Thursday 3 November 2011

Slot Akasia Tentang Dhia


Minggu depan kita bakal disajikan dengan drama terbaru yang bertajuk Tentang Dhia...macam pernah dengar je kan?Drama ni bakal mengantikan Soffiya yang akan tamat pada 8 nov 2011..dan bersiaran pada pukul 7ptg hingga 8 malam....

Dengar khabar Tentang Dhia merupakan adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama tapi masih belum pasti sama ada ia betul-betul dari novel tu...Novel ini hasil nurkilan Syud atau Nurul Syuhada..

Antara pelakonnya ialah,Ady Putra,Nora Danish dan Tasha Shila...
Kisah seorang gadis Dhiya yang berusaha menghadapi hidup yang penuh dengan kesedihan setelah kematian kedua ibu-bapa dalam kemalangan. Boleh dikatakan Dhiya Nurlisa mempunyai emosi yang kucar-kacir dan penuh dengan aura negatif, 'protective'. Takut dengan perasaan sendiri dan sentiasa merasakan dia boleh berdikari sedangkan hidup ini penuh warna warni dan perlu bertolak ansur.

Mula dari berkongsi kertas projek yang terpaksa dilakukan atas arahan Dr Noraini, dia akur dengan situasi yang menyebabkan dia harus berkongsi dengan seorang bernama Tau Fu Fa. Nama yang pelik dipanggil Tau Fu Fa kerana Azril Mustaufi bunyinya seperti Tau Fu Fa.... Bibit-bibit rasa sudah mula terjalin namun atas ke egoan dirinya menyebabkan semuanya
terlepas begitu sahaja. Kehadiran Faiz dan Azwan menyebabkan dia merasa tertekan.

Lelaki yang berada di hadapannya terlalu memaksa, Faiz baik Azwan punya perangai yang sama, walaupun mereka sentiasa menjadi pendengar yang setia, namun tiada 'chemistry' di situ.

Lalu, Dhiya Nurlisa membawa diri ke Swiss dan berkelana mengejar segulung Master selama 3 tahun. Akhirnya pulang jua ke tanah air, dengan segulung ijazah, dan dengan tidak disangka-sangka bibit-bibit dulunya mula berputik apabila adegan-adegan tidak sengaja yang ditakdirkan untuk bersama berulang-kali berlaku.

Apakah yang berlaku seterusnya? Baca dan ikuti kisah seorang Dhiya Nurlisa yang mulai keluar dari kepompong kesedihan dan adegan-adegan mencuit hati dicatatkan dengan penuh rasa oleh Syud. 
 klik sini



No comments:

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...