Tuesday, 8 November 2011

Shila Amzah teman tapi mesra Sharnaaz Basir Ahmad?


Betul ke bagai dikata beberapa blogger mengenai hubungan teman tapi mesra diantara mereka berdua??Sebelum ini ada gosip yang mengatakan Sharnaaz bercinta dengan Irma Hasmie dan tiba-tiba gosip tu sunyi dan dikhabarkan Sharnaaz bercinta pula dengan penyanyi cantik Shila Amzah...

Baik Shila mahupun Sharnaz mereka berdua menafikan hubungan mereka sebagai cinta tetapi meletakkannya sebagai teman tapi mesra...

bukan apa kita sangat setuju mengenai hubungan mereka berdua..bak kata pepatah bagai pinang die belah belah.haha..

Semoga hubungan mereka kekal sebelum ke peringkat seterusnya..



sumber berita:Rotikaya.com

Saturday, 5 November 2011

Telemovie Kekasih Awal dan Akhir

Telemovie ini akan ditayangkan ditv 9 pada 9 Nov 2011 pukul 8.30pm..ini merupakan gandingan ke-3 buat Aaron Aziz dan Siti Saleha selepas drama Nora Elena dan Habil Qabil...


Pelakon-pelakon

Aaron Aziz - Awal
Siti Saleha - Akhirah
Julia - Fouziah Gous

Sinopsis

Kekasih awal dan akhir mengisahkan Awal berkawan baik dengan Julia ketika diuniversiti,Bagaimanapun hubungan itu tidak lebih sebagai seorang sahabat.Selepas itu Awal bertemu dengan Akhirah dan bersimpati dengan gadis yatim piatu itu dan nekad mengahwininya

Selepas 3 tahun,Akhirah disahkan mengandung.Dia terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingg keadaannya tidak seperti dahulu lagi.Ketika ini muncul Julia sehingga mencetuskan konflik dalam perhubungan suami isteri itu....mampukah mereka melalui setiap dugaan dalam rumah tangga mereka dan adakah Awal akan setia pada Akhirah sehingga keakhir hayatnya?

Kisah ini mengenai poligami yang bukan kerana cinta atau nafsu.Telefilem yang sarat dengan mainan emosi dan perasaan mampu meruntun hati kita.




BILA JEJARI BERBICARA : teringat dengan Nora Elena...=)
Spirit da word...^_^

Bila saya bertentang mata dengan Nora Elena

Hari ni rasa macam nak melompat riang bila dapat jumpa pelakon pujaan ayien sorang ni....actually dari pagi tak dapat pokus dalam kelas sebab terpikir nak jumpa Nora Elena...haha..

Tepat pukul 2.45pm ayien sampai bersama di Mydin MITC dengan 2 orang lagi member ayien walaupun depa tak minat dengan Nora Elena depa tetap teman ayien..terima kasih Sha dgn Nadia...sayang korang dengan ketat-ketat...

Sementara tunggu ketibaan Nora Elena aka Siti Saleha yang merupakan duta Enchanteur ayien tak lepaskan peluang menjawab beberapa soalan dan alhamdulillah dapat bawa balik 4botol barangan Enchanteur...=)

Time ni tangan mengeletar tak tahu pasal apa..member pun macam pelik tengok ayien...=)

Tunggu punya tunggu akhirnya tepat pukul 3.10pm Siti Saleha tiba...cantik sangat dia...terpegun ayien tengok...memang kacuk british abish....huhuhu...tangan ni pulak tak henti-henti parkinson...memalukan...

Masa tunggu Siti Saleha datang tadi sempat membeli belah untuk dapatkan poster Siti Saleha...boleh tangkap gambar sama dan dapat beg freee.....seronok....

akhirnya ini yang berlaku sepanjang 2 jam ayien kat Mydin MITC tadi

terserlah keserabai ku bila berdiri sebelah Saleha...huhu

Bila Jejari Berbicara : Lepas ni pasang hajat nak jumpa Aaron Aziz pulak...

