Showing posts with label Aaron aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron aziz. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Adam dan Hawa online





My new update.Crazy with Adam dan Hawa!!!

Drama yang dibintangi Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa serta lain lain memang menyamai novel asal dia. mood yang sama dan tak dinafikan nadiya nisaa berjaya membuktikan yang dia pelakon serba boleh...cayalah.:)

Paling saya suka scene mereka kat Mekah. Memang cantik-cantik dan terasa macam nak pergi sana je. Insyaallah suatu hari kalau ada rezeki.






sekarang baru episod 35 lagi 50 episod tau nak kena layan. Sabar jelah. huhuhu

Korang yang tak beli astro mustikaHD tu kalau nak tengok secara ONLINE boleh lah ke website ni

Sunday, 12 February 2012

Novel Adam Hawa bakal diadaptasikan ke Layar Kaca

Bertuah pagi-pagi macam ni dapat info yang pelakon Drama Adam Hawa akhirnya telah diketahui...menjanggut jugaklah menanti dan menanti siapa gerangan pelakon wanitanya...pelakon lelaki sudah diketahui iaitu Aaron Aziz.

Dan akhirnya watak Ain Hawani menjadi milik pelakon berbakat yang baru je hari tu menang anugerah pelakon pembantu terbaik untuk filem Cun masa ASK 2011...

Ramai frust sebab bukan Rita Rudaini,Fazura atau Siti Saleha yang membawa watak tu..tapi bagi aku kalau kena dengan penyampaian dan gaya lakonan insyaallah memang akan datang chemistry tu...apatahlagi mereka berdua memang berbakat dan mampu membawa watak apa pun dengan baik..


Bagi aku novel ni ade pengikutnya sendiri..memang super best dan berisi..kalau sesiapa pernah baca sure faham apa yang aku cuba sampaikan..
'Betapa sabarnya seorang Adam menanti Hawanya...8Tahun tau bukan 8 hari..'
'Ain yang hatinya sekeras kerikil...tak mudah memaafkan Adam walaupun lelaki itu mengakui mencintainya..'


Sinopsis:
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

sama-samalah kita nantikan karya hebat Aisya Sofea didramakan..khabarnya drama ini akan mencecah 80 episod dan mengambil latar belakang seperti di negara India,Mekah dan Ausie sebagai tempat shooting...





jom like fanpage Kami Suka Adam Mukhriz Dengan Ain Hawani.

Friday, 13 January 2012

Parody Ongbak Rindu Yang Kejam?


Samat malam...hari ni hujan je sepanjang petang kat Melaka nih...tapi rasa panas je..orang kate kalau hujan tapi kite rasa panas orang tu dikalangan orang yang berhati baik...hihihi..(paiseyhhhh)

Makin bertambah gila aku duduk kat rumah tanpa arah kerja...bila lagi hospital2 diseluruh Malaysia nih nak melaungkan VACANCY JOB!!!!!! untuk hamba seorang nih..hambe dah penat menanti...hikhik...serius bingung abis semenjak aku baru je abis belajar nih...macam-macam perancangan dah aku buat untuk gaji aku tu nanti..hahahha(padahal duit pun habuk xdapat lagi)

Ini dah melencong dari tajuk entry aku nih....dah jom kita ke jalan yang benar....

Bukan pasal aku yang nak diceritakan disini okey tapi pasal parodi ONG BAK RINDU yang boleh meragut perasaan syahdu aku bile tengok parody nih...asyik nak gelak je lah koje nye...name pun parodykan...jom layan

 

Rasa tak kesian langsung ngan Izzah yang nih..rasakan!!!
Kejam giler Hariz sanggup bunuh Izzah begitu sekali...sobsob
papepun memang mamat ni bagus gile...aku suka tengok parody ala-ala mafia gini....last-last Izzah pun mati bersama cinta teragungnya...lalalalala...


Bila Jejari Berbicara: Cuak tengok Izzah bunuh diri....kuikuikui..>_<

Wednesday, 11 January 2012

Mampukah Aaron Aziz menang besar ABP2011?



Happy...yabedooooo..my abang long tercalon untuk ABP 2011...tak banyak 2 kategori utama je...satu untuk Pelakon Filem Lelaki Popular dan pelakon TV Lelaki Popular...excellent...tanpa ragu-ragu dan penuh keyakinan aku yakin Aaron Aziz akan sapu bersih 2 kategori utama ni plus kategori BINTANG PALING POPULAR 2011..hahhaa.

