Friday, 21 October 2011
Yasmin Hani selamat bergelar isteri Shahrin
Alhamdulillah Yasmin Hani Richardson selamat bergelar steri kepada Shahrin dan semoga perkahwinan mereka kekal selamanya..Pernikahan teah berlangsung di Duchess Place,Jalan Ampang dan mereka selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz...Yasmin Hani menerima wang hantaran sebanyak 32k,berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.Majlis resepsi akan diadakan di tempat yang sama pada malam ini

Thursday, 20 October 2011
Download Drama Soffiya
Pelakon
Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli
Sinopsis
Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Download Link
Episod 19 - 24 Okt
Episod 18 - 20 OktEpisod 17 - 19 Okt
Episod 16 - 18 Okt - 134mb
Episod 15 - 17 Okt - 134mb
Episod 14 - 13 Okt - 127mb
Episod 13 - 12 Okt - 126mb
Episod 12 - 11 Okt - 132mb
Episod 11 - 10 Okt - 138mb
Episod 10 - 06 Okt - 131mb
Episod 09 - 05 Okt - 142mb
Episod 08 - 04 Okt - 143mb
Episod 07 - 03 Okt - 144mb
Episod 06 - 29 Sept - 120mb
Episod 05 - 28 Sept - 124mb
Episod 04 - 27 Sept - 116mb
Episod 03 - 26 Sept - 101mb
Episod 02 - 22 Sept - 123mb
Episod 01 - 21 Sept - 127mb
selamat berdownload
Wednesday, 19 October 2011
Kanak-kanak digilis-Nilai Sivik semakin kurang
Seluruh dunia sedang kecoh pasal di China budak berusia 2tahun dilanggar van dan kemudian tak ada seorang pun yang menghiraukannya.Mereka hanya memandang sekali imbas dan meneruskan perjalanan mereka...sungguh kejam.
Sanggup mereka tengok kanak-kanak kecil yang
terkulai layu ditengah jalan raya tanpa memberi sebarang
pertolongan.Seperti mereka melihat sampah ditepi jalan.Mereka macam dah
tak ada sivik,pentingkan diri dan tak ada hati perut...Betapa
kanak-kanak tu menahan sakit dan cuba meminta pertolongan orang ramai
kalau ia termampu..
Ada yang mengatakan kalau di China memang begitu yang terjadi,kalau kita dengan baik hati menolong orang yang jatuh atau kemalangan kita akan dipersalahkan dan segala kos perbelanjaan perubatan terpaksa dibayar..mungkin itu salah satu sebab mengapa mereka tidak mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan...
Pemandu Van itu juga mengaku beliau tahu telah melanggar seorang budak tetapi meneruskan perjalan sehingga tayar belakang pula yang melenyek budak itu,ini kerana beliau memang sudah berhasrat untuk mematikan budak itu supaya denda yang dikenakan kepada beliau berkurangan dan sekiranya budak itu hidup,segala kos sara hidup akan dikenakan terhadap beliau....
Nilai perikemanusian semakin hilang di muka bumi kita...

Kolej Nilam catat sejarah pertamanya
Bangga seyh bergelar pelajar Nilam Kolej..bangga bila semua pelajar lulus dengan cemerlang dan LJM pun ramai dapat distinction..sebelum ni Kolej Nilam memang agak low profile dan malu-malu kucing...
MELAKA 18 Okt. - Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam (Kolej Nilam) melakar sejarah pertamanya apabila berjaya melahirkan 227 graduan dalam konvokesyen yang berlangsung di Hotel Bayview di sini, semalam.
Penasihat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul Latiff Awang berkata, bilangan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.
Menurutnya, pertambahan jururawat di negeri ini secara tidak langsung memajukan sektor pelancongan perubatan bagi menjana ekonomi negeri.
''Jururawat amat diperlukan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara," katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Nilam di sini.
Kolej Nilam yang memulakan pengajian dengan seramai 15 orang pada tahun 2006 dan setakat ini sudah melatih seramai 568 pelajar dalam jurusan terbabit.
Menurut Dr. Abdul Latiff, kesemua pelajar yang tamat pengajian pembelajaran di kolej itu telah mendapat pekerjaan di merata tempat di Malaysia dan juga di Singapura.
Beliau berkata, Kolej Nilam adalah milik syarikat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd. dan para pelajar menjalani program Diploma Kejururawatan selama tiga tahun.
''Program ini telah mendapat pengiktirafan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.
Ujarnya, semua jururawat yang dilatih lulus 100 peratus dalam Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia Syarat Masuk Dalam Daftar Am, malah 12 orang daripada mereka mendapat markah cemerlang.
Kolej Nilam terletak di Jalan Malim, Bacang di sini, memiliki keluasan seluas 2.8 hektar dengan kemudahan dan tempat yang kondusif buat pelajar.
Beliau berkata, Kolej Nilam kini melangkah setapak lagi dengan pembinaan sebuah kolej baru di Jalan Klebang.
info:UTUSAN MALAYSIA

![]() | ||
| Barisan hadapan dan kedua:Lecturer dan Clinical Instructor |
Subscribe to:
Posts (Atom)