Saturday, 26 January 2013

Dari novel ke layar kaca- Sehangat Asmara

Assalamualaikum pembuka bicara.
Lama sangat rasanya meninggalkan blog ni sehinggakan jadi buntu kejap sebab banyak yang dah berubah.
new version katanya. :0 untung saya jenis cepat belajar.

Kali ni nak bercakap pasal drama bersiri terbaru kat astro mustikaHD SEHANGAT ASMARA yang diadaptasi dari novel tulisan aisya sofea. my fav novelist itu.

Sejak disiarkan bermula minggu lepas saya dapat rasakan jalan cerita dan percintaan Kay dengan Nal.paling suka bila pertemuan semula Kay dengan Nal lepas 9 tahun rasa macam 'yes Kay,kau kena tuntut hak kau' padahal memang dah tahukan semua yang berlaku memang ada dalang yang merancang.

Drama Sehangat Asmara mempunyai 33 episod dan bersiaran setiap isnin hingga rabu pada pukul 10malam selama 30 minit.
Lakonan mantap Rita Rudaini, Ady Putra,Izreen, Shahrizal, dan ramai lagi...:)

Sinopsis:

pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. 

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal munc...ul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?
scroll hingga ke bawah untuk dengan ost sehangat asmara







FOLLOW ME AT TWITTER http://twitter.com/ainism_
credit gambar: FB fanpages Sehangat Asmara

Wednesday, 24 October 2012

Adam dan Hawa online





My new update.Crazy with Adam dan Hawa!!!

Drama yang dibintangi Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa serta lain lain memang menyamai novel asal dia. mood yang sama dan tak dinafikan nadiya nisaa berjaya membuktikan yang dia pelakon serba boleh...cayalah.:)

Paling saya suka scene mereka kat Mekah. Memang cantik-cantik dan terasa macam nak pergi sana je. Insyaallah suatu hari kalau ada rezeki.






sekarang baru episod 35 lagi 50 episod tau nak kena layan. Sabar jelah. huhuhu

Korang yang tak beli astro mustikaHD tu kalau nak tengok secara ONLINE boleh lah ke website ni

Thursday, 19 July 2012

Salam bertemu lagi.

Hai Assalamualaikum.

 Rasanya sudah lama aku tak menaip diblog ini...rasa kosong kosong je semua. Bohsan? mungkin jua sebab kering idea dan hilang punca sebab tengok ramai blogger2 lagi berjaya dari aku. *cemburulah namanya itu..:)
Tapi alhamdulillah masih ada yang berkunjung ke blog aku walaupun tak sehebat dulu.... terima kasih sangat2...salam bertemu lagi di entry akan datang  :) 

Sunday, 18 March 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum....lamanya tak menaip kat sini..almost 1 month tak menaip windu tak ngan aku?ahahaa..sapelah yang nak merindui insan kerdil nih..actually aku sangat busy dengan tugasan2 yang diberikan abah aku kat kedai makan kami...hikhik...


Korang tahu tak aku masih bergelar penganggur terhormat kepunyaan en. Osman dan pn.Tijah..bohsan gila duduk rumah..dah tak pat hangout dengan member sekepala..sebab sekarang nih ramai member tak sekepala..so haruslah tunggu member yang sekepala bersama baru boleh hang out..



Kadang-kadang aku terpikir nak bersara je dari blogging nih tapi sayang...follower aku dah ramai takkan nak tarik diri macam tu ja kan..


lagipun blog aku bukan terhad pada kisah peribadi tapi merangkumi semua aspek so why not aku teruskan je...insyaallah..aku akan cuba memperbaiki blog aku agar lebih mesra dan disukai ramai....

chilll

Sunday, 12 February 2012

Novel Adam Hawa bakal diadaptasikan ke Layar Kaca

Bertuah pagi-pagi macam ni dapat info yang pelakon Drama Adam Hawa akhirnya telah diketahui...menjanggut jugaklah menanti dan menanti siapa gerangan pelakon wanitanya...pelakon lelaki sudah diketahui iaitu Aaron Aziz.

Dan akhirnya watak Ain Hawani menjadi milik pelakon berbakat yang baru je hari tu menang anugerah pelakon pembantu terbaik untuk filem Cun masa ASK 2011...

Ramai frust sebab bukan Rita Rudaini,Fazura atau Siti Saleha yang membawa watak tu..tapi bagi aku kalau kena dengan penyampaian dan gaya lakonan insyaallah memang akan datang chemistry tu...apatahlagi mereka berdua memang berbakat dan mampu membawa watak apa pun dengan baik..


Bagi aku novel ni ade pengikutnya sendiri..memang super best dan berisi..kalau sesiapa pernah baca sure faham apa yang aku cuba sampaikan..
'Betapa sabarnya seorang Adam menanti Hawanya...8Tahun tau bukan 8 hari..'
'Ain yang hatinya sekeras kerikil...tak mudah memaafkan Adam walaupun lelaki itu mengakui mencintainya..'


Sinopsis:
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya.Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

sama-samalah kita nantikan karya hebat Aisya Sofea didramakan..khabarnya drama ini akan mencecah 80 episod dan mengambil latar belakang seperti di negara India,Mekah dan Ausie sebagai tempat shooting...





jom like fanpage Kami Suka Adam Mukhriz Dengan Ain Hawani.

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...