Ahad ni sekali lagi team Harimau Malaya akan bertarung tapi kali ini dengan negara Bahrain untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik nanti...
sebenarnya Ayien sendiri tak tahu kehebatan sebenar pemain Bahrain yang ayien tahu pemain Malaysia sememangnya dibarisi pemain yang sangat berbakat..huhu...mestilah cakap pemain kita hebatkan..takkan nak cakap pemain negara orang pulak.....dan berita gembira apabila Fadhli Shas,Wan Zaharul Nizam,Syahrul Azwari dan Irfan Fazail dikhabarkan akan turun untuk membantu pasukan kebangsaan...
hopefully Wan Zack Haikal akan fit dan cergas untuk turun dalam kesebelasan utama sebab masa game lawan Syria dia nampak still tak cergas lagi...dan yang pasti idola ku akan turut turun untuk membantu skuad kebangsaan...siapa lagi kalau bukan Muslim Ahmad...=)
Dengar kata Fakri Sharani terasa hati apabila ramai yang mempertikaikan keupayaan nya untuk mewakili Malaysia dan tidak kurang juga mengubah namanya kepada sebutan yang agak kurang sedap untuk didengar...
jom ikuti bicara Fakri Sharani
Saya juga ada perasaan - Fakri
SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”
Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.
Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.
Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.
Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.
Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.
“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.
“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.
Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.
“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.
“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
hopefully Fakri Sharani mampu membuktikan sesuatu pada game perlawanan Malaysia menentang Bahrain nanti sekiranya dia mahu mengembalikan kepercayaan penyokong Malaysia...dan bagi Ayien,Fakri bagus cuma perlu lebih berusaha untuk mendapatkan bola...
Jom ikuti kata-kata uncle ONG pula mengenai sokongan kepada Malaysia..
“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.
“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.
Betul ke apa yang ayien tengok ni?Nazmi Faiz pemain bola sepak kebangsaan yang baru berusia 17 tahun tu ada iras Kaka pemain bola sepak Brazil tu..atau mereka sememangnya punya hubungan darah?hihihi...mungkin juga mereka kembar yang telah lama terpisah?
JOm kita tengok bahagian mana yang sama tu....
bahagian kening dgn senyuman kot....memang sama la...=)
Mungkin juga satu hari nanti Nazmi akan menjadi sehebat Kaka?
Nazmi Faiz merupakan pemain termuda dalam skuad kebangsaan dan dia sanggup tidak menduduki peperiksaan SPM semata-mata untuk berjuang untuk negara...takpe..SPM boleh ambil lagi tahun depan...peluang mewakili negara datang hanya sekali....dan Nazmi hadir tepat pada masanya...
Nazmi merupakan pemain dibahagian midfield dan kehadiran dia dalam skuad kebangsaan memang membantu..selain kelincahan dan kerajinan dia dalam mengejar bola..
Apabila kebencian menyelubungi hati...kita sesama manusia tak perlu saling membenci atau bertengkar..sudahlah berjiran dan ramai rakyatnya di negara kita tapi layanan yang kita terima di Indonesia sangat teruk....semoga mereka sedar satu hari nanti.....=(
Sampai macam ni mereka buat...sungguh tak bersopan...semoga tak ada rakyat Malaysia yang berperangai macam mereka
Alhamdulillah..itulah kata-kata pertama yang ayien nak ucapkan setelah kemenangan terbukti milik Malaysia semalam....Bayangkan masa minit-minit pertama Indonesia dah jaringkan gol melalui jaringan Gunawan Dwi Cahyo...
masa tu hanya tuhan yang tahu macam mana perasaan ayien dan juga seluruh rakyat Malaysia masa tu..dalam kepala dah pikir kalau minit pertama dan gol macam mana dengan minit2 seterusnya..takut di rojak pemain Indonesia..
Tapi akhirnya gol penyamaan hasil tandukan Asraruddin Putra Omar berjaya mengegar gawang Indonesia..Bola tu bermula dari hantaran Baddrul Bakhtiar...
