Google+ Followers

Wednesday, 25 January 2012

Download Vanilla Coklat dan Sinopsis

Vanilla Coklat Vanila Coklat..boleh ke bercampur?sape cakap tak boleh....hihi..sedapppp tau.....


ini drama yang disiarkan di tv3 setiap hari selasa jam 9 malam...kelakar sangat tengok Izara marah-marah...nampak comel gitu...hahahah

Barisan pelakon hebat:
Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah


Sinopsis:
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seora...ng kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?


Download la disini k..
 
Episod 10 - 21 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 09 - 14 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 08 - 07 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 07 - 31 Jan
Episod 06 - 24 Jan
Episod 05 - 17 Jan
Episod 04 - 10 Jan
Episod 03 - 03 Jan
Episod 02 - 27 Dis
Episod 01 - 20 Dis


silalah like fb page saya...=)

Download Bicara Hati dan Sinopsis

assalamualaikum..moshi-moshi...

Nak kongsi tentang drama terbaru kat astro prima iaitu Bicara Hati yang diadaptasi dari novel terkenal (Damya Hanna) yang bertajuk Bicara Hati juga...

drama ini ditayangkan setiap hari selasa jam 9 malam di astro prima...memang best dan sesuai dilayannnnnn..

Barisan pelakon hebat:

Sharnaaz Ahmad Basir, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan Londoh, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Nazeera Sardi, Abby Nadzri, Josiah Hocan, Zarina Zainuddin, Mislina Mustaffa, Dazrin, Meor Muhd, Mama Rock, Lash Mokhtar, Balkish, Shakila Khoriri.

Sinopsis:

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan p...ermintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Download link boleh datang sini...

Episod 08 - 21 Feb | Hotfile | Mediafire | Tgk Online
Episod 07 - 14 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 06 - 07 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 05 - 31 Jan
Episod 04 - 24 JanEpisod 03 - 17 Jan
Episod 02 - 10 Jan
Episod 01 - 03 Jan


jangan lupa like fb page yerk...=D



kredit to bila kepala bergetar

Sunday, 22 January 2012

Download Gemersik Kalbu Slot Akasia

Semekom,
Pada peminat slot akasia dan novel tempatan kita disajikan sekali lagi dengan novel yang diadaptasi ke drama iaitu Gemersik Kalbu karya Anis

Pelakon terdiri daripada Aqasha,Ayu Raudah,Anzalna,Watie ,Dian P.Ramlee dan ramai lagilah

Jom baca sinopsis

mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

Kalau nak download link boleh juge..=) 

Episod 24 - 09 Feb | Hotfile | Mediafire
 Episod 23 - 08 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 22 - 07 Feb
Episod 21 - 06 Feb | Tgk Online
Episod 20 - 02 Feb | Tgk Online
Episod 19 - 01 Feb
Episod 18 - 31 Jan
Episod 17 - 30 Jan
Episod 16 - 26 Jan
Episod 15 - 25 Jan
Episod 14 - 24 Jan
Episod 13 - 23 Jan
Episod 12 - 19 Jan
Episod 11 - 18 Jan
Episod 10 - 17 Jan
Episod 09 - 16 Jan
Episod 08 - 12 Jan
Episod 07 - 11 Jan
Episod 06 - 10 Jan
Episod 05 - 09 Jan
Episod 04 - 05 Jan
Episod 03 - 04 Jan
Episod 02 - 03 Jan
Episod 01 - 02 Jan

Download Ariana Mikhail Dan Sinopsis

Salam 1 Malaysia..hihi..nice...

Minggu lepas siapa ada tengok drama Ariana Mikhail,angkat butang SHARE cepat..hahaha..

sesungguhnya aku dah jatuh cinta dengan drama nih...Dah lama tak tengok Sein berlakon sejak drama Adamaya...well die buat aku jatuh cinta dengan watak Mikhail yang super romantik ituh....hihihi

Pelakon terdiri daripada:Sein ,Nora Danish,Khusyairi,Sharnaaz Ahmad,Hanez Suraya,Abdul Razak,dan ramai lagilah

jom go to sinopsis nyeh...

