Thursday 19 May 2011

Siapa sebenarnya NORA ELENA?

Samat malam sume..new entry for new storylah kan...tajuk nak gempak..sesaja je tuh...huhu..ni nak kabar sikit la tentang citer terbaru slot akasia kat tv 3.Nora Elena...sape layan angkat tangan huhu...serius aku bagi 5 bintang untuk Seth Tan,Nora dam Eid..terbaik...lakonan Aaron Aziz,Siti Saleha dan Zul Ariffin...
tahniah wat Siti Saleha sebab berjaya buat aku like dia sekarang..huhu..sebelum ni tak berapa layan citer2 adik Sam Bunkface ni..huhu

actually aku tak tau pulak citer tu di adaptasi dari novel Kasih Yang Suci tulisan Meen Zulaikha...pas tengok terus cari kat FB...dah beratus novel yang aku baca...yang satu ni jerk kowt belum sentuh lagi...sebab ape??maybe sebab tajuk novel tu and penulis...tapi tu la kata orang tak kenal maka tak cinta hah ni aku tak baca maka tak tau la...hahaha...


sinopsis citer tu macam ni:

Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz).

Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk.

Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth.

Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif 

Seth mengahwini Nora?


hah..macam tu la serba sedikit sinopsis yang aku dapat cari...kopi ngan pasta je dari fan page...
citer ni ada 24 episod dan setakat hari ni baru 8 episod di tayangkan...sapa2 nak try boleh layan agi...tak terlambat...


ini pula OST nya..memang touching giler lagu ni..luahan hati nora,seth dan eid...
nyanyian by erryputra dan rina




dan bila esok.....by sofazr

fuhh...sangat seronok melayan citer ni...dah lama dah aku nak tengok Aaron Aziz ni pegang watak dalam novel ke drama or filem...memang cocok abish...kalau lah lepas ni ada yang nak buat Andai Itu Takdirnya pun boleh Aaron bawa kot...huhu

sebelum penutup entry izin kan saya memaparkan gambar2 mereka pelakon cerita ni...

Aaron Aziz wit Siti Saleha






Seth Tan,Nora Elena dan Eid

citer yang wat aku tertunggu apa yang akan berlaku seterusnya....
wachaaaaa!!!!

7 comments:

Cik Shidot said...

sangat jatuh cinta dengan cite nie! :)

C'est La Vie said...

kat mn nak baca online utk novel kasih yang suci nie?

Ainism_ said...

cik shidot:same la....jatuh cinta ngan seth...huhu

Ainism_ said...

c'est la vie: awak add my fb..kat situ ade link tapi tak ley copy paste la dear...

nazirazarin said...

hmm......btul2,,.....nak sangat tgk drama for Andai itu Takdirnya..........ntah bila la akan kluar,.......n saya pon slalu terbayang Aaron aziz as syed adam aizril ngn tisz zaqyah as aliya.....hahahaha....=)

AiraAdryana said...

awk,cter NE ep 17 ta ad laa...i think maybe it has been removed or what so ever..tp ta ap laa...

Ainism_ said...

Aira:dah update yang baru...boleh download dah..=)

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...