Sebenarnya saya nak kongsi cerita dari saya mula dapat kerja diulang ya dapat kerja dan apa yang saya lalui sekarang.hahaha :D
Lepas je graduate saya cuba 2-3 kerja juga untuk support duit poket sebelum dapat kerja yang bersesuaian dengan kelayakan saya.Kalau sekadar nak menganggur memang boringlah so baik saya habiskan masa dengan aktiviti berfaedah.
Kerja yang pertama saya di restoran makanan segera yang disukai ramai. Saya mengaku saya tak boleh bekerja dibawah tekanan,ramai orang dan mendesak dan masa tu cepat je mood akan berubah. Itu salah satu kelemahan saya tapi tak bermakna saya memilih kerja ataupun fussy cuma kadang-kadang situasi banyak mempengaruhi perubahan sikap seseorang dan ia berlaku pada saya.
Akhirnya lepas pergi temuduga kat sebuah hospital ni.1 bulan kemudian dia orang call suruh saya datang ke hospital untuk ambil uniform dan saya dikehendaki datang bekerja pada keesokan harinya. Masa tu memang bersyukur sangat sebab lepas 6 bulan merungut,menyesal dan bising-bising tak dapat kerja akhirnya saya dapat juga jadi jururawat.
Bila saya dapat kerja ni saya azam akan mencuba yang terbaik dan melakukan tugasan dengan ikhlas sebab kerja sebagai nurse ni bukanlah semudah salin pampers atau mandikan pesakit tapi lebih kepada macam mana saya melayani mereka supaya mereka cepat sembuh dan berasa selesa dengan saya. Dan kerja macam ni juga bahaya dan saya perlu teliti dan berhati-hati sebab kita bekerja untuk selamatkan nyawa mereka.