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita perancis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah. Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Jamil meminta maaf bagi pihak Mikhail, kerana mereka baru sahaja sampai bercuti di Paris. Ariana boleh sedikit berbahasa Perancis mengingatkan Jamil agar menjaga tingkah laku Mikhail. Bagi membalas budi,Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail mengingatkan Jamil jangan buang masa sebab kalau nak gadis melayu balik ke Kuala Lumpur nanti mereka akan bertemu ramai. Jamil menasihatkan Mikhail jangan bongkak nanti dia akan tergila-gilakan Ariana. Tetapi Mikhail ketawakan kata-kata Jamil serta menyuruh Jamil saja mengorat Ariana sekiranya dia berminat.

Kalau siapa yang dah tengok episod 2 tahulah apa yang berlaku antara Mikhail dan Ariana...

Aku suggest kepada siapa yang minat drama romantik-romantik boleh buat bekalan senyum sepanjang malam...=)

cerita ni hanya ada 2hari dalam seminggu bermula hari isnin sampai selasa


JOM DOWNLOAD...=)


Episod 12 - 21 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 11 - 20 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 10 - 14 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 09 - 13 Feb | Hotfile | Mediafire
Episod 08 - 07 Feb
Episod 07 - 06 Feb
Episod 06 - 31 Jan
Episod 05 - 30 Jan
Episod 04 - 24 Jan
Episod 03 - 23 Jan
Episod 02 - 17 Jan
Episod 01 - 16 Jan



ini OST drama nih...LIKE..
LIKE la sekali my fbpage yerk....=)
kredit buat tuan punya link download:kepala bergetar..=)

Tuesday, 17 January 2012

Akibat Langgar Lampu Merah


Berdebar aku tengok Video ni..laju gile kereta pacuan 4 roda tu pecut(pajero kowt)..sure la kejar lampu merahkan...yang 3 orang naik motor tu releks je jalan alih-alih kena langgar...kejadian berlaku di Melaka(katanya di Bukit Rambai)

Yang aku paham pasal video nih cuma ade 2 orang yang cuba tolong masa tu...mungkin yang lain tu sibuk sampai tak perasan kan ade eksiden berlaku depan mata...hish...kesian la..3 sekali kena langgar serentak tapi orang lain macam tak nampak apa-apa yang berlaku...bohong lah kalau kata tak dengar atau  kemalangan terlampau cepat berlaku..
Macam manalah nasib 3 orang tuh...doakan mereka selamat hendaknya...aminn


Bila Jejari berbicara:Takkan nak jadi macam negara China kowt...

Friday, 13 January 2012

Parody Ongbak Rindu Yang Kejam?


Samat malam...hari ni hujan je sepanjang petang kat Melaka nih...tapi rasa panas je..orang kate kalau hujan tapi kite rasa panas orang tu dikalangan orang yang berhati baik...hihihi..(paiseyhhhh)

Makin bertambah gila aku duduk kat rumah tanpa arah kerja...bila lagi hospital2 diseluruh Malaysia nih nak melaungkan VACANCY JOB!!!!!! untuk hamba seorang nih..hambe dah penat menanti...hikhik...serius bingung abis semenjak aku baru je abis belajar nih...macam-macam perancangan dah aku buat untuk gaji aku tu nanti..hahahha(padahal duit pun habuk xdapat lagi)

Ini dah melencong dari tajuk entry aku nih....dah jom kita ke jalan yang benar....

Bukan pasal aku yang nak diceritakan disini okey tapi pasal parodi ONG BAK RINDU yang boleh meragut perasaan syahdu aku bile tengok parody nih...asyik nak gelak je lah koje nye...name pun parodykan...jom layan

 

Rasa tak kesian langsung ngan Izzah yang nih..rasakan!!!
Kejam giler Hariz sanggup bunuh Izzah begitu sekali...sobsob
papepun memang mamat ni bagus gile...aku suka tengok parody ala-ala mafia gini....last-last Izzah pun mati bersama cinta teragungnya...lalalalala...


Bila Jejari Berbicara: Cuak tengok Izzah bunuh diri....kuikuikui..>_<

Wednesday, 11 January 2012

Mampukah Aaron Aziz menang besar ABP2011?



Happy...yabedooooo..my abang long tercalon untuk ABP 2011...tak banyak 2 kategori utama je...satu untuk Pelakon Filem Lelaki Popular dan pelakon TV Lelaki Popular...excellent...tanpa ragu-ragu dan penuh keyakinan aku yakin Aaron Aziz akan sapu bersih 2 kategori utama ni plus kategori BINTANG PALING POPULAR 2011..hahhaa.