Aaron Aziz akan bertanding dengan
Pelakon TV lelaki:
  1. Aaron Aziz 
  2. Adi Putra  
  3. Remy Ishak
  4. Fizz Fairuz
  5. Fauzi Nawawi
Pelakon filem lelaki:
  1. Aaron Aziz 
  2. Shaheizy Sam
  3. Adi Putra
  4. Syamsul Yusof 
  5. Bront Palarae
Cayalah cakap aku..anugerah BPP2011 akan jatuh ketangan Aaron Aziz ....tahun 2011 merupakan tahun bertuah buat Aaron Aziz...semua drama,fiilem and teater yang dibintangi die meletop habisss okesss...

My abang long start meletopp lepas drama Nora Elena...masa tu aku sure memang ramai yang baru minat dengan dia termasuk lah aku..hikhik...dulu tak minat pun..suka suam-suam je..Lepas tu ditambah plak dengan KL GANGSTER yang dia jadi abang long bertambah terpercik api keHOTan abang long sorang nih...

Rasanya tahun ni berlambak-lambak projek drama/filem yang dibintangi  Aaron Aziz
antaranya:
  • Nora Elena
  • Telemovie Kitab Cinta
  • KL Gangster
  • Kekasih Awal dan Akhir
  • Stanza Cinta
  • Badai Semalam (teater)
  • Karma
  • Datin Ghairah
  • Ombak Rindu
  • Tahajjud Cinta
  • Akinabalu
  • Satu lagi drama yang die berlakon dengan Neelofa sebagai Karim tuh....lupa plak..
ngan banyak lagi kowt yang aku tak berapa nak ingatt...ni bukan kopi pasta ok..hehe

Konklusinya aku yakin Aaron aziz mampu menang besar tahun ni...rezeki dari Allah buat dia...dah lama berkecimpung dalam dunia seni baru bakat abang long benar2 menyerlah....hihi...

Bila Jejari Berbicara:Beli paper banyak-banyak untuk vote Aaron Aziz...=)

Monday, 9 January 2012

Bila Aaron Aziz Cedera


 Hari ni  berita yang tak berapa best apabila diberitahu Abang Long aku kemalangan semasa melakukan aksi stunt untuk filem KL GANGSTER 2...haiyoooo...kenapa boleh jadi macam tu abang long...bahayalah...kan dah cedera..syukur la tak ada tulang temulang abang long yang patah,kalau tak memang lambat la recovery nye...

Selalu jugak baca status dia kat twitter mengadu sakit-sakit badan sebab buat shot lasak untuk filem KL GANGSTER...tapi janganlah sampai buat aksi yang membahayakan tubuh badan....apa-apa pun abang long kuat...sure boleh cepat sembuh.....hihihi...

Aaron admit dihospital tadi dan esok sudah dibenarkan pulang,siap kena 3 suntikan lagi siap mention mana tempat kene inject...rupe2nya abang long takut jarum yerk....cer korang baca tweet dia kat bawah..haha...tak pelah..demi kesihatan kan...terima je jarum tu dengan senang hati...


Dalam kesakitan pun Aaron masih sempat melayan tweet dari peminat...memang cayalah bro..macam ni la gue semakin sayang same luo....
 




 Hope AARON AZIZ get well soon....


Saturday, 31 December 2011

DOWNLOAD CINTA AKHBAR TV9


Sebenarnya aku tak tengok pun lagi citer Cinta Akhbar ni...banyak sangat yang cakap dengan aku cerita ni yang mengandingkan Aaron Aziz dengan Tiz Zaqyah tak ada kimia...so dengan itu wajib aku menyelidik sama ada betul atau tak kimia diantara mereka tak ada...





Link Download: Cinta Akhbar

 Sinopsis:
Cinta Akhbar mengisahkan tentang Ashraf yang kini mencari cinta agung dalam hidupnya. Ashraf dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya namun ibu bapanya tidak pernah membimbing Ashraf dan mengajarnya tentang agama. Hidup Ashraf kosong sehinggalah Daud, pemandu ayahnya membimbing beliau mendekatkan diri kepada Allah. Baru hendak mendalami agama, Daud pula diberhentikan kerja.

