Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Perlawanan Malaysia vs Bahrain 27hb Nov 2011

 
 
 Ahad ni sekali lagi team Harimau Malaya akan bertarung tapi kali ini dengan negara Bahrain untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik nanti...
sebenarnya Ayien sendiri tak tahu kehebatan sebenar pemain Bahrain yang ayien tahu pemain Malaysia sememangnya dibarisi pemain yang sangat berbakat..huhu...mestilah cakap pemain kita hebatkan..takkan nak cakap pemain negara orang pulak.....dan berita gembira apabila Fadhli Shas,Wan Zaharul Nizam,Syahrul Azwari dan Irfan Fazail dikhabarkan akan turun untuk membantu pasukan kebangsaan...

hopefully Wan Zack Haikal akan fit dan cergas untuk turun dalam kesebelasan utama sebab masa game lawan Syria dia nampak still tak cergas lagi...dan yang pasti idola ku akan turut turun untuk membantu skuad kebangsaan...siapa lagi kalau bukan Muslim Ahmad...=)

Dengar kata Fakri Sharani terasa hati apabila ramai yang mempertikaikan keupayaan nya untuk mewakili Malaysia dan tidak kurang juga mengubah namanya kepada sebutan yang agak kurang sedap untuk didengar...


jom ikuti bicara Fakri Sharani

Saya juga ada perasaan - Fakri

SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
hopefully Fakri Sharani mampu membuktikan sesuatu pada game perlawanan Malaysia menentang Bahrain nanti sekiranya dia mahu mengembalikan kepercayaan penyokong Malaysia...dan bagi Ayien,Fakri bagus cuma perlu lebih berusaha untuk mendapatkan bola...









Jom ikuti kata-kata uncle ONG pula mengenai sokongan kepada Malaysia..
“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.

TERIMA KASIH MALAYSIA!!
Majulah sukan untuk Malaysia!!!
 

Nazmi Faiz Kembar Kaka?

Betul ke apa yang ayien tengok ni?Nazmi Faiz pemain bola sepak kebangsaan yang baru berusia 17 tahun tu ada iras Kaka pemain bola sepak Brazil tu..atau mereka sememangnya punya hubungan darah?hihihi...mungkin juga mereka kembar yang telah lama terpisah?

JOm kita tengok bahagian mana yang sama tu....
bahagian kening dgn senyuman kot....memang sama la...=)







Mungkin juga satu hari nanti Nazmi akan menjadi sehebat Kaka?

Nazmi Faiz merupakan pemain termuda dalam skuad kebangsaan dan dia sanggup tidak menduduki peperiksaan SPM semata-mata untuk berjuang untuk negara...takpe..SPM boleh ambil lagi tahun depan...peluang mewakili negara datang hanya sekali....dan Nazmi hadir tepat pada masanya...

Nazmi merupakan pemain dibahagian midfield dan kehadiran dia dalam skuad kebangsaan memang membantu..selain kelincahan dan kerajinan dia dalam mengejar bola..

Wednesday, 23 November 2011

Indonesia yang diselubungi kebencian

Apabila kebencian menyelubungi hati...kita sesama manusia tak perlu saling membenci atau bertengkar..sudahlah berjiran dan ramai rakyatnya di negara kita tapi layanan yang kita terima di Indonesia sangat teruk....semoga mereka sedar satu hari nanti.....=(



Sampai macam ni mereka buat...sungguh tak bersopan...semoga tak ada rakyat Malaysia yang berperangai macam mereka



Tuesday, 22 November 2011

EMAS MILIK MALAYSIA

Alhamdulillah..itulah kata-kata pertama yang ayien nak ucapkan setelah kemenangan terbukti milik Malaysia semalam....Bayangkan masa minit-minit pertama Indonesia dah jaringkan gol melalui jaringan Gunawan Dwi Cahyo...

masa tu hanya tuhan yang tahu macam mana perasaan ayien dan juga seluruh rakyat Malaysia masa tu..dalam kepala dah pikir kalau minit pertama dan gol macam mana dengan minit2 seterusnya..takut di rojak pemain Indonesia..
Tapi akhirnya gol penyamaan hasil tandukan Asraruddin Putra Omar berjaya mengegar gawang Indonesia..Bola tu bermula dari hantaran Baddrul Bakhtiar...

Dan sepanjang permainan berlangsung memang mendebarkan..banyak hantaran yang berbahaya dilakukan pemain Indonesia ke gawang kita tapi pertahanan kita memang kuat..berjaya mematahkan setiap serangan...

