Thursday 22 September 2011

Cemburu

Malam ni  rasa macam nak touching je...ntah la...sedih kadang-kadang bila kita dah cuba jadi seseorang baik tapi tak ada orang yang hargai kita...

ayien bukan manusia yang boleh sabar dengan semua perkara,ayien cuma manusia biasa,yang ada perasaan marah,suka,gembira dan sedih....bukan manusia yang boleh menjadi bahan boneka yang boleh di ketawakan setiap masa...

Kadang-kadang ayien heran kenapa bila kita tak suka seseorang kita masih boleh berlaku baik padahal dibelakang sebaliknya..Kalau jumpa orang macam ni seboleh mungkin memang nak elakkan diri....

Cemburu,kenapa nak cemburu dengan ayien,apa yang ayien ada?nothing utk di jelouskan..tapi manusia selalu berasa macam tu,bukan ayien nak paranoid tapi itu yang terjadi sekarang....

Sabar memang harus dalam diri kita tapi sekiranya sabar tu semakin menghilang dalam diri pasti perasaan marah akan timbul.....bila marah sudah menghuni hati memang pergaduhan akan berlaku..seboleh-bolehnya memang nak mengelakkan pergaduhan berlaku tapi kalau terpaksa.....
kan best kalau boleh happy macam ni..sentiasa..

Slot Akasia terbaru: SOFFIYA

Kelmarin Kasih Alia dah abis,ending yang tak berapa best...sume mati tinggal Qabil dengan Kasih berdua je...macam rugi pun ada layan cerita tu...ayien mahu happy ending la....

Petang samalam satu lagi drama lot Akasia ditayangkan...Drama bertajuk Soffiya...


Drama yang ditayangkan dalam Slot Akasia Jam 7 ada 28 Episod.

Antara pelakon hebat yang akan membintangi adalah Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli (Apek Juavana), Hilal Azman, Azhar Sulaiman dan ramai lagi

Berbalik kepada cerita SOFFIYA ni...1st episod memang menarik,esspecially rindu nak tengok Tizz berlakon...

Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri.

Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?

Gambar Pra Perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Seperti yang ayien cakap bila artis berkahwin memang ayien punya mood nak update memang tinggi...terbaru gambar pra perkahwinan Norman Hakin dan Memey Suhaiza yang akan berkahwin pada 24 September ini di kampung Memey di Felda Tenggaroh,Johor dan di Crowne Plaza Mutiara pada 28 September ini...











p/s:auntie2 selalu pesan seri pengantin tu penting,kalau kahwin tak ada seri memang orang tak nak tengok pengantin..

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...