Aaron Aziz akan bertanding dengan
Pelakon TV lelaki:
  1. Aaron Aziz 
  2. Adi Putra  
  3. Remy Ishak
  4. Fizz Fairuz
  5. Fauzi Nawawi
Pelakon filem lelaki:
  1. Aaron Aziz 
  2. Shaheizy Sam
  3. Adi Putra
  4. Syamsul Yusof 
  5. Bront Palarae
Cayalah cakap aku..anugerah BPP2011 akan jatuh ketangan Aaron Aziz ....tahun 2011 merupakan tahun bertuah buat Aaron Aziz...semua drama,fiilem and teater yang dibintangi die meletop habisss okesss...

My abang long start meletopp lepas drama Nora Elena...masa tu aku sure memang ramai yang baru minat dengan dia termasuk lah aku..hikhik...dulu tak minat pun..suka suam-suam je..Lepas tu ditambah plak dengan KL GANGSTER yang dia jadi abang long bertambah terpercik api keHOTan abang long sorang nih...

Rasanya tahun ni berlambak-lambak projek drama/filem yang dibintangi  Aaron Aziz
antaranya:
  • Nora Elena
  • Telemovie Kitab Cinta
  • KL Gangster
  • Kekasih Awal dan Akhir
  • Stanza Cinta
  • Badai Semalam (teater)
  • Karma
  • Datin Ghairah
  • Ombak Rindu
  • Tahajjud Cinta
  • Akinabalu
  • Satu lagi drama yang die berlakon dengan Neelofa sebagai Karim tuh....lupa plak..
ngan banyak lagi kowt yang aku tak berapa nak ingatt...ni bukan kopi pasta ok..hehe

Konklusinya aku yakin Aaron aziz mampu menang besar tahun ni...rezeki dari Allah buat dia...dah lama berkecimpung dalam dunia seni baru bakat abang long benar2 menyerlah....hihi...

Bila Jejari Berbicara:Beli paper banyak-banyak untuk vote Aaron Aziz...=)

Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic




Salam pagi..hihi..belum tidur lagi so aku gi jenjalan kat blog orang...terjumpa pulak satu benda nih...(nak kata kontes bukan segmen apatahlagi bukan..)macam unik sangat...berkaitan portfolio dalam pembikinan vector cartoon..kira siapa bertuah akan tahulah apa hasilnya nanti....

terdetik hati nak join sebab unik sangat pencarian nih....sape nak join jom klik sini

Pencarian ni anjuran ADAM dan AZIE

Syarat-syarat penyertaan:-

Tajuk : Pencarian 100 blogger Malaysia untuk portfolio seni AA Graphic
Nama : Nur Zaituain Osman
Tempat tinggal sekarang : Melaka
Join Blog sejak : dis 2010

tak susah pun..senang jerk..hihihi...

lagi satu syaratnya haruslah letak sekali gambar aku sebagai pengenalan gitu..amik aku tepek gambo ni je yang mampu...agaknya gimana gambo kat bawah ni bertukar jadi kartun...hermmmm...=P




Perubahan Itu Perlu



 Rasa nya tak penting kot entry kali ni(macam la entry sebelum ni penting sangat..haha)aku dah tukar HEADER baru..ada sesape perasan tak??hahah..macam la kau retis ayien hari-hari orang nak  bukak blog hang...
Dah hentikan mainan perasaan ini...jom sambung citer


Ini pasal Header dan blog aku ni...adalah aku buat pembaharuan sikit-sikit..tambah yang mana patut sempena tahun baru 2012 nikan..lagi pun sebelum ni macam kureng ummmmphh je aku rasa blog BILA JEJARI BERBICARA nih..hehehe...


Sebenarnya dah banyak kali dah aku tukar header.dulu adelah tempah kat Mas Safwan tapi header tu macam ada something wrong pasal caption die so aku tukar header lain.


kali ni aku buat sendiri...hikhik gune phoscape jerk.. belum tercapai dik akal untuk expert dalam photoshop...so apa lagi buat lah..dan hasilnya...macam yang korang kat atas tu...cantik3 tak??


inilah contoh2 header yang pernah diguna pakai aku sepanjang 2011...

