Google+ Followers

Friday, 25 November 2011

Perlawanan Malaysia vs Bahrain 27hb Nov 2011

 
 
 Ahad ni sekali lagi team Harimau Malaya akan bertarung tapi kali ini dengan negara Bahrain untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik nanti...
sebenarnya Ayien sendiri tak tahu kehebatan sebenar pemain Bahrain yang ayien tahu pemain Malaysia sememangnya dibarisi pemain yang sangat berbakat..huhu...mestilah cakap pemain kita hebatkan..takkan nak cakap pemain negara orang pulak.....dan berita gembira apabila Fadhli Shas,Wan Zaharul Nizam,Syahrul Azwari dan Irfan Fazail dikhabarkan akan turun untuk membantu pasukan kebangsaan...

hopefully Wan Zack Haikal akan fit dan cergas untuk turun dalam kesebelasan utama sebab masa game lawan Syria dia nampak still tak cergas lagi...dan yang pasti idola ku akan turut turun untuk membantu skuad kebangsaan...siapa lagi kalau bukan Muslim Ahmad...=)

Dengar kata Fakri Sharani terasa hati apabila ramai yang mempertikaikan keupayaan nya untuk mewakili Malaysia dan tidak kurang juga mengubah namanya kepada sebutan yang agak kurang sedap untuk didengar...


jom ikuti bicara Fakri Sharani

Saya juga ada perasaan - Fakri

SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
hopefully Fakri Sharani mampu membuktikan sesuatu pada game perlawanan Malaysia menentang Bahrain nanti sekiranya dia mahu mengembalikan kepercayaan penyokong Malaysia...dan bagi Ayien,Fakri bagus cuma perlu lebih berusaha untuk mendapatkan bola...









Jom ikuti kata-kata uncle ONG pula mengenai sokongan kepada Malaysia..
“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.

TERIMA KASIH MALAYSIA!!
Majulah sukan untuk Malaysia!!!
 

No comments:

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...