Thursday 7 February 2013

Serangan jantung atau Myocardium Infact



Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang apa yang saya pelajari mengenai penyakit yang selalu dialami golongan tua sekarang. Serangan Jantung atau Myocardium Infact.(MI)

Myocardium Infact berlaku apabila kematian tisu otot dibahagian jantung disebabkan terputusnya bekalan darah kebahagian tersebut.

Antara faktor penyebab utama kejadian ini adalah 

1. Atherosclerosis -penyempitan pada salur darah utama (coronary artery) yang membekalkan darah ke otot jantung berpunca dari lemak atau kolestrol.

2. Emboli / thrombus (darah beku) - Penyumbatan di salur darah utama dan menyebabkan bekalan darah terputus.

Antara tanda-tanda seseorang mengalami serangan jantung adalah:

1. Sakit di dada merebak kebahagian leher dan bahu sebelah kiri sehingga ke lengan kiri.
2. Muka kelihatan pucat
3. Berpeluh ,kulit sejuk(peluh bercirikan melekit, berlengas dan)
4. Susah bernafas
5. Nadi menjadi cepat,lemah dan tekanan darah menurun
6. Loya dan muntah akibat kesakitan yang dialami.




Rawatan segara!!!

Rehatkan mangsa dan dan segera hantar kehospital untuk diberi rawatan seterusnya
Biasanya apabila pesakit disyaki mengalami serangan jantung akan diberi suntikan untuk melegakan kesakitan.
Pesakit juga akan diberi ubatan cair darah untuk memudahkan perjalanan darah.
Pemberian oksigen juga mampu mengurangkan kesakitan dan melegakan kebimbangan pesakit.

Nasihat kepada mereka yang pernah mengalami serangan jantung:

Berhentilah merokok dan elakkan kerja-kerja yang membebankan. Kawal pemakanan kerana ia salah satu faktor utama penyebab serangan jantung.
Teruskanlah ubatan yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan berhenti mengambilnya tanpa arahan doktor.
 
Rawatan lain yang selalu disyorkan oleh doktor adalah

Angiogram biasa akan dijalankan untuk mengetahui tahap keterukan penyumbatan dan samaada pemasngan ballon boleh dilakukan atau tidak.Biasanya pesakit yang mempunyai lebih dari 2 salur darah tersumbat akan disarankan menjalan CABG

 CABG atau bypass iaitu pembedahan mengantikan salur darah yang telah tersumbat dengan salur darah baru yang diambil dibahagian kaki. semasa pembedahan jantung akan dihentikan dengan larutan kalium yang tinggi dan seterusnya mesin akan mengambil alih tugas jantung mengepam darah ke anggota badan sementara doktor akan membaiki salur darah yang tersumbat itu.




Sayangilah jantung anda dan sentiasa ingat mereka yang menyayangi diri kita jadi jangan lupa mengambil ubatan mengikut waktu yang ditetapkan dan berhentilah merokok.




♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...