Saturday, 31 December 2011

DOWNLOAD CINTA AKHBAR TV9


Sebenarnya aku tak tengok pun lagi citer Cinta Akhbar ni...banyak sangat yang cakap dengan aku cerita ni yang mengandingkan Aaron Aziz dengan Tiz Zaqyah tak ada kimia...so dengan itu wajib aku menyelidik sama ada betul atau tak kimia diantara mereka tak ada...





Link Download: Cinta Akhbar

 Sinopsis:
Cinta Akhbar mengisahkan tentang Ashraf yang kini mencari cinta agung dalam hidupnya. Ashraf dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya namun ibu bapanya tidak pernah membimbing Ashraf dan mengajarnya tentang agama. Hidup Ashraf kosong sehinggalah Daud, pemandu ayahnya membimbing beliau mendekatkan diri kepada Allah. Baru hendak mendalami agama, Daud pula diberhentikan kerja.

Ashraf terus mencari Daud di kampung dan kerana kasihan dengan nasib Ashraf, Daud telah memperkenalkannya kepada Tok Majid. Dari situ, Ashraf telah mendalami agama Islam dan bertemu pula dengan Nuraini, anak kepada Tok Majid. Akhirnya mereka berdua telah bernikah, tetapi ianya tidak direstui oleh ibu bapa Ashraf. Berjayakah Ashraf menghijrahkan ibu dan bapanya ke jalan yang benar dan seterusnya merestui perkahwinan mereka?

jom serang!!!!!!!

Download Tentang Dhia


Hari ni aku nak kongsi link untuk download drama kesukaan ramai iaitu Tentang Dhia.hope u'll happy dengan ada nye link untuk download drama ni..buat koleksi peribadi....^_^




Link untuk Download....

Selamat mendownload...=)
kredit to kepalabergetar.com

Friday, 30 December 2011

Kembar Nora Danish

 



hari ni aku nak kongsi dengan semua orang yang aku dah jumpa kembar Nora Danish pelakon Tentang Dhia tuh....




haha..agak-agak same tak...puas aku tilik-tilik bahagian mana yang sama..dan akhirnya aku jumpa...iaitu kat bahagian bentuk muka,hidung dan bibir...

apa pendapat korang sama tak??


gambar:ehsan kawan2 ngan Mr yahoo..

Wednesday, 28 December 2011

Drama Gemersik Kalbu (Slot Akasia)

Assalamualaikum....

Bermula 2hb Januari 2012...kita semua akan di sajikan dengan drama yang diadaptasikan dari novel yang bertajuk Gemersik Kalbu nurkilan Anis Ayuni yang mengantikan drama Tentang Dhia...buat peminat novel tu korang jangan lepaskan peluang untuk menonton drama yang arahan Feroz KadirHeykal Hanifah...

Drama sebanyak 26 episod ini akan mengandingkan Aqasha,Ayu Raudhah,Fazreen rafi,Anzalna,Khatijah Tan, Rahim Jalani...



Sinopsis
kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Kalbu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.


Semoga drama ini setanding Nora Elena dan mampu menjadi fenomena.....

WORDLESS WEDNESDAY #15

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...