Friday, 4 November 2011

Manusia berhati taik

Panas nya hari ni..sepanas hati ayien yang tengah mengelegak saat ini...Mana tak panas,hari ini diduga dengan kehadiran manusia berbusuk hati,dalam kata lain hatinya dah diselubungi taik so memang busuk sangat...


Manusia busuk hati ni memang tak boleh tengok kejayaan orang lain.bila kita berjaya dia mengejek kita dibelakang,bila kita gagal dia jadi setan gelak sakan pada kita..


Manusia busuk ati ni jugak yang akan tengok markah result kita tiap-tiap bulan lepas tu(kira macam stalker la...walaupun i bkn artis..haha)bandingkan markah kita dengan dia...ish rasa macam best student lak sampai ada orang nak kejar markah kita...hihi..

Manusia berhati busuk ni jugak jenis depan cakap tak da berani tapi belakang dia pukul gendang gendut cerita pasal kita....macam #@#^ je kan...

Manusia busuk hati ni juga jenis memang kawan macam tak da kawan je..tak ada siapa nak kawan sebab perangai gitu..

Manusia busuk hati jugak akan berlakon macam kita nilah kawan mereka...


conclusion yang ayien dapat dari erti kawan busuk hati memang ada diantara kawan kita...
tengok pakcik ni pun paham maksud manusia hati busuk.
kuman yang menyerang manusia hati busuk..


Satu je ayien tahu....hati kalau dah diselubungi taik memang dapat penyakit busuk hati...

Thursday, 3 November 2011

Slot Akasia Tentang Dhia


Minggu depan kita bakal disajikan dengan drama terbaru yang bertajuk Tentang Dhia...macam pernah dengar je kan?Drama ni bakal mengantikan Soffiya yang akan tamat pada 8 nov 2011..dan bersiaran pada pukul 7ptg hingga 8 malam....

Dengar khabar Tentang Dhia merupakan adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama tapi masih belum pasti sama ada ia betul-betul dari novel tu...Novel ini hasil nurkilan Syud atau Nurul Syuhada..

Antara pelakonnya ialah,Ady Putra,Nora Danish dan Tasha Shila...
Kisah seorang gadis Dhiya yang berusaha menghadapi hidup yang penuh dengan kesedihan setelah kematian kedua ibu-bapa dalam kemalangan. Boleh dikatakan Dhiya Nurlisa mempunyai emosi yang kucar-kacir dan penuh dengan aura negatif, 'protective'. Takut dengan perasaan sendiri dan sentiasa merasakan dia boleh berdikari sedangkan hidup ini penuh warna warni dan perlu bertolak ansur.

Mula dari berkongsi kertas projek yang terpaksa dilakukan atas arahan Dr Noraini, dia akur dengan situasi yang menyebabkan dia harus berkongsi dengan seorang bernama Tau Fu Fa. Nama yang pelik dipanggil Tau Fu Fa kerana Azril Mustaufi bunyinya seperti Tau Fu Fa.... Bibit-bibit rasa sudah mula terjalin namun atas ke egoan dirinya menyebabkan semuanya
terlepas begitu sahaja. Kehadiran Faiz dan Azwan menyebabkan dia merasa tertekan.

Lelaki yang berada di hadapannya terlalu memaksa, Faiz baik Azwan punya perangai yang sama, walaupun mereka sentiasa menjadi pendengar yang setia, namun tiada 'chemistry' di situ.

Lalu, Dhiya Nurlisa membawa diri ke Swiss dan berkelana mengejar segulung Master selama 3 tahun. Akhirnya pulang jua ke tanah air, dengan segulung ijazah, dan dengan tidak disangka-sangka bibit-bibit dulunya mula berputik apabila adegan-adegan tidak sengaja yang ditakdirkan untuk bersama berulang-kali berlaku.

Apakah yang berlaku seterusnya? Baca dan ikuti kisah seorang Dhiya Nurlisa yang mulai keluar dari kepompong kesedihan dan adegan-adegan mencuit hati dicatatkan dengan penuh rasa oleh Syud. 
 klik sini



♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...