Ashraf terus mencari Daud di kampung dan kerana kasihan dengan nasib Ashraf, Daud telah memperkenalkannya kepada Tok Majid. Dari situ, Ashraf telah mendalami agama Islam dan bertemu pula dengan Nuraini, anak kepada Tok Majid. Akhirnya mereka berdua telah bernikah, tetapi ianya tidak direstui oleh ibu bapa Ashraf. Berjayakah Ashraf menghijrahkan ibu dan bapanya ke jalan yang benar dan seterusnya merestui perkahwinan mereka?

jom serang!!!!!!!

Saturday, 3 December 2011

Review Ombak Rindu -Hanya Terbaik





Akhirnya...setahun ayien tunggu filem ni ditayangkan dan hari ni...3 hb Dis 2011 ayien berjaya tengok filem ni...perkataan yang wajib dikatakan adalah..TERBAIK....habis tisu pun tak apa...10/10 bintang kat langit tu ayien nak bagi...




Sebelum tu klik SINI kalau nak tengok disebalik OMBAK RINDU


Ombak Rindu ni adaptasi dari novel Ombak Rindu sendiri karya Fauziah Asshari...dan novel ni jugak 1st novel yang ayien beli n sampai sekarang dah 7 tahun ayien simpan dgn lebih 10 kali ulang baca....hahaha...


biar ayien ulas sikit tentang watak-watak dieorang ni mengikut kaca mata ayien....


Hariz:Lelaki kaya,kacak dan punya segalanya,tidak kenal erti cinta sehingga bertemu Izzah


Izzah:Gadis kampung,lemah lembut dan sukar melawan..die terdera dengan status isteri dan perempuan simpanan


Mila:Artis,terlalu obses dengan Hariz,tapi sedar cinta Hariz bukan miliknya..


Sebelum pergi tengok citer ni macam geram jugak bile ramai yang kata citer ni best-best tapi ayien still tak sempat tengok...haha...ni dah tengok ambik ko..memang tangkap leleh...habis tisu kat toilet ayien sebat...hikhik..


Hebatnya Ombak Rindu:


1. Tahniah buat pemegang watak Izzah sebab berjaya bawa watak tu dengan baik...before ni ramai yang mempersoalkan kenapa watak tu tak diberi pada Lisa surihani tapi sekarang memang terbukti Izzah berjaya di tangan Maya Karin..
2. Lisa Surihani memang nampak obses dalam watak Mila...1st time tengok muka Lisa yang garang dan tegas
3. Aaron Aziz berjaya merealisasikan watak Hariz dengan jayanya..part die syak Izzah mengandung..menitis airmata beb...
4. Hampir 70% mengekal jalan cerita asal tapi ada sedikit pertukaran tapi tetap best jugak...
5. Nak tengok Aaron Aziz nangis?memang tersentuh habis...banyak jugak part AA menangis..(rasa macam nak pi kesat je air mata die yang mengalir tu...hikhik)
6. Memang banyak pemandangan cantik dalam filem ni...dekat sawah pada,air terjun,laut...tepi celah-celah batu,waktu senja...hai itu kelebihan shoot-shoot yang menarik...tak jemu...sinematografi yang terbaik..harus menang ASK tahun depan...^_^
7. Kena tengok macam mana Aaron Aziz dari seorang pemarah -->penyayang-->kemudian dalam hati ada taman....
8. Perlu dipercayai hampir semua dalam panggung tu menangis sebab asyik dengar orang selsema je...>_<..ayien tahan nafas je la....malu!!!
9. Osman Ali pengarahnya...semua tahu filem-filem beliau memang berseni..
10. Sebab.......................novel terbaik sepanjang zaman ni..Cinta Agung antara Hariz dan Izzah...
11. Mael pun memang best...=)
12. Suara Maya masa bercakap,mengaji memang merdu habis...



Memang takkan rugi korang habiskan rm 10 utk filem ni...tak rugi juga keluar air mata untuk filem ni..

walaupun agak berbeza sikit dari novel die(sebab novel buat aku nangis lagi teruk) tetap ayien puas hati sebab dieorang berjaya bawak watak tu dengan berkesan...Garangnya Hariz,Lembutnya Izzah dan Obsesnya Mila semua ayien dapat tengok dalam filem ni....