Permainan berterusan sehingga 120 minit apabila tiada gol yang berjaya dihasilkan lagi..(kalau ada pun banyak offside dari dua-dua lawan...)
Bila kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti..hanya satu harapan kita iaitu Khairul Fahmi aka Apek Hensem...huhu...memang kepakaran dia tak dapat disangkal lagi...
Pemain yang mengambil sepakan penalti:
  1. Mahali Jasuli -1
  2. Fandi Othman -1
  3. Fakri Sharani -0
  4. Fadhli Shas -1
  5. baddrul Bakhtiar -1
dan Indonesia hanya mendapat 3 gol sahaja...masa tu memang berdebar sangat apatah lagi penalti Baddrul yang berjaya ditepis tapi bola bergolek masuk kedalam gawang...memang rezeki Malaysia untuk menang semalam...

Dan kemenangan itu memang menyakitkan bagi hampir 100,000 penonton stadium gelora bongkarno yang dipenuhi penyokong Indonesia...


Actually agak kelakar dengan gelagat pemain Indonesia terutama Bonai...kalau ada yang perasan setiap kali ada Corner Kick mesti dia akan ke jaring gawang dan seolah-olah sedang membaca mantra kat situ...hahaha...tapi tetap tak masukkan...Apek relek jer...

Terima kasih kepada semua pemain Malaysia yang berusaha keras selama 120 minit untuk memastikan kemenangan milik kita..Kita yang menontonkan rasa penat sebab tak henti-henti bersorak mengaummmmm sampai sakit tekak... 

Last sekali ayien nak kongsi sesuatu yang buat ayien tergelak siang tadi
Masa ni memang gelak baca statement Izzaq...memang hensem ah...



hero Malaysia semalam..
baddrul terbaik...
Steve Yong Khuong Yong.. my star...=)
LEPAS NI FOKUS UNTUK SUKAN OLIMPIK...

JOM LIKE BAWAH NI...

Monday, 21 November 2011

Mimpi Malaysia yang hampir PASTI



Tinggal beberapa jam lagi untuk perlawanan di antara Malaysia dengan musuh tradisi iaitu Indonesia..kalau tanya ayien sure la nak Malaysia menang sebab dah nama pun rakyat Malaysia kan....huhu...ape??nenek moyang ayien ramai dari Indonesia??Tak apa..yang penting ayien memegang kad pengenalan biru ok...


Jejari ayien memang dah gatal nak menaip entry mengenai perlawanan Final malam ni...ditambah provokasi yang dilakukan pihak yang tidak bertamadun....


Actually bila berlangsung perlawanan bola sepak di negara Indonesia mesti berlaku bermacam-macam perkara...kebanyakan rakyat mereka macam tak sporting bila part menerima kalah atau menang...kalau kalah di katakan menipu,main laser la dan sebagainya dan bila menang berbangga diri...padahal hampir kesemua pemain mereka tu diberi hak kerakyatan untuk bermain untuk negara mereka..agak-agak mereka dah ketandusan bakat hasil negara sendiri ke?  hanya mereka ada jawabannya...kalau menang pun macam tak bermakna la kan...


tengok macam Malaysia,jurulatih pun memang Made In Malaysia..Ong Kim Swee dan semua pemain memang rakyat jati Malaysia...macam Mahali Jasuli, Shukur Jusoh, Fandi Othman, Syahrul Azwari, Mohd Asraruddin Putra, Guru Sam, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Mohdmuslim Ahmad, Thamil Arasu, Amer Sidin, Izham Tarmizi, Baddrol Bakhtiar, Zaharul Nizam, Khairul Fahmi, Zubir Azmi, Izzaq Faris Ramlan, Ahmad Fakri, Yong Kuong Yong, Nazmi Faiz.
Pertahanan Malaysia...
Semoga FINAL malam ni Malaysia akan buat yang terbaik...kekalkan rekod tanpa kalah dan jaringkan gol sebanyak yang mungkin...doa rakyat Malaysia mengeringi Kalian semua...dan bawa pulang pingat emas untuk Malaysia...


Semoga Syahrul Azwari,Nazmi Faiz,Mahali Jasuli,GuruSamy dan lain-lain dapat meledakkan goal sebanyak mungkin...

INFO:
  1. Pemain Malaysia akan dibawa kestadium dengan menaiki kereta kebal yang bernama Barakuda
  2. Izzaq Faris Ramlan tidak akan diturunkan kerana mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Myanmar
  3. Baddrul Bakhtiar yang memerangkap ketua pasukan Malaysia akan diturunkan malam ni setelah kedua-dua kad kuning yang dikutip sebelum perlawanan final telah digugurkan..
  4. Fandi Othman juga dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan malam ini akibat kecederaan yang dialami semasa menentang Myanmar
  5. Yong Kuang Yong dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini 
  6. Pingat emas akan menjadi milik Malaysia
  7. Ong Kim Swee akan berada di tepi padang setelah digangtung perlawanan tempoh hari...semoga beliau dapat menyuntik semangat pemain Malaysia
Like ni ya...
 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=268162039897128&set=a.263312793715386.62424.183821168331216&type=3

    Sunday, 20 November 2011

    Ayuh Malaysia Buktikan Kita Boleh!!!

