Thursday 17 February 2011

TrAuMa-

Disebabkan minggu ni kt belajar subjek baru so kat sini kt nak kongsi lah sikit tentang ape yang kt dah belajar..topik yang kt nak kongsi ni memang interesting la jgak..tentang trauma atau kecederaan parah..

orang kate belajar nurse ni best,senang dapat kerja,baju cantik la macam2 lagi..tp bagi kt kalau kt nak jadi nurse bende tu sume tak penting,yang penting kt mesti berani membantu orang yang cedera parah dan perlukan pertolongan kt..selain hati yang murni...hahah(cewahh berfalsafah plak die..)

mase 1st day,kt belajar tentang disaster yang terbahagi pada 2 iaitu semulajadi atau disebabkan manusia sendiri..
kalau semulajadi tu macam gempabumi,tornado,tanah runtuh dan sewaktu dengannya...manusia pulak lebih kepada kemalangan contohnya bom,kebakaran,accident dan macam2 lagi lah...

bagi anggota paramedik mereka ada kod-kod tertentu untuk mengklasifikasikan sesetengah kes contohnya yang biasa:


  1. kod merah : kebakaran
  2. kod kuning :disaster
  3. kod hitam :bom
  4. kod jingga: asap
  5. kod biru : kardiak arrest 
selalunya paramedik akan berkerjasama dengan polis dan bomba dalam setiap kes kemalangan..

korang mesti takutkan kalau tengok kemalangan depan mata korang....haha..darah merata-rata,dgn bau busuk lagi...badan teputus dua...hai boleh tahan ke ni..

paramedik jugak kene asingkan setiap casualty(nama lain bagi mangsa) mengikut keterukan kepada 4 zon,contohnye kes yang teruk macam bleeding ++ kt kena letak die pada zon merah , kalau yang alami kepatahan anggota badan tapi sedar kt letak dalam zon kuning , zon hijau hanya untuk kecederaan ringan macam terseliuh dan kes yang boleh jalan lah..
kalau zon hitam tu bagi kes kematian dan tak boleh diselamatkan lagi..contohnya macam putus anggota badan terutama kepala,hangus terbakar,dan kecederaan otak sampai dah terkeluar isi otak  memang kes2 yang tak boleh diselamatkan lg..

dalam kelas tadi ade tengok video macam mane bomba keluarkan orang dr dalam kereta yang dah remuk..kt memang tabik gile ngan cara dieorang selamatkan orang..nampak ikhlas dan tak main2..mase tu baru la kt sedar tugas bomba tu bukan setakat padam api jerk tapi jugak selamatkan orang macam paramedik jugak..

kt lecture kt kalau lah dlm 2 masa tu ade hampir 80 orang mangsa tapi hanya ade 4 orang kaki tangan kt tak boleh buat kerja lengah2..setiap sorang mangsa kt dibagi masa 30 saat jerk utk selamatkan tak boleh lebih..kalau dalam tempoh itu masih tak sedar,mangsa tu dikira mati...(gila kan macam mane dlm 30 saat nak selamatkan orang) dan nyawa orang muda lebih berharga dari nyawa orang tua dalam tempoh ni sebab diorang tu generasi masa depan erm....korang cube bayangkan..(takkan la xnak selamatkan orang tua kan xsampai hati kt nak wat gitu....

okey lah sampai sini jerk dulu perbincangan kt..lain kali kt kongsi lagi kalau ade cerita yang bagus2...huhu
babai.....

No comments:

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...