Wednesday 3 August 2011

Wordless Wednesday

miss this moment

Ben Ashaari Zack Zuhairi Hanis Zalikha Fatin Liyana follower tertinggi



Ben Ashaari , Zack Zuhairi ,Hanis Zulaikha  dan Fatin Liyana adalah antara blogger yang mempunyai follower teramai dalam blog mereka. Sejauhmana ranking mereka diMalaysia dan nilai blog mereka? Apa-apa pun ini sekadar maklumat dan ia tidak akan dapat membantu anda untuk membuat pinjaman peribadi malah jauh sekali untuk membuat biasiswa IPTA/IPTS  untuk kali ke 2.

Ben Ashaari
Follower dalam blog seramai 15’9xx .Paling banyak buat contest,baru nak buat ayat untuk join terus dia buat contest yang terbaru.Begitula kehidupan blog dia memang pantas dan cepat.Walau ada gambarnya dikatakan menunjuk-nunjuk macho dengan memakai topi untuk menutup rambut yang kurang dan memegang dumble konon kuat sangat la tu namun setelah membaca penulisan yang ramah dan mesra pasti tanggapan sebegitu tidak benar.  Alexa kata blog dia ni dalam ranking ke  47’261,di Malaysia ranking ke 171. Nilai blog (Website Value) US$262,455.2 *.

Hanis Zulaika
Follower seramai 28’9xx. Background  seorang model dan anggapan sesetengah pihak yang dia bergaya macam best sangat  sedangkan realitinya tidaklah  seperti itu .Dia boleh ke kfc sek 13 menaiki kereta yang bersiul nyaring ketika enjin dihidupkan malah proton sendiri malu untuk menghasilkan lagi  jenis model kereta tersebut .Dalam ranking Alexa  ke 126’275, di Malaysia ranking ke 6’031. Nilai blog (Website Value) US$238,322.8 *.

Fatin Liyana
Katanya belajar di Indonesia dan sekarang pulang ke Malaysia. Blog yang mempunyai follower seramai 26’4xx.Blognya disukai mungkin kerana tulisan yang bersahaja dan mungkin juga kerana dia cantik dan menarik walaupun ada yang kata lawa kerana make-up trick dan tergedik-gedik (konon terhegeh-hegeh tayang pakwe macam confirm kahwin sangat) tetapi itu hak dia..diulang itu hak dia dan blog dia.Alexa Traffic Rank ke 94’200,di Malaysia rank yang ke 452 manakala nilai blog (Website Value)US$144,198.2 *

Zack Zuhairi
Blog dia memang sekali tengok sepert dimiliki oleh seorang yang pemalas dan tiada masa depan.Kalau diperhatikan blognya,bulan dah masuk june 2011 tapi posting terkini blognya masih  feb 2011 .Bagaimanapun,  follower dalam blog dia 21’7xx mengalahkan orang poyo yang update blog tiap-tiap hari dan secara praktikalnya menafikan(busted) mana-mana kenyataan ” kena update blog tiap-tiap hari untuk menaikkan pagerank” . Setiap kisah dalam postingnya memang best. Penggunaan bahasa yang  lucah ,mudah dan senang difahami  salah satu punca orang suka  mengikuti blognya. Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan jika followernya juga suka berbahasa begitu.Terbaca perenggan pertama mesti nak baca sampai habis. Bak kata P.Ramlee “apa punya tangkal dia pakai daaa..”.Alexa Traffic Rank 447’5xx ,di Malaysia rank ke 2’468 manakala nilai blog US$52,239

Blog Terkini
Maklumat diatas  june 2011 dan  blog-blog mereka tetap disukai dan diminati ramai walaupun lebih ramai yang merungut mengenai sikap mereka yang tidak melayan/ membalas/peduli /kisah komen-komen dalam blog mereka tetapi mereka berhak untuk bersikap begitu kerana anda bukan budak kecil yang masih menyusu badan.. Anda berhak untuk tidak sependapat atau sebulu atau sepeluh dalam hal ini. Tahniah!

credit to Jomrileks.com

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...