    Semalam Malaysia berjaya melayakkan diri ke Final sukan sea selepas berhempas pulas untuk mencari ruang untuk menghasilkan gol..
    Semalam perlawanan semi final antara Malaysia dengan Myanmar...melalui pemerhatian ayien selama 90 minit tu..Myanmar bukan lawan yang mudah..Malaysia terpaksa jugaklah berhempas pulas untuk menghasilkan goal dan kalau tengok betul-betul memang sakit hati la kan..rasa macam nak masuk je dalam tv tu...hihihi..tapi sakit-sakit hati pun tetap harap Malaysia mampu hasilkan gol...dan akhirnya masa perlawanan dah sampai minit terakhir Fakri Sharani berjaya hasilkan goal untuk Malaysia...


    actually memang geram sangat tengok cara permainan Fakri (geram je k..bukan benci) tapi disebabkan dia dah berjaya membantu Malaysia menang...ayien ucapkan terima kasih yerk Fakri..pasni kena kerja keras sikit sebab lawan kita bukan mudah...^_^
    Harimau baham Indon
    Dan lawan Malaysia pada game final nanti adalah Indonesia..negara yang terkenal dengan sikap angkuh,bongkak dan pelbagai lagi..hope Malaysia akan buktikan Malaysi layak menang pingat emas tu...

    cop2..Muslim senyum....=)
    saat jaringan dihasilakan
    Ayien nak luahkan rasa sangat geram dengan segala kesusahan yang kita terpaksa hadapi bila perlawanan berlangsung di Indonesia..mesti ada saja perkara yang menjatuhkan maruah Malaysia dan memang macam tak ada semangat berlawan..

    antaranya ialah

    1.Semasa Lagu Negaraku berkumandang,seluruh manusia dalam stadium tidak menghormati dan membuat bising dan hanya pemain serta barisan jurulatih yang menyanyikannya...(sekurang-kurangnya diam sebagai tanda hormat...mereka tak bertamadun)

    2.Apabila Ong Kim Swee digantung perlawanan dan tidak dibenarkan berada di padang,dan juga beliau tidak di benarkan berhubung dengan penolong jurulatih walaupun mengunakan walkie talkie dan hanya dibenarkan berhubung menggunakan nota..
    3.Pemain-pemain Malaysia di bawa ke stadium dengan menaiki Barakuda iaitu Kereta Kebal...maknanya keselamatan mereka tak terjamin disana...

    4.Apabila 3 lelaki Indonesia menjadikan bendera Malaysia sebagai kain menutup kemaluan mereka...WTH...sangat tak bertamadun..
    padahal mereka tak tahu mebghormati lagu negara kita dan bendera kita
    Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee

    Hopefully pemain-pemain Malaysia seperti KHAIRUL FAHMI,MOHDMUSLIM AHMAD,FADHLI SHAS,MAHALI JASULI,NAZMI,GURUSAMY,ASRARUDDIN OMAR,FAKRI SHARANI,SYAHRUL AZWARI,IZZAQ FARIS RAMLAN,IRFAN FAZAIL,WAN ZAHARUL NIZAM,FANDI OTHMAN,DAN semua pemain lain akan menaikkan kembali maruah Malaysia yang dipijak-pijak Indonesia... (khabarnya Izzaq Faris mungkin tidak dapat diturunkan semasa perlawanan akhir kerana kecederaan yang dialami semasa perlawanan menentang Myanmar...)

    Harimau Malaya dihati!!!!!!!

    style="font-size: large;">semoga ramalan sotong paul ni benar!!!!
    >

    Friday, 18 November 2011

    Malaysia VS Indonesia

    Semalam pada pukul 8malam berlangsung perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia untuk menentukan negara mana yang layak untuk pusingan semi final...memang perlawanan semalam sangat cantik cuma dibahagian serangan kurang sikit mungkin kerana diletakkan Izzaq Faris Ramlan seorang saja disitu tanpa dibantu..mujur ada Syahrul Azwari yang pandai memainkan peranannya sehingga berjaya menjaringkan goal...tahniah...

    jom kita saksikan detik jaringan cantik dari Syahrul Azwari...
     


    Syahrul Azwari ni baru berusia 18 tahun,kira baru sahaja join skuad kebangsaan..dan memang berbakat sangat...kalau terus prestasi macam ni tak mustahil dia akan menjadi permain yang baik satu hari nanti...

    Dan tak lupa juga Muslim turut beraksi untuk Malaysia...huhu
    Inilah barisan pemain untuk sukan Sea di Indonesia..
    Malaysia dan membaham Indonesia


    Malaysia mendahului kumpulan A



    Hari sabtu ini merupakan perlawanan seterusnya diantara Malaysia dan Myanmar pd pukul 4pm boleh ditonton di Saluran Arena Astro...semoga Malaysia akan terus beraksi dengan baik...

    ♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

    ♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

    Daisypath Happy Birthday tickers
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...