NICE TAPI APA KAN DAYA NAMA BLOG SILAP DAAAA...JEJARI BERCERITA...erk
INI YANG TERBARU DAN AKU SUKA KAN NYA..
Aku rasa header baru ni lebih simple dan tak serabut...biar nampak gegirl sikit tak hape...lalallala

 Hopefully tahun 2012 akan membuatkan aku semakin bersemangat menaip dan menghasilkan idea yang bernas dalam penulisan aku...yelah tak nak orang cakap buat blog cam syiok sendiri...hahaha..amik ko sebijik..kena sound macam tu sure aku benti berblog..hikhik


babai....jumpa lagi dilain entry....zassssssss



Monday, 9 January 2012

Bila Aaron Aziz Cedera


 Hari ni  berita yang tak berapa best apabila diberitahu Abang Long aku kemalangan semasa melakukan aksi stunt untuk filem KL GANGSTER 2...haiyoooo...kenapa boleh jadi macam tu abang long...bahayalah...kan dah cedera..syukur la tak ada tulang temulang abang long yang patah,kalau tak memang lambat la recovery nye...

Selalu jugak baca status dia kat twitter mengadu sakit-sakit badan sebab buat shot lasak untuk filem KL GANGSTER...tapi janganlah sampai buat aksi yang membahayakan tubuh badan....apa-apa pun abang long kuat...sure boleh cepat sembuh.....hihihi...

Aaron admit dihospital tadi dan esok sudah dibenarkan pulang,siap kena 3 suntikan lagi siap mention mana tempat kene inject...rupe2nya abang long takut jarum yerk....cer korang baca tweet dia kat bawah..haha...tak pelah..demi kesihatan kan...terima je jarum tu dengan senang hati...


Dalam kesakitan pun Aaron masih sempat melayan tweet dari peminat...memang cayalah bro..macam ni la gue semakin sayang same luo....
 




 Hope AARON AZIZ get well soon....


Friday, 6 January 2012

Pelayan Yang Tanam Anggur


 Malam-malam ni tak tahu lah aku nak buat apa.Nak tidur susah pulak..(selagi belum pukul 0100 jangan harap.)Serius aku mengalami kebosanan yang teramat sekarang...every day benda yang sama,mengadap perangai yang macam-macam..melayan pelanggan yang datang kat kedai makan bagi aku sangatlah susah...

Yelahkan,aku baru je habis belajar so dengan tak mahu membazir masa tu baik aku tolong-tolong apa yang patut...tapi aku memang tak tahan,dah lah ramai,kadang-kadang tak tertanggung aku..dah lah pembantu dah lari so tinggal aku-mak dan abah....bertiga...perah keringat...
Jaga patient kat ward pun tak macam tu tau...

Aku ni dah pemalu orangnya,nak tanya "abang nak minum ape"pun aku akan pikir 2 3 kali samaada patut ke aku tanya macam tu....erkkk..sengal pun ada tapi itulah aku....just say "nak minum apa?"(cam kejam je kan bunyinye...)Ramai kot yang cakap aku sombong...up to mu lah...nak cakap apa...hikhik..janji aku memang pemalu...



hopefully budak indon yang keje kat warung abah aku tu akan balik keje...serius dia je boleh buat keje tu semua..aku memang tak layak..tak ada kelulusan kearah itu..kesabaran pun memang hilang setiap hari..kadang-kadang sampai tak boleh senyum langsung(agaknya mesti orang cakap sombongkan)...


Agak-agak bilalah aku boleh kerja sebagai staff nursekan..??tak ada ke hospital yang nak bagi keje kat aku...erkkkk...saya rajin maaaa...hehehe..

Wednesday, 4 January 2012

Luahan Hati Seorang Sahabat



Salam malam semua...boring la malam-malam macam ni tak tahu nak buat apa..cari idea untuk entry pun bagus jugak...tapi mungkinlebih emosi sikit..dah lama pendam..so tak kira nak story jugak...


5tahun dulu(sekarang aku 22thn so mas 17 thn le)aku ada sorang kawan rapat..kalau orang tengok dieorang akan cakap bestfriend...(tapi tak la sampai macam tu)aku name kan dia W..kiteorang sedara dari kecik main guli sama-sama..hahaha..


