Sunday, 20 November 2011

Segmen Cerita Di Sebalik Gambar


Tadi masa tengah intai2 group blogger...terjumpa satu contest yang sangat menarik...contestnya adalah Cerita di Sebalik Gambar....
Segmen ni anjuran Ajeyy Rawk


Cara-cara nak join :

1. Follow jee Blog aku ni kalau rajin .. Sebab nanti senang nak dapat update .. Kalau malas takde hal pun .. hehe ;-)


2. Buat satu entry yg bertajuk " Segmen Cerita Di Sebalik Gambar " .. Jangan lupa copy paste gambar kat atas tu.. Sebagai syarat jee.. Tak mahu tak payah.. Hehe :D

3. Lepas tu buat laa entry terbaik dari anda .. Entry yg anda buat tu mestilah ada gambar dan ceritakan peristiwa di sebalik gambar tu .. Tak kira la gambar apa2 sekalipun asalkan menutup aurat ;-) ( Nanti boleh tengok contoh entry macam kat bawah ni ) 

4. Lepas siap, letak link entry anda pada ruangan komen di bawah sekali .. Dan jangan lupa jemput laa kekawan kita untuk join sama.. Makin ramai makin meriah ..


Dengan itu Ayien mempertaruhkan gambar ni...
-
-
-
-
 

gambar ni dirakam oleh seorang jurugambar yang agak amatur..memerangkap pemandu pelancong ayien dengan kawan-kawan masa ni hihi...padahal BF my friend jer..

Lokasi kat Klebang,Melaka...pada pukul 6.35 petang...

Korang mesti tau betapa gembiranya kami saat ni..memang dah tak hirau orang kiri kanan...hikhik

time ni memang kalau siapa yang ada kat situ sure nyampah tengok aksi kami..setiap langkah mesti ada saja gambar yang kami rakamkan dan sure pakcik bawah pokok sana menyirap tengok budak-budak zaman sekarang bergambar..hihi 
lompat sana lompat sini
Memang bertuah sangat sebab petang tu cuaca memang cantik sangat...nak-nak time matahari nak terbenam tapi gambar diatas telah ditambah kuasa editan yang melampau sehingga menghasilkan keindahan alam yang tiada tandingannya..Pokok-pokok yang tertanam elok disisir pantai memang sangat indah...awan yang membiru dilangit...sungguh indah ciptaannya....
 
macam melompat diatas airkan...

just nak share satu lagi gambar
gambar ni dirakan saat matahari hampir terbenam.....sangat indah dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata

Tolong menolong budaya kita

Hai dipetang yang nan indah ni..memang best kalau dapat makan ubi kayu rebus dengan kopi panas...wahhh..nyaman nya...


ctually setiap perbuatan sentiasa perlu ada niatkan..huhu..dengan tangan yang sedang menaip entry dikala ni,,,ayien ngah pasang niat untuk meminta bantuan korang untuk like gambar yang dipertaruhkan anak buah i untuk satru kontes ni anjuran Mas Safwan..budak terel edit mengedi tuh...huhu

Jom zaaaasssssssssssssssss


COMEL KAN..^_^nama die ni muhammad khairul hafizi...




Ayuh Malaysia Buktikan Kita Boleh!!!

Semalam Malaysia berjaya melayakkan diri ke Final sukan sea selepas berhempas pulas untuk mencari ruang untuk menghasilkan gol..
Semalam perlawanan semi final antara Malaysia dengan Myanmar...melalui pemerhatian ayien selama 90 minit tu..Myanmar bukan lawan yang mudah..Malaysia terpaksa jugaklah berhempas pulas untuk menghasilkan goal dan kalau tengok betul-betul memang sakit hati la kan..rasa macam nak masuk je dalam tv tu...hihihi..tapi sakit-sakit hati pun tetap harap Malaysia mampu hasilkan gol...dan akhirnya masa perlawanan dah sampai minit terakhir Fakri Sharani berjaya hasilkan goal untuk Malaysia...


actually memang geram sangat tengok cara permainan Fakri (geram je k..bukan benci) tapi disebabkan dia dah berjaya membantu Malaysia menang...ayien ucapkan terima kasih yerk Fakri..pasni kena kerja keras sikit sebab lawan kita bukan mudah...^_^
Harimau baham Indon
Dan lawan Malaysia pada game final nanti adalah Indonesia..negara yang terkenal dengan sikap angkuh,bongkak dan pelbagai lagi..hope Malaysia akan buktikan Malaysi layak menang pingat emas tu...

