Sunday, 14 August 2011

Najwa Latiff ..

Pepagi macam ni buka radio dengar satu lagu ni...sweet jerk tajuk lagu die...'Cinta Muka Buka' by Najwa Latiff.

Siapa Najwa Latiff ni?sebelum lagu Najwa keluar kat radio,aku selalu jugak tengok dia dalam youtube.Aktif dalam youtube..Najwa baru je berumur 16 tahun..Memang tak berapa nak percaya kebolehan memain gitar dia power jugak...banyak lagu english dia nyanyikan balik....sedap pun sedap suara dia....walaupun ada yang kata dia tiru Yuna,bagi aku dia ada kebolehan dia sendiri...tak sama pun dengan Yuna cuma mungkin kebetulan mereka bertudung dan main gitar....

Tengok VC ni dan yang lain...mesti korang suka....Chillll


kalau nak tengok yang lain...cari kat youtube.....^_^

Alahai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Malaysia sekarang tengah kecoh dengan Arlene Tan dan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ....



Untuk pengetahuan semua...Makcik Hajjah ni aktif mengutuk,merendahkan ISLAM atau sewaktu dengannya dalam blog milik nya....naik jijik aku baca....yang Pasti Makcik Hajjah ni orang Malaysia sebab begitu fluent bahasa Malaysia nya...

Dalam usaha menjejaki siapa itu Makcik Hajjah,ada satu kumpulan telah cuba menyelongkar identiti sebenar Makcik tu dan entah dimana silapnya,mereka dah salah orang dan menuduh individu tak bersalah sebagai Makcik Hajjah tu...kesian dia...

IKUTI PENGAKUAN ARLENE TAN

I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment

Sumber Beta.my

Pihak yang betanggungjawab cuba menjejaki identiti Makcik Hajjah ni adalah website GaySec..Niat mereka baik tapi mungki kali ini tersalah orang tapi aku sokong usaha korang terus jejaki siapa Makcik Hajjah ni k...


PETIKAN PERMOHONAN MAAF GAYSEC


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini
tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa
kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.
 
Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong
beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat
berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.
 
Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara
umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi
lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan
beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri.
Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. 
 
Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan
atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.
 
Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al
Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?
 
kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi
sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.
 
Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa
#Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang
bulan puasa ini. Insyallah.
 
Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini
semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`.
Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara
ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`,
dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan
data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap
untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna
anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia
siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman
sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang
kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan
cuba fikirkan.
 
Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama
sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :)

Kalau korang nak tengok hasil kerja Makcik Hajjah ni boleh klik Disini

Saturday, 13 August 2011

LOVE U NUFFNANG!!!!!

hihi...pagi ni macam nak happy boleh??


1st time Nuffnang bagi BE kat aku! pagi tadi  pegi cek website Nuffnang terkejut gila ...macam gayat la pulak....blogger lain letak iklan Nuffnang kita ikut tapi bukan tahu sangat apa fungsinya....hihi..tak salah kongsi ceritakan...=)

Sumpah 1stly aku memang tak percaya Nuffnang bagi BE.....sebab ramai jugak yang cakap dah bertahun-tahun siarkan iklan Nuffnang memang tak dapat apa-apa...SEKARANG SAYANG NUFFNANG KETAT-KETAT!!!

malu nak tunjuk tapi tunjuk jugak lah...^_^



 JOM KITA BERBLOG SECARA SIHAT



Friday, 12 August 2011

Kenapa mesti kita begitu?

Boring rasanya kalau aku tak menaip dalam blog ni..

New entry ni ku nak berbicara tentang erti kemanusiaan dalam diri kita...agak-agak kita semua berperi kemanusiaan tak...

Macam mana kalau kita nampak sorang nenek tua yang berjalan menggunakan tongkat nak lintas jalan...korang rasa korang tolong lintaskan  ke tolong tengok jerk..atau dalam hati berkata   'kesian nenek tu...dah tahu banyak kereta naik la jejantas.' Pernah tak fikir kenapa nenek tua tu tak mahu naik jejantas...







Macam mana pulak kalau kita nampak budak kecil bawah bekas tupperware dan minta sedekah kat kita
"Kak,saya 2 hari dah tak makan.." kata budak kecil tu...
Agak-agak apa yang korang akan lakukan...senyum je ke kat budak tu...belikan makanan untuknya atau sekadar buat bodoh jerk...
sesungguhnya mereka manusia yang tidak bernasib baik

 Kalau kita nampak orang gila tepi jalan mesti kita semua takutkan...sebenarnya mereka juga sama macam kita cuma mereka telah ditentukan untuk jadi seperti itu...kadang-kadang ku pelik melihat sesetengah manusia lain menganggap mereka sebagai pembawa masalah kepada dunia..ini melalui pemerhatian ku,kita tak boleh melayan orang gila seperti penjenayah..mereka tak buat salah pun dan kita mesti ambil berat tentang mereka dan jangan menggunakan kekerasan...


Ini belum masuk kes buang bayi dalam masyarakat kita..benda ni dah jadi macam biasa berlaku...yang terbaru aku baca dalam paper seorang wanita menarik kepala bayinya sampai putus..WTH!!!kenapa kau buat macam tu sekali padahal bayi tu hasil dari perbuatan gatal kau dengan lelaki tak berguna...bak kata pepatah...pandai buat pandailah tanggung..anak adalah anugerah tuhan yang tak ternilai...kalau pun tak nak jaga,,apa kata kau bagi kat orang yang nak jaga bukan membuang mereka kat tempat pembuangan sampah dan menjadi hidangan binatang-binatang liar....




ini baru sedikit..masih banyak lagi sikap kita yang mencerminkan sifat tidak berperikemanusiaan terhadap kita sesama manusia...jadilah insan yang berakal dan mengahrgai sesama kita

HAWA dijadikan ketika ADAM a.s tidur...

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. 

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...