Masa ayah aku sakit (stroke) and then aku transfer balik melaka..so segala hal sekolah semua pindah la kat Melaka..mula-mula W sangat la berlagak...(pengawas kat sekolah)aku ngaku penah dibuli dia masa tu..biasa budak baru..lagi datang dari KL sure depa sume menyampahkan...(padahal aku muka innocent giler)so perjalanan aku dari sepanjang setahun sekolah rendah dengan dia sangat menyakitkan...

Ntah macam mana aku boleh baik dengan dia..and kami jadi kawan...masa tu dia pulak transfer masuk sekolah menengah aku..so W macam lost kejap so banyak cari aku...sebagai kawan yang baik memang aku sentiasa ada untuk dia..kami pergi balik sekolah sama-sama...sampai la oneday,aku gaduh dengan dia pasal perkara yang langsung tak ada kaitan dengan kami...so aku move on je..lagipun aku tak salah apa-apakan..


Kemudian baik lagi...(sebab dia nak kawan dengan kawan lelaki aku)...sejak tu memang kami kawan je..serius aku anggap dia kawan aku paling rapat,pergi sekolah sama-sama,keluar jalan petang sama-sama,dan macam-macam lagi...tapi aku macam sedih bila dia makin hari makin berubah...menjadi sangat sombong dengan apa yang dia ada dan tak boleh tengok orang lain lebih dari dia...(perluke kau nak berbangga dengan tempat kau beli baju..whatthefish)


Aku banyak pikir pasal persahabatan kami tapi yang aku jumpa hanya sakit hati..pasal family(banyak sebab tu)


Putusnya persahabatan kami selepas habisnya form 5...bila aku dah mula keje part time and dia pun hilang ntah kemana..kami dah tak bertegur sape....and sampai sekarang benda tu berlaku
actually dia adalah jiran aku dan sedara aku...orang yang ada pertalian darah dengan aku...


Aku perasan dia pernah buat fb tapi tak penah add pun sebab aku taknak dah campur dengan life die...dan adik dia pernah stalker aku dan aku marah sangat masa tu...(sape suruh stalker aku)tapi memang hobi kowt sebab ada dia add aku(mungkin dia)dan menggunakan alamat email yang ada nama aku berserta friendlist dengan exBF merangkap kawan baik aku dan adik beradik aku jua....rasa macam nak mengamukkan...n now fb tu dah deactive selepas di kaunseling saya...



Satu je yang aku kecewakan...apa jadi dengan persahabatan tu pun aku tak tahu..kadang-kadang aku nyesal bila pikirkan kenapa aku boleh bersahabat dengan dia...berjiran dengan dia....bersedara dengan dia...kenapa mesti dia....

sekian...luahan ala-ala tangkap muat,...tapi itu yang terjadi...=/

Monday, 2 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU





SELAMAT TAHUN BARU

Sunday, 1 January 2012

MYRAVEA:SEGMEN WARNA PILIHAN UNTUK BLOGKU


1st entry ditahun baru 2012....

Hari ni duduk aku duduk rumah sambil menghabiskan masa dengan berblog...baca entry kawan-kawan yang best dan tetiba nampak Cik Myra Vea kita sedang menjalankan SEGMEN...i loike...nak join lah...sebab memang tengah godeh2 nak cari kaler sesuai untuk blog aku (tahun baru la katakan..kaler pun barulah...tapi xjumpa2)

Myravea ni kreatif orangnya...kalau tak masakan blog die cantik sesangat dengan motif bunga-bungaan...ala-ala Heliza lagi...=)
klik header ni kalau nak join segmen...
























WARNA PILIHANKU:


Pink/Putih....haruslah blog aku kaler pink dan putih....xmahu kaler asa lain....muktamad..hehehe


KENAPA?
Sebab saya gegurl lahhh..ahak..aku memang suka benda-benda pink...tapi taklah semua benda dalam dunia aku suka pink just untuk dunia online aku memang aku sukakan pink...desktop aku pun background pink..dan blog aku pun before ni kaler pink tapi lepas try nak tukar baru..aku dah tak jumpa mana aku letak pink yang lama...so ambik yang pink original je lah....kutuk la gimana pun aku tetap nak pink untuk blog aku...MyraVea pun suka pinkkan...same2 ngan kita...hikhik..



SELAMAT BERJAYA UNTUK DIRIKU SENDIRI....=)

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...