Tuesday, 16 August 2011

MR AA: datang dalam mimpi ku...

Kenal siapa Mr AA?hihi...ini bukan tipu tapi betul-betul punya mimpi..Mr AA selalu sangat datang dalam mimpi aku...kadang-kadang pelik jugak,jalan cerita mimpi lebih kurang jerk ...pelik-pelik....

Aku mimpi aku jumpa Mr AA sambil bergambar dengan dia di bantu oleh sahabat aku sebagai juruphoto..kalau nak cerita shot-shot yang dirakam memang banyak tapi last-last memang 1 keping pun tak de sebab sahabat aku tu begitu dengki dengan kemesraan aku dengan Mr AA....kali ke 2 dan 3 cerita pun sama jugak cuma orang lain pulak jadi juruphoto yang berhati dengki tu....^_^

Sejak fenomena Nora Elena,aku selalu sangat mimpikan dia...kadang-kadang kawan-kawan aku selalu gak macam jeles je aku cerita aku mimpi Mr A..nak buat macam mana..bukan niat aku nak mimpikan dia...hahahaha

Bagi aku walaupun tak dapat jumpa Mr AA depan-depan aku bersyukur dia masuk dalam mimpi aku....^_^...ingat senang nak mimpi Mr AA?susah ok..
inilah MR AA yang aku cakap tu....^_^

MR AA jangan selalu sangat tau masuk dalam mimpi saya pas ni..




Monday, 15 August 2011

JADI ANAK DARA TUA BARU TAU!

Sweet tak tajuk entry kali ni....

pernah dengar bila lelaki tak dapat ngurat pompuan dia cakap macam ni...'Sombong,kau jadi anak dara tua baru tau.'

WTH nak cakap perempuan macam tu?setakat duduk tepi jalan nak jadi tikus pastu siap nak mendoakan orang macam tu apa cer..ingatkan bangla ke nepal ke rupanya orang melayu....hihi....

Biasa nya perempuan takkan layan orang yang kacau-kacau kat tepi jalan ni...tak de standard ok

So belajar lah menghormati orang lain..kadang-kadang nak tergelak pun ada kalau kawan-kawan kena macam ni...
hi boleh kenal?



Sebenarnya tak semua perempuan sombong tau...cuma mungkin tak kena cara,tempat dan masa....kalau kena cara jerk dah ok....selamat berkenalan....^_^

ke 15

Selamat pagi..patutnya entry ni ayien post semalam sebab benda ni terjadi semalam tapi tak pelah...asalkan dapat update suka aje....
Semalam ayien keluar berbuka dengan 3 orang lagi kawan ayien..yang plan pun my kawan Melissa sebab dia nak jumpa member lama..ingatkan sorang rupaya sampai 4 orang lelaki..(Moq.Paet,Bat dan Smake)

So mereka dan mereka dicide untuk berbuka kat KFC je la...walaupun tak berapa gemar KFC just layan jerk..janji dapat berbuka....

Masa tengah tunggu waktu berbuka,tanpa ayien sedar,fun fries telah masuk kedalam mulut aku tanpa sedar...ketawa sakan la semua time tu...memang hobi ayien kalau pergi MC D mesti makan benda alah tu dulu....malu sangat...selamat duduk tempat jauh dari orang...alhamdulillah dapat juga berbuka dengan senang hati..

Memang niat hati lepas berbuka nak pi jenjalan..alang-alang orang dah ajak terus je kate tak kisah..hahahaa..
so mereka buat rancangan untuk bermain bowling...hihihi...hobi semasa lagi...baling je apa yang patut...

 

CONTEST BLOG TER-COMEL , SMART DAN KEMAS


Assalamualaikum
Masa tengah buat rondaan kat fb group jumpa plak pasal satu entry ni...
mencari blog tercomel,smart dan juga kemas,...agak-agak blog aku layak tak nak join...cap ayam la katakan...hihi...apa pun aku nak cuba nasib..mana tahu kan...tuah ayam nampak kat blog ni...

Contest nie dinamakan :


Syarat-syaratnya :
Follow blog Leeya dan Anis
Buat satu entry tentang contest nie
Tinggalkan link di comment box entry nie

Hadiah :
First prize : Edit blog ( pilihan ) + Header + Banner
Second prize : Header + Banner + Sidebar Image
Third prize: Header + Sidebar Image
Consolation : Banner or Shoutbox Image ( 5 person ONLY)
Closing Date on 17 September 2011
Winner will be announced on 21 September 2011

Contest akan terbatal jika kurang drpd 10 orang .. :)

Sunday, 14 August 2011

Ombak Rindu coming soon

Pernah tak korang baca novel Ombak Rindu?novel yang sangat fofular semasa aku zaman sekolah-sekolah dulu...sampai merembiskan air mata ni..padahal masa tu tak tahu apa-apa pun dah pandai baca novekl cinta...siap dari trilogi lagi....memang mantap!!!



Dah hampi 10 tahun..Novel telah diadaptasikan ke filem sama macam Lagenda budak setan dan juga drama Nora Elena(Kasih Yang Suci)

Filem ini masih mengekalkan tajuk yang sama dan watak sama jugak takde tukar nama,dan menampilkan pelakon-pelakon fofular Malaysia...seperti my bro Aaron Aziz,Maya Karin,Lisa Surihani, dan Bront Palarae..Dengar nama pelakon jerk dah menarik-narik aku ke cinema....JANGAN LUPA PADA 1 DISEMBER 2011 tau.!!!

Sinopsis cerita ini:
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Watak Utama:
Aaron Aziz - Hariz
Maya Karin - Izzah
Lisa surihani - Mila

Jom layan gambar-gambar Ombak Rindu


insyaallah box office tahun ni...aminnnn

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...