Tuesday 13 September 2011

Sinopsis Jiwa & Lara [slot Samarinda]

Drama ini mempunyai 26 episode yang diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah (Bakal suami Faezah Elai)

Sebab apa kena tengok?Aaron Aziz ada dalam cerita ni...^_^


Zaman ketika tua
Zaman ketika muda..

Sinopsis Drama Jiwa & Lara
Jiwa & Lara mengisahkan persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80an hingga kini. Zaman ialah seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis telah menyembunyikan diri di ladang getah.

Zaman telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Zaman dibenarkan tinggal di rumah Baha walaupun ditentang oleh anak Baha, Lara yang tidak menyukainya.

Zaman yang licik pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan sahaja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan untuk bekerja di ladang tersebut.

Jiwa menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai tentang keperibadian Zaman. Jiwa ialah seorang mandur di ladang tersebut yang dipercayai oleh Zaman dan amat mencintai Lara. Hubungan Jiwa dan Lara mulai retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman.

Zaman tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan berikthiar untuk menghapuskan Jiwa bagi memiliki Lara. Jiwa dipukul dan dicampak ke gaung oleh Zaman. Apabila anak tunggal Fakir, Marini pulang dari luar negara, Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Zaman sanggup mengorbankan Lara bagi mengahwini Marini.

Marini terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Zaman kerana dia telah mengandung anak luar nikah dengan teman lelakinya semasa di luar negara. Zaman yang tidak mendapat kepercayaan daripada Marini dan Fakir akhirnya bertindak ganas untuk membunuh mereka bagi membolot harta Fakir.

Jiwa diselamatkan oleh orang asli dan dirawat oleh Tok Batin. Tok Batin menasihati Jiwa untuk pergi merantau dan melupakan niatnya untuk membalas dendam pada Zaman. Jiwa akur dan mengikut kawannya menjadi kelasi kapal. Tanpa mengetahui tragedi yang menimpa Lara, Jiwa telah membawa diri.

Selepas 30 tahun, Zaman telah dianugerahkan gelaran datuk dan berjaya mengembangkan empayar perniagaannya. Jiwa yang kini menggunakan nama sebenarnya Bakhtiar Murshid kembali untuk menjadi pesaing Zaman dalam perniagaan.

Sementara itu, Jiwa berusaha menjejaki Lara, wanita yang amat dicintainya dari dulu. Apakah kesudahan bagi persengketaan antara Zaman dan Jiwa? Apakah cinta Jiwa dan Lara akan bersatu setelah terpisah sekian lama?

Saksikan ‘Jiwa & Lara’ mulai 13 September 2011, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam.


Pengakuan Mamat Sepah mengenai kenyataan Adda




Mamat mula nak backup diri sendiri..terpulang kepada masyarakat untuk menilai siapa sebenarnya Mamat...Mamat begitu berani sampai sanggup junjung Al Quran semua untuk menafikan tuduhan Adda terhadapnya...
Ikuti pengakuan Mamat Sepah 

Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan. Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan

Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi.

Mamat juga tidak mengaku yang dia menjadi punca Sepah berpecah,Mamat berkata keputusan untuk berpecah telah diambil selepas berbincang dengan ahli yang lain...tapi bukan ke Shuib dan Jepp pernah kata mereka berpecah kerana masalah disiplin yang semakin teruk dalam kumpulan Sepah....agak-agaknya siapalah punca sebenar kalau Jepp dan Shuib sudah bersuara begitu

Download Ramadhan Terakhir

 
Sinopsis
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Download
Episod 15
Episod 14
Episod 13
Episod 12
Episod 11
Episod 10
Episod 09
Episod 08
Episod 07
Episod 06
Episod 05
Episod 04
Episod 03
Episod 02
Episod 01

Selamat mendownload...^_^

Syarikat TELCO setuju tangguhkan cukai perkhidmatan 6%


KUALA LUMPUR:

Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu."

“Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

Alhamdulillah...semoga tiada pembayaran yang perlu dibuat...sakit la kalau selalu kena caj 60sen...

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...