Thursday, 10 November 2011

Download Kekasih Awal dan Akhir di tv 9

Jom memulakan misi menyimpan cerita ini kedalam harddisk korang...selamat mendownload...=)

Telemovie ini telah bersiaran pada 9 nov 2011 pada pukul 8.30malam di tv 9....bagi yang terlepas menonton...jom download yerk...

Pelakon : Aaron Aziz ,Siti Saleha dan Fouziah Gous

Sinopsis:
>Baca di sini Kekasih Awal dan Akhir

Download link

Download Kekasih Awal dan Akhir




kredit to kepala bergegar

Tuesday, 25 October 2011

Disebalik Ombak Rindu dan OST Ombak Rindu

 Semakin dekat tarikh 1 December semakin tak sabar nak tengok filem Ombak Rindu...Tak sabar nak tengok gandingan mantap Maya Karin,Aaron Aziz dan Lisa Surihani...dapat tak Maya hayati perasaan Izzah dan segala rasa yang kita semua pembaca dapat rasa dari novel tu....Mampu ke Aaron menjadi sekejam Hariz dalam novel tu...semua menjadi persoalan dihati..

Now memang sedang mencongak-congak nak beli tiket wayang untuk tengok cerita ni....hopefully filem ni akan jadi sehebat novel nya...

Novel Ombak Rindu ni best kerana lain dari novel yang ada masa tu...percintaan Hariz dan Izzah unik,Hariz lelaki yang ego semcam akhirnya tunduk kepada kuasa cinta Izzah...

Tengok Trailer pun dah best...nak2 part Aaron Aziz kan...=)




mak jah,pak dollah(ayah kandung Hariz),Mail

semasa Izzah keguguran
kampung Izzah
kalau tak silap ni kawan Hariz yang nama Wafiah

jangan lupa tempah tiket awal-awal...ayien rasa sure la sold out punya....

Wednesday, 19 October 2011

Wordless Wednesday #10

♥WW yang paling gedix ^_^♥

Monday, 3 October 2011

Aaron Aziz jadi pembunuh upahan dalam Prince Of The City

Siapa tak minat Aaron Aziz sila angkat tangan...haha..aik nape xde yang angkat tangan..mesti korang semua suka dengan Mr AA kan...huhu

Hari tu kita semua tahukan Aaron Aziz ada mendapat tawaran berlakon untuk filem Hollywood bertajuk Prince Of The City..nampaknya berita itu memang benar bukan omong kosong sahaja..bertuah badan jadi Aaron,murah betul rezeki dia semenjak dua menjak ni...dari drama,filem,model produk semua dia sapu habis...huhu...dalam filem itu Aaron Aziz akan menjadi pembunuh upahan,gempak sih...mesti jahat giler kan...tapi jangan risau kami tetap suka dengan lakonan abang....



jom ikuti temu bual bersama Aaron Aziz (bukan ayien yang temu bual tapi wartawan...^_^)

“Saya akan membawa watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Prince Of The City yang turut menampilkan Michael Madsen sebagai pelakon utama,” kata Aaron Aziz sejurus selepas pelancaran APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 yang berlangsung di Kompleks Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, lewat tengah hari tadi.

“Pengambaran ini dijangka mengambil masa selama 18 hari, dan hari ini merupakan hari kedua saya bersama krew produksi Axis Entertainment. Istimewanya, filem ini memaparkan 100% dialog bahasa Inggeris kerana ia bakal dipasarkan untuk pasaran Hollywood. Andai kata filem ini dipasarkan dalam negara, kemungkinan akan dubbin dalam bahasa Melayu,” jelas Aaron Aziz lagi.

Menurut Aaron Aziz, filem ini akan diarahkan oleh pengarah tempatan, Roslan Husin.
“Saya menerima tawaran ini kerana ingin menimba pengalaman dan nak tahu apa kelebihan produksi Hollywood berbanding produksi tempatan. Insyallah, pengalaman itu akan saya serapkan dalam bisnes produksi yang saya jalankan.”
macam ni ke muka pembunuh upahan..huhu

Tahniah Aaron Aziz..pelakon yang bersih dari sebarang kontroversi..paling teruk pun orang tuduh dia bukan lelaki sejati...tapi ayien tetap percaya tu semua kata-kata orang yang sakit hati dengan kejayaan Aaron Aziz

 

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...