehe

munirah,aku dan nara

bruno mars..sweet la kau daus..

ms nilam...terbaik la hang hana...





my tutor..ms kathy..

sorry ruby,,heheh,,nazrah 


ms lompat2...ahhahha

sangat penat berposing ya...
event habis artound 11pm...sangat enjoy..hopefully ia kekal menjadi memori terindah....

Monday 2 May 2011

Bila Melayu di Koreakan...Jadilah 24:7 dan Gula Gula

annyeonghaseyo....wah tiba-tiba berjiwa korea jap...hahahaha...tengok pulak 2 group dari Malaysia..sungguh mengerikan...eeeeiiiii....memang tengah kecoh sekarang pasal mereka...satu group tu menggelarkan diri mereka 1st ever Kpop Group In Malaysia -24:7 dan satu lagi Gula-Gula.....
proceed to next step....kenapa mesti ada K-Pop bukan M-Pop or wat ever..maybe dieorang tak tahu K-Pop tu bermaksud Korean Pop dan J-Pop pula Japan Pop...(kalau tak silap aku lah....=P) dan satu lagi dieorang maksudkan K-Pop sebagai Keindahan Pop..WT fish bebeh...semua orang tahu la apa itu K-Pop..Korean Pop itu macama Super Junior,2pm,Shinee,Beast,2am,CNblue dan macam-macam lagi....please la boleh tak somebody tegur dieorang???dengan cara berpakai buka-buka baju itu ,berseluar pendek bagai bukan budaya kita okey...kalau orang Korea buat lain lah..langsung tak sweet okey...cuba lah cari identiti sendiri..kenapa mesti nak ciplak negara lain style.....
style Super Junior apakah ini???
sarangheyo dari mereka...alangkah bagusnya jika tidak bergambar begitu...

better 

tak nafi kan la memang negara kita sekarang memang kuat fenomena K-POP ni tapi tak perlulah nak tiru-tiru segala...banyak lagi benda boleh buat...



sweet sgt la tu macam Gula-gula tapi lagi sweet kalau pakai seluar panjang...
maybe pengaruh 4 minute amat besar...

tak salah nak berkarya tapi biarlah kena dengan cara dan tempat..ini Malaysia dan bukan Korea okey....
kalau bagus memang sure ramai yang akan support tanpa perlu meniru style orang lain...
sekian salam....


Sunday 1 May 2011

di sebalik movie Penunggu Istana...

Ini beberapa gambar keadaan stana Bilah di Perak yang menjadi lokasi pegambaran filem Penunggu Istana
layan....teringin pulak nak jejak kaki kat Istana tu...nice place...


 Di pintu masuk Istana Bilah
gambar di luar Istana Bilah
di kawasan dalam Istana Bilah

petang semua..semalam aku ngan member aku begitu terdesak nak tengok citer Penunggu Istana ni...semua sebab kawan aku cakap citer tu adalah kisah benar dan shoot2 yang dibuat pun bukan rekaan..so dengan hati yang tak sabar,aku pun planning la nak gi tengok...masa sampai..kawan aku cakap tiket pukul 2ptg dah habis...wooo..dah habis...so tiket yang ada pukul 6..nak tak nak tunggu jugak la kul 6 punya tiket...
sempat la jugak mengedik kan diri depan cam...hahaha...

 OTW nak ke Dataran Pahlawan...=)
kami suke coolblog
 tengok ngan 5 orang member
hobi semasa

 tadi tu ngan member dari indonesia...
ini kaki orang Malaysia k...huhu


now aku nak citer sikit pendapat aku pasal filem paranormal pertama di Malaysia ni...disebabkan ini adalah pertama so memang okey lajalan citer die...1st aku tengok aku macam percaya la jugak yang shoot2 yang diambil adalah benar...memang seram tau...sampai aku ngan member berpeluk sakan sebab takut....=(..cuba bayang kan aku tertanya-tanya betul ke Amar tu kena rasuk sampai bunuh2 orang siap jadi kes polis lagi...so aku try cari kat fb malam tu jugak...cari punya cari tak jumpa....hari ni aku try cari dan alhamdulillah aku jumpa FB pelakon yang pegang watak Mus dan Amar...Sara tak jumpa.....hahahaha....now persoalan dah terjawab...

ini dia pelakon penunggu istana tue...

AMAR


MUS

 pic ni diambil dari FB mereka....credit la untuk mereka...huhu...sekarang sape2 yang still tertanya-tanya samaada mereka dah mati or hilang jawapannya mereka sihat walafiat sebab sape yang approve aku kalau bukan mereka kan...hahahha

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...