Saturday, 10 September 2011

Download Kekasihku Puyu

 Watak
Fahmi-Mohd Fazren Mohd Rafi
Bidasari - Intan Ladyana
Sinopsis
Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya, anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah, bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu ke dalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.


Sesudah 23 tahun berlalu, Fahmi yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. Walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu pada keesokan harinya. Selepas memasukkan ikan itu ke dalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik, hanya boleh dilihat Fahmi seorang.

Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek berkahwin dengan Suriati yang mengamalkan ilmu hitam untuk mengekalkan kecantikannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuan Malek.

Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib, rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu, Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.

Bagaimanakah kesudahan nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya? Temui jawapannya dalam Kekasihku Puyu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang di slot Lagenda.


Download
Episod 08
Episod 07
Episod 06
Episod 05
Episod 04
Episod 03
Episod 02
Episod 01

Download Telefilem Kitab Cinta





Bagi peminat Aaron Aziz dan Fazura yang tidak dapat menonton telemovie ini semasa raya pertama hari tu....ayien nak share link untuk download terus je ke dalam komputer korang....
Watak
Aaron Aziz:Iqbal
Fazura: Mustika
Hardy Hartono:Wali
Sinopsis
Kesinambungan dari drama Kitab Cinta. Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial.

Download
Telemovie Kitab Cinta

Friday, 9 September 2011

Tekan pangkah kalau BW blog yang pasang lagu

Malam ni mood berganda-ganda nak BW..sambil-sambil tambah kenalan...dalam blogwalking ni ayien selalu akan follow banyak blog..tengok menarik dan banyak cerita best terus follow kasi up sikit FOLLOWER member-member..

Tapi dalam blogwalking ni banyak betul ayien jumpa blog yang suka pasang lagu...kenapa eh mereka suka pasang lagu...pelik-pelik...ayien bukan datang blog nak dengar lagu...

tahu tak kenapa ramai tak suka masuk blog yang pasang lagu????
SEBAB berat,lambat loading dan lowkan speed semua tu..


memang ramai pikir pasang-pasang widget tu boleh buat blog kite super cantik and gojes..memang cantik tak dinafikan tapi susah kalau orang lain tak berkenan 

mengikut pengalaman ayien,zaman ayien pasang widget berlambak2 kat dalam blog pink ni..memang tak de yang nak view...lepas tukar template ngan buang semua widget yang tak penting blog jadi ringan dan mesra ramai....

untuk kawan-kawan blogger yang pasang lagu or widget berlambak..sorry la ayien sempat singgah 2 saat je lepas tu terus tekan X kat atas sana....


♥JURURAWAT♥

Hari ni penat sangat sebab terlampau ramai pesakit-pesakit yang terpaksa dirawat kat hospital tu....huh...lenguh betul kaki ni....syukur ramai jugak pesakit yang telah didischargekan dari ward...
lokasi terbaik...
Bukan senang nak jadi jururawat ni....hari-hari tengok pesakit dan pesakit tengok kita..ingat pesakit tak bosan ke tengok jururawat asyik bagi ubat dan macam-macam yang boleh menyakitkan mereka padahal jururawat hanya nak merawat mereka...itulah bila kita jadi jururawat ni muka perlu sentiasa manis dihadapan pesakit walaupun kadang-kadang mood tak berapa baik...

Dari pesakit yang kena potong kaki,patah sana sini,lumpuh,kemalangan,sakit jantung semua tu bukan senang nak di jaga....mesti kental...silap hari bulan boleh pengsan ok....macam ayien dulu...>_<

kami bakal jururawat Malaysia!!!
Jururawat selalu dimarahi kerana lewat memberi ubat, menahan kencing kerana tidak ada masa ke tandas, kelaparan kerana terlepas waktu makan, dikutuk, diejek, disindir, dituduh & mereka amat merindui ahli keluarga tatkala menjaga anda. Setelah anda membaca ini, jururawat di seluruh dunia sedang menyelamatkan nyawa manusia. Post semula kenyataan ini jika anda adalah jururawat, menyayangi jururawat ataupun MENGHARGAI kerja yang mereka lakukan ♥

Faezah Elai selamat bergelar isteri kepada Heykal Hanafiah

Tahniah kepada pelakon Faezah Elai semoga mahligai yang dibina kekal abadi selamanya...aminnn
mereka nikah pada hari ini dengan sekali lafaz sahaja....

cantik berseri Faezah Elai dan pasangannya......

photo kredit to OHBULAN

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...