Google+ Followers

Friday, 26 April 2013

Hero ku Izzue Islam

Lama dah tak mengupdate entry baru. sekarang makin sibuk dengan kerja -kerja dan kerja memang jarang ada masa untuk diri sendiri..

Tapi sekarang kita bukan nak bercerita pasal kerja tapi pasal IZZUE ISLAM. eh?? haha jujur ni dah terlebih suka kan abang sorang ni. sejak bila?? sejak SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA. =)

Sebenarnya dari dulu dah minat cuma sekarang bila tengok dia jadi hero dan sweet sweet dengan Tiz Zaqyah makin meminatilah jawabnya.Apa lagi novel tu memang novel kesayangan kita.

Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhamad Izzul Islam merupakan salah seorang anggota kumpulan FORTEEN berasal dari Kota Bharu Kelantan yang bergiat aktif dalam lakonan dan nyanyian. memang bakat dia dalam bidang lakonan kita tak nafikan. Memang boleh jadi pelakon yang disengani satu hari nanti.Suara dia memang kita kurang dapat dengar dalam FORTEEN tapi bila Izzue menyanyi dalam drama BUNGA MERAH PUNYA sumpah kita melting gilerr.......cair kot.. hahaha

Banyak drama dan filem dia yang kita dah tengok.Antaranya

Jangan Ambil Padang Kami
Pegang watak sebagai Roy bekas anak flat yang sukakan Mai.Tapi Mai sukakan Beto.

Senyuman Di Kuala Lumpur.
watak Asmadi tu memang kenalah, dah Izzue pun memang anak Kelantan so dialek dia tu memang pekat susoh nak pahey tapi best cerita tu.

Duri.
Watak Hazim yang kecewa cinta memang buat kita menangis terutama part dia menangis mengadu kat ibu dia and  last bila dia hisap dadah. dalam novel watak tu nampak jahat tapi dalam tv buat kita kesian.

29 Februari
Filem ni Izzue jadi Razak. Kawan Budi yang buta.Persahabatan Razak dengan Budi dalam ni memang terbaik dan yang penting melalui filem ni Izzue menang anugerah Pelakon Harapan FFM tau. TAHNIAH!!!!!

Banyak lagi drama dengan filem cuma yang ni kita betul-betul ingat.
Nak tahu warna kesukaan Izzue adalah Biru. Memang sama dengan kita. Fanatik BIRU sampai satu almari penuh baju biru.. betul ke IZZUE??
apa pun kita mendoakan dia sukses dalam dunia seni yang dipilih.

Kita berharap sangat dapat face to face dengan Izzue Islam satu hari nanti..bila dan dimana entah lah...huhuhu










2 comments:

dyan said...

kite minat org yg sama nampaknya..hehe

Aku Dan Komputer said...

Assalamualaikum, saya dtg singgah dan follow blog ni :D smile always !!

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...