Bangga seyh bergelar pelajar Nilam Kolej..bangga bila semua pelajar lulus dengan cemerlang dan LJM pun ramai dapat distinction..sebelum ni Kolej Nilam memang agak low profile dan malu-malu kucing...
MELAKA 18 Okt. - Kolej Kejururawatan dan Sains
Kesihatan Nilam (Kolej Nilam) melakar sejarah pertamanya apabila berjaya
melahirkan 227 graduan dalam konvokesyen yang berlangsung di Hotel
Bayview di sini, semalam.
Penasihat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul
Latiff Awang berkata, bilangan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi
keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.
Menurutnya, pertambahan jururawat di negeri ini secara tidak langsung
memajukan sektor pelancongan perubatan bagi menjana ekonomi negeri.
''Jururawat amat diperlukan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di
luar negara," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej
Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam di sini.
Kolej Nilam yang memulakan pengajian dengan seramai 15 orang pada
tahun 2006 dan setakat ini sudah melatih seramai 568 pelajar dalam
jurusan terbabit.
Menurut Dr. Abdul Latiff, kesemua pelajar yang tamat pengajian
pembelajaran di kolej itu telah mendapat pekerjaan di merata tempat di
Malaysia dan juga di Singapura.
Beliau berkata, Kolej Nilam adalah milik syarikat Nilam Healthcare
Education Sdn. Bhd. dan para pelajar menjalani program Diploma
Kejururawatan selama tiga tahun.
''Program ini telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.
Ujarnya, semua jururawat yang dilatih lulus 100 peratus dalam
Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Syarat Masuk Dalam Daftar Am,
malah 12 orang daripada mereka mendapat markah cemerlang.
Kolej Nilam terletak di Jalan Malim, Bacang di sini, memiliki
keluasan seluas 2.8 hektar dengan kemudahan dan tempat yang kondusif
buat pelajar.
Beliau berkata, Kolej Nilam kini melangkah setapak lagi dengan pembinaan sebuah kolej baru di Jalan Klebang.
 |
Barisan hadapan dan kedua:Lecturer dan Clinical Instructor | | |
info:
UTUSAN MALAYSIA