Sunday 12 June 2011

Kami mahu Andai Itu Takdirnya Versi Drama

selamat petang semua ...hari ni ayien nak update mengenai novel yang best2...sekarang ni macam jadi 1 trend untuk penerbit-penebit drama mengadaptasi novel ke dramakan.....

1. Trilogi Cinta - Rosyam Nor dan Fouziah Ghous
2. Tak Tercapai Akalmu (novel Cinta Pertama) - Lisdawati dan Ady Putra
3. Nora Elena (novel Kasih Yang Suci ) - Aaron Aziz dan Siti Saleha
4. Dewa Cintaku - Iqram Dinzly dan Fasha Sandha
5. Stanza Cinta (novel Stanza Cinta) - Aaron Aziz,Nur Fathia dan Fizz Fairuz


filem pun tak kurang hebat antaranya
1.Lagenda Budak Setan - Farid Kamil
2. Ombak Rindu - Aaron Aziz,Maya Karin, dan Lisa Surihani

dan novel ke pentas teater yang bakal menjengah pada bulan 11 nanti...
Badai Semalam - Erra Fazira , Aaron Aziz

Seronok la pengemar-pengemar  novel ni bila novel kesukaan mereka jadi drama kan..ayien pun ikut seronok jugak...nak-nak kalau pelakon memang berbakat...
contohnya sekarang tengah demam Nora Elena..tapi  tak lama lagi nak abis...=(
satu je novel lagi hopefully ada la penerbit yang nak angkat novel ni ke layar kaca...memang suka tahap gila la kalau ada cerita yang meruntun hati dan perasaan...nangis tak habis baca novel dia...ada jugak orang kejam macam Syed Aidzril.....kalau buat filem maybe tak rasa sangat...baik buat drama,jalan cerita follow novel asal kan....
kalau hero dan heroin dia Aaron Aziz dengan Siti Saleha memang mantap la.....


 
Synopsis:
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
harap2 ada la pihak yang nak jadikan novel ni ke drama....tak rugi sebab memang ramai pengikut....

1 comment:

mieyra said...

mmg btl pown dh lme dh nk sgt novel; ni jd drama ...tp skrg ni dh jd kytaan hahahaha.......

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...