Wednesday 27 July 2011

Khairul Fahmi menduakan cinta Elia?

haishh..pagi-pagi bukak tenet...ayien pi la menjengah satu blog gosip ni...terbace pulak...
"benarkah hubungan khairul fahmi dan tunang berantakan?"
Betulkah semua gosip yang berleluasa sekarang ni...adakah benar Khairul Fahmi aka Apex telah menduakan cinta Jejari runcing aka Elia?menurut beberapa laman sesawang gosip yang fofular di Malaysia ni..

Apex telah kantoi keluar dengan seorang gadis bernama Dahlia dan Apek jugak sudah pandai mengunakan kata-kata keras dan memaki hamun kepada Elia dan keluarga..
Dari gambar yang dipost dilaman gosip lain...Dahlia memang seorang yang cantik dan manis...tak tahu lah kalau Apex sudah cair dengan kecantikan itu....sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua...lagipun baru je bertunang...jangan la putus macam tu jerk....

Adakah benar gadis ini yang berjaya mencuri hati Apek dari Elia??
Jejari runcing ni adelah mentor ayien tau dalam dunia blogging ni..kalau betul la berita yang dikeluarkan memang menangis tak berlagu la Elia ...kesetiaannya tak dihargai oleh penjaga gol kebangsaan ni...
apa-apa pun kita tunggu saja penjelasan lanjut mengenai gosip terbaru ini...

Saturday 23 July 2011

Sweet itu Memory

Apa yang sweet sangatkan..haha

acctually 2 week ago ku dan rakan2 serumah telah menjana sedikit wang untuk menjayakan party at pantai klebang malacca...sempena 2 1/2 tahun kami tinggal sama-sama...sambil bertukar2 hadiah..memang syiok la bile dapat adiah dari my besties friend...

Paling ku geram bila kena kelentong sikit...punya la yakin yang hadiah tu bukan untuk ku sebab ku sendiri yang balut hadiah tu...my besties cakap die lupe balut so mintak tolong ku yang kretif ni menjalankan tugas...ku macam geram jugak sebab my besties bagi Teedy Bear pada orang yang die dapat...ku kata akan putus lah kasih sayang ni kalau my besties bagi orang lain bear besar tu...sekali memang ku yang dapat melompat lebih tinggi la jawabnya...^_^

di sajikan beberapa keping gambar pembuka selera...








 cantik sangat pemandangan waktu pagi....




 inilah my besties yg sengaja mengenakan ku sampai ku tersenyum lebar






nama bear ni chikang....sweet kan??


hopefully kenangan tu akan kekal dalam ingatan kita semua...aminnnn

Thursday 21 July 2011

Sendiri itu Sepi

    Alahai semenjak kebelakangan ni ku rasa sangat sunyi,sepi dan sendiri...nape eh?? my bespren entah ke N9,boypren pown xde...mungkin sebab tu ku rasa sunyi...hahahaha...


Bila lah agaknya tuan punya blog ini nak berpunya?ramai yang cakap ku terlalu memilih..memilih ke?tapi tak salahkan kalau kita nak yang terbaik buat diri kita yang tak berape baik ni...sekurang-kurangnya kejalan lurus ku berjalan nanti...kuikui...

selalu sangat relationship tak bertahan,,salah ku kadang2 tapi banyak salah si dia dari ku....hihi..bila ada yang nak masuk line aku cepat2 reject sebab entahlah belum sedia satu hal and malas nak bagi komitmen dalam hubungan kowt...tapi jangan label kan aku sebagai lesbian okey...aku bukan macam tu...mungkin belum masa untuk serious lagi..

La ni Pun Tijah sangat merisaukan keadaan anaknya ini yang tak ade boypren lagi...hihi...mak jangan risau k...ain muda agi...nanti ain cari menantu untuk maknya...yang macam mak nak...hihihi..cewahh konon anak solehah la ni..

Dalam mencari pasangan ku tak berapa pandai acctually...itu yang takut salah sapu..so kena la pandai memilih ya .......

Wednesday 20 July 2011

Bila Farah Breep-Breep naik pelamin...

Hai....entry yang agak terlambat tapi tetap nak jugak buat sebab Ayien suka giler ngan Farah Breep2 ni.Tak sangka dia dah kahwin.Satu la Ayien nak puji..Farah tak pernah nak expose2 boipren dia sebelum kawinkan..still bertudung litup..


Dalam duk menatap gambar-gambar kawin Farah dan Johan ni..Ayien memang suka tengok setiap keping gambar kawin Farah...tak bohsan langsung..semua gambar yang diambil memang cun-cun belaka...tak caya korang try tengok

gempak kan pelamin nya...

tak payah pown pakai inai beria sangat...tetap cantik
kalau la dapat buat garden wedding gini..


bersama keluarga
cantik sangat..naik seri pengantin Farah

suami Farah boleh tahan juga orangnya...
Eh2 main jeling-jeling pulak...
semoga bahagia ke akhir hayat ya Farah dan Johan


DOWNLOAD KITAB CINTA


Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar disitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika University.

Satu hari Mustika telah... di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada disana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.

Lakonan : Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sbg Irfan

 

OST KITAB CINTA

Monday 18 July 2011

DOWNLOAD DRAMA STANZA CINTA


Sinopsis Ringkas
Stanza Cinta berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?
Download link 



Episod 13 - 02 Okt - 140mb tamat
Episod 12 - 25 Sept - 139mb
Episod 11 - 18 Sept - 132mbEpisod 10
Episod 09
Episod 08
Episod 07
Episod 06 - 139 mb
Episod 05 - 145mb
Episod 04 -145mb
Episod 03- 132mb
Episod 02 - 143mb 
Episod 01 - 141mb 



Lagu Tema
 
kisah hati - alya

Antara Kita - Jed Madel ft. Nikki Palikat
Pelakon
Aaron Aziz, Nur Fathia, Fizz Fairuz, Azhar Sulaiman, Dato’ Jalaludin Hassan, Fadilah Mansur

Sunday 17 July 2011

DOWNLOAD DRAMA TAHAJJUD CINTA



Tahajjud Cinta lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Dato’ Jins Shamsuddin, Norish Karman, Neelofa, Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah & penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.


LINK UNTUK DOWNLOAD SETIAP EPISOD
EPISOD 3 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 4 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 5 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 6 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 7 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 8 TAHAJJUD CINTA

Friday 1 July 2011

Grand Finale

Grand Finale....akhirnya berakhir jua exam final ku....bukan final biasa tapi final untuk semester 6...kira punya kira rupanya nak dekat 2tahun 1/2 ayien study dalam cos nursing ni....dan macam tak terasa lamanya 2 tahun tu tinggal kat sini...bidang yang bukan menjadi pilihan aku...akhirnya aku jatuh cinta jugak...=)

Total tarikh tolak masa dan blabla...tinggal lagi 5 bulan aku menetap di kondo mewah bak kata kawan2 ku...nak kata happy jauh sekali..nak kata sedih tu memang betul lah....bersama berkongsi suka gembira duka dan macam2 rasa korang rasa sanggup ke kita semua seramai 83 orang ni nak berpisah....OMG tak mahu lah...

Honestly aku mengaku,korang lah sahabat terbaik yang aku kenali sepanjang aku mengenali apa itu persahabatan...walaupun ada yang bergaduh ,bermasam muka ,bermesra itulah asam garam kehidupan kita kan....

Aku tak mahukan perpisahan kita berlaku........

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...