Google+ Followers

Monday, 19 September 2011

Gambar Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim



Hari tu ayien ada siarkan pernikahan mereka di mekah...sekarang majlis resepsi telah diadalkan di Malaysia pulak...

Majilis resepsi pelakon Ashraf Muslim, 30, bersama pasangannya Noor Diyana binti Lokman yang berlangsung di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan-rakan, kenalan dan saudara-mara kedua-dua belah pihak pengantin .Dalam majlis ini, Ashraf dan Dayana tampil dalam persalinan berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. 
Pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada Al-Quran, Telekung, Beg Tangan Salvatore Ferragamo, Jam Tangan Esprit, I-Phone 4, Sireh Junjung, dan kek. 
Manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran. Antara buah tangan untuk pihak lelaki ialah Set Wangian Boss, Jam tangan Gucci, Al-Quran, Sepasang kasut Bally dan Cermin Mata Prada.
Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 24 September hadapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.




 semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat....aminn

2 comments:

Amirah Azhar said...

wah...jelesnya...untungla diyana dapat ashraf...:)

Ummu Uwais said...

alhamdulillah... manisnya... masyaAllah! :)

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...