Dan sepanjang permainan berlangsung memang mendebarkan..banyak hantaran yang berbahaya dilakukan pemain Indonesia ke gawang kita tapi pertahanan kita memang kuat..berjaya mematahkan setiap serangan... Permainan berterusan sehingga 120 minit apabila tiada gol yang berjaya dihasilkan lagi..(kalau ada pun banyak offside dari dua-dua lawan...) Bila kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti..hanya satu harapan kita iaitu Khairul Fahmi aka Apek Hensem...huhu...memang kepakaran dia tak dapat disangkal lagi... Pemain yang mengambil sepakan penalti:
Mahali Jasuli -1
Fandi Othman -1
Fakri Sharani -0
Fadhli Shas -1
baddrul Bakhtiar -1
dan Indonesia hanya mendapat 3 gol sahaja...masa tu memang berdebar sangat apatah lagi penalti Baddrul yang berjaya ditepis tapi bola bergolek masuk kedalam gawang...memang rezeki Malaysia untuk menang semalam...
Dan kemenangan itu memang menyakitkan bagi hampir 100,000 penonton stadium gelora bongkarno yang dipenuhi penyokong Indonesia...
Actually agak kelakar dengan gelagat pemain Indonesia terutama Bonai...kalau ada yang perasan setiap kali ada Corner Kick mesti dia akan ke jaring gawang dan seolah-olah sedang membaca mantra kat situ...hahaha...tapi tetap tak masukkan...Apek relek jer...
Terima kasih kepada semua pemain Malaysia yang berusaha keras selama 120 minit untuk memastikan kemenangan milik kita..Kita yang menontonkan rasa penat sebab tak henti-henti bersorak mengaummmmm sampai sakit tekak...
Last sekali ayien nak kongsi sesuatu yang buat ayien tergelak siang tadi
Masa ni memang gelak baca statement Izzaq...memang hensem ah...
Tinggal beberapa jam lagi untuk perlawanan di antara Malaysia dengan musuh tradisi iaitu Indonesia..kalau tanya ayien sure la nak Malaysia menang sebab dah nama pun rakyat Malaysia kan....huhu...ape??nenek moyang ayien ramai dari Indonesia??Tak apa..yang penting ayien memegang kad pengenalan biru ok...
Jejari ayien memang dah gatal nak menaip entry mengenai perlawanan Final malam ni...ditambah provokasi yang dilakukan pihak yang tidak bertamadun....
Actually bila berlangsung perlawanan bola sepak di negara Indonesia mesti berlaku bermacam-macam perkara...kebanyakan rakyat mereka macam tak sporting bila part menerima kalah atau menang...kalau kalah di katakan menipu,main laser la dan sebagainya dan bila menang berbangga diri...padahal hampir kesemua pemain mereka tu diberi hak kerakyatan untuk bermain untuk negara mereka..agak-agak mereka dah ketandusan bakat hasil negara sendiri ke? hanya mereka ada jawabannya...kalau menang pun macam tak bermakna la kan...
Semoga FINAL malam ni Malaysia akan buat yang terbaik...kekalkan rekod tanpa kalah dan jaringkan gol sebanyak yang mungkin...doa rakyat Malaysia mengeringi Kalian semua...dan bawa pulang pingat emas untuk Malaysia...
Semoga Syahrul Azwari,Nazmi Faiz,Mahali Jasuli,GuruSamy dan lain-lain dapat meledakkan goal sebanyak mungkin...
INFO:
Pemain Malaysia akan dibawa kestadium dengan menaiki kereta kebal yang bernama Barakuda
Izzaq Faris Ramlan tidak akan diturunkan kerana mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Myanmar
Baddrul Bakhtiar yang memerangkap ketua pasukan Malaysia akan diturunkan malam ni setelah kedua-dua kad kuning yang dikutip sebelum perlawanan final telah digugurkan..
Fandi Othman juga dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan malam ini akibat kecederaan yang dialami semasa menentang Myanmar
Yong Kuang Yong dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini
Pingat emas akan menjadi milik Malaysia
Ong Kim Swee akan berada di tepi padang setelah digangtung perlawanan tempoh hari...semoga beliau dapat menyuntik semangat pemain Malaysia