cop2..Muslim senyum....=)
saat jaringan dihasilakan
Ayien nak luahkan rasa sangat geram dengan segala kesusahan yang kita terpaksa hadapi bila perlawanan berlangsung di Indonesia..mesti ada saja perkara yang menjatuhkan maruah Malaysia dan memang macam tak ada semangat berlawan..

antaranya ialah

1.Semasa Lagu Negaraku berkumandang,seluruh manusia dalam stadium tidak menghormati dan membuat bising dan hanya pemain serta barisan jurulatih yang menyanyikannya...(sekurang-kurangnya diam sebagai tanda hormat...mereka tak bertamadun)

2.Apabila Ong Kim Swee digantung perlawanan dan tidak dibenarkan berada di padang,dan juga beliau tidak di benarkan berhubung dengan penolong jurulatih walaupun mengunakan walkie talkie dan hanya dibenarkan berhubung menggunakan nota..
3.Pemain-pemain Malaysia di bawa ke stadium dengan menaiki Barakuda iaitu Kereta Kebal...maknanya keselamatan mereka tak terjamin disana...

4.Apabila 3 lelaki Indonesia menjadikan bendera Malaysia sebagai kain menutup kemaluan mereka...WTH...sangat tak bertamadun..
padahal mereka tak tahu mebghormati lagu negara kita dan bendera kita
Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee

Hopefully pemain-pemain Malaysia seperti KHAIRUL FAHMI,MOHDMUSLIM AHMAD,FADHLI SHAS,MAHALI JASULI,NAZMI,GURUSAMY,ASRARUDDIN OMAR,FAKRI SHARANI,SYAHRUL AZWARI,IZZAQ FARIS RAMLAN,IRFAN FAZAIL,WAN ZAHARUL NIZAM,FANDI OTHMAN,DAN semua pemain lain akan menaikkan kembali maruah Malaysia yang dipijak-pijak Indonesia... (khabarnya Izzaq Faris mungkin tidak dapat diturunkan semasa perlawanan akhir kerana kecederaan yang dialami semasa perlawanan menentang Myanmar...)

Harimau Malaya dihati!!!!!!!

style="font-size: large;">semoga ramalan sotong paul ni benar!!!!
>

Friday, 18 November 2011

Bakal Pengantin Zahiril Adzhim (Daim) dan Shera Aiyob

Mengikat tali pertunangan Mei lalu...akhirnya pada  ahad ini pasangan pelakon Zahiril Adzhim dan Shera Aiyob yang merupakan pelakon juga pengacara WHI (wanita hari ini) akan disatukan di kediaman Shera di Ipoh Perak...
 Acara resepsi akan diadakan pada hari yang sama di dewan berhampiran kediaman Shera, bertemakan konsep perkahwinan dalam taman. Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung secara sederhana di Shah Alam pada 27 November nanti.

jom kita tengok kad undangan perkahwinan mereka yang comel ni...memang unik dan nampak mewah...khabarnya Zahiril mendapat idea mengenai kad undangan ini semasa pra perkahwinan mereka...memang cantik gambar yang dirakamkan....







Semoga perkahwinan yang bakal dibina kekal abadi selamanya....kami mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua

Kredit gambar : Mphpictures,kadlestari.com,ssgraphywork


Malaysia VS Indonesia

Semalam pada pukul 8malam berlangsung perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia untuk menentukan negara mana yang layak untuk pusingan semi final...memang perlawanan semalam sangat cantik cuma dibahagian serangan kurang sikit mungkin kerana diletakkan Izzaq Faris Ramlan seorang saja disitu tanpa dibantu..mujur ada Syahrul Azwari yang pandai memainkan peranannya sehingga berjaya menjaringkan goal...tahniah...

jom kita saksikan detik jaringan cantik dari Syahrul Azwari...
 


Syahrul Azwari ni baru berusia 18 tahun,kira baru sahaja join skuad kebangsaan..dan memang berbakat sangat...kalau terus prestasi macam ni tak mustahil dia akan menjadi permain yang baik satu hari nanti...

Dan tak lupa juga Muslim turut beraksi untuk Malaysia...huhu
Inilah barisan pemain untuk sukan Sea di Indonesia..
Malaysia dan membaham Indonesia


Malaysia mendahului kumpulan A



Hari sabtu ini merupakan perlawanan seterusnya diantara Malaysia dan Myanmar pd pukul 4pm boleh ditonton di Saluran Arena Astro...semoga Malaysia akan terus beraksi dengan baik...

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...