Wednesday 28 December 2011

Drama Gemersik Kalbu (Slot Akasia)

Assalamualaikum....

Bermula 2hb Januari 2012...kita semua akan di sajikan dengan drama yang diadaptasikan dari novel yang bertajuk Gemersik Kalbu nurkilan Anis Ayuni yang mengantikan drama Tentang Dhia...buat peminat novel tu korang jangan lepaskan peluang untuk menonton drama yang arahan Feroz KadirHeykal Hanifah...

Drama sebanyak 26 episod ini akan mengandingkan Aqasha,Ayu Raudhah,Fazreen rafi,Anzalna,Khatijah Tan, Rahim Jalani...



Sinopsis
kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.


Semoga drama ini setanding Nora Elena dan mampu menjadi fenomena.....

WORDLESS WEDNESDAY #15

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...