Thursday, 3 November 2011

Slot Akasia Tentang Dhia


Minggu depan kita bakal disajikan dengan drama terbaru yang bertajuk Tentang Dhia...macam pernah dengar je kan?Drama ni bakal mengantikan Soffiya yang akan tamat pada 8 nov 2011..dan bersiaran pada pukul 7ptg hingga 8 malam....

Dengar khabar Tentang Dhia merupakan adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama tapi masih belum pasti sama ada ia betul-betul dari novel tu...Novel ini hasil nurkilan Syud atau Nurul Syuhada..

Antara pelakonnya ialah,Ady Putra,Nora Danish dan Tasha Shila...
Kisah seorang gadis Dhiya yang berusaha menghadapi hidup yang penuh dengan kesedihan setelah kematian kedua ibu-bapa dalam kemalangan. Boleh dikatakan Dhiya Nurlisa mempunyai emosi yang kucar-kacir dan penuh dengan aura negatif, 'protective'. Takut dengan perasaan sendiri dan sentiasa merasakan dia boleh berdikari sedangkan hidup ini penuh warna warni dan perlu bertolak ansur.

Mula dari berkongsi kertas projek yang terpaksa dilakukan atas arahan Dr Noraini, dia akur dengan situasi yang menyebabkan dia harus berkongsi dengan seorang bernama Tau Fu Fa. Nama yang pelik dipanggil Tau Fu Fa kerana Azril Mustaufi bunyinya seperti Tau Fu Fa.... Bibit-bibit rasa sudah mula terjalin namun atas ke egoan dirinya menyebabkan semuanya
terlepas begitu sahaja. Kehadiran Faiz dan Azwan menyebabkan dia merasa tertekan.

Lelaki yang berada di hadapannya terlalu memaksa, Faiz baik Azwan punya perangai yang sama, walaupun mereka sentiasa menjadi pendengar yang setia, namun tiada 'chemistry' di situ.

Lalu, Dhiya Nurlisa membawa diri ke Swiss dan berkelana mengejar segulung Master selama 3 tahun. Akhirnya pulang jua ke tanah air, dengan segulung ijazah, dan dengan tidak disangka-sangka bibit-bibit dulunya mula berputik apabila adegan-adegan tidak sengaja yang ditakdirkan untuk bersama berulang-kali berlaku.

Apakah yang berlaku seterusnya? Baca dan ikuti kisah seorang Dhiya Nurlisa yang mulai keluar dari kepompong kesedihan dan adegan-adegan mencuit hati dicatatkan dengan penuh rasa oleh Syud. 
 klik sini



8 tip untuk lebih disayangi....

Hari ni nak menulis entri yang simple je....tentang tip-tip untuk disayang...hahaha...disayang keluarga,adik beradik,kekasih hati dan semua orang....pernah gak aplikasikan benda benda ni dan alhamdulillah memang berhasil...selamat mencuba....^_^

1.Seorang wanita perlu pandai bermanja atau dalam kata lain perlu pandai membodek...sure mapley kat kedai mamak pun boleh bagi tosey free...

2.Bercakap biar lemah lembut..kalau boleh time tu pintal-pintal sikit rambut hujung korang....alamak time tu memang ada yang cair....

3.Rajin-rajin la masuk dapur tolong ibu memasak,bukan apa boleh jugak belajar memasak biar senang kawin nanti disayangi suami pula....^_^

4.Bila abang or kakak korang balik kerja,buatkan air untuk depa biar sejuk hati tengok kerajinan adiknya sure tiap-tiap bulan korang dapat elaun sara hidup..

5.Ucapkan kata-kata manja pada boiprend...macam i sayang u sorang je,i tak boleh hidup tanpa u,u sorang je lelaki yang i cinta.....sure boiprend korang akan lebih sayangkan korang dan bagi apa saja korang minta...hahaha

6.Selalu-selalu lah bodek lecture cakap "Madam,cantik baju hari ni..."biar senyum lebar lecture korang so senang kalau exam nak minta tip sure dapat....

7.Time-time senang bagi tahu kat ayah korang,abah nampak kacak la hari ni,makin muda...ahaks..."tersenyum malu bapa korang sampai tiba-tiba je sekeping duit rm50 masuk poket korang....

8.Kalau berjumpa dengan orang ramai seboleh-bolehnya korang senyum..lantak la dieorang nak cakap gila ke apa ke yang penting korang senyum je....bak kata pepatah senyum tak perlu kata apa-apa...


♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...