Google+ Followers

Sunday, 20 November 2011

Kini Zahiril Adzim sah suami kepada Shira Aiyob


Tengahari tadi pasangan sama cantik sama padan Zahiril Adzim ( pelakon) dan Shera Aiyob(pelakon juga pengacara WHI) sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz....


Bapa Shera,Aiyob Shaharuddin telah telah menikahkan sendiri anaknya dengan Zahiril Adzim..di kediaman keluarga Shera di Ipoh Perak


Shera kelihatan anggun denganj persalinan dari Hatta Dolmat yang seba putih disisi Zahiril Adzim yang turut mengenakan baju melayu warna yang sama..Shera menerima wang hantaran sebanyak RM18,000 & mas kahwin RM1,001..


Zahiril Adzim dan Shera Aiyob akan mengadakan majlis persandingan hari ini juga di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dan untuk pihak lelaki, majlis sambut menantu akan di’adakan di Shah Alam.


Pihak pengantin lelaki membawa 11 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kasut, iPad 2, rantai mutiara, tas tangan, alat solek, wangian, coklat, Al-Quran digital dan pihak pengantin perempuan pula memberi 13 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kemeja, kasut, cupcake, wangian, sejadah, Al-Quran digital


Bila Jejari Berbicara:semoga kekal abadi selamanya....




♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...