Thursday 8 September 2011

TAMBAH NILAI PRA BAYAR, PEK SIM DIKENAKAN CUKAI 6% MULAI 15 SEPTEMBER

 NAK PERCAYA KE TAK EH....KAD PREPAID AKAN NAIK HARGA...SUNGGUH KEJAM MEREKA YANG BERBUAT BEGITU...DAH LAH HAMPIR SEMUA RAKYAT KAT MALAYSIA NIMENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT...BOLEH PULAK NAIK HARGA.....TAKPE-TAKPE AYIEN DENGAN PASRAH HANYA MAMPU MENANGIS TAK BERLAGU.....
SO APA YANG KITA SEMUA PERLU BUAT BELI SEMUA KAD PREPAID YANG ADA KAD KEDAI ATAU KORANG GUNAKANLAH LINE....ABIS CITER...

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

CUKAI 6 PERATUS
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - sumber dari BERNAMA

Apabila Khairul Fahmi dan Dahlia

Whoop ayien sangat terharu melihat Khairul Fahmi begitu berani dalam menjalinkan hubungan dengan Dahlia Teck...siap beraya bersama...sungguh bahagia...Selepas putus dengan Kak Elia,Khairul Fahmi terus dapat penganti...memang terbukti beliau adalah player yang hebat....Semoga hubungan mereka kekal bahagia dan semoga karma tak kembali kepada mereka....=)

Apabila KF berpegangan tangan dengan Dahlia Teck

Jom Join Contest





Tetiba rasa nak join contest pulak...selalu nya ayien jarang join contest..tapi kata orang melalui bercontest ni kita boleh tambah kenalan blogger dan macam-macam lagi...
cerita seterusnya,contest ini tajaan khairulasrol ...hadiah yang disediakan adalah topup RM 5 untuk sepuluh yang terpilih...sedang mencuba nasib untuk mendapatkan RM 5 macam tu boleh?huhu.....

Lai lai..jom try ini contest!!!!

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...