Wednesday, 14 December 2011

Download AKU UNTUK SIAPA?

kali ni kita just nak kongsi LINK download  cerekerama yang dibintangi Siti Saleha ni....sebab kita memang minat dia sejak Nora Elena lagi.....

Sesiapa yang berminat boleh download lah yer....


Pelakon
Siti Saleha , Almy Nadia, Zila Bakarin, Amer Sofaz, Iqram Dinzly, Fadzilah Mansor, Idris Mat Diah, Hairi Othman.

Sinopsis
Aku Untuk Siapa mengisahkan Zizie merupakan anak kandung Ramlan dan Sofea manakala Julia pula adalah anak angkat yang dipelihara sejak berusia tiga tahun. Hal ini dirahsiakan dari pengetahuan Julia. Kisahnya bermula apabila Mak Yam yang ketika itu hidup dalam kesempitan telah datang membawa anaknya Julia ke pejabat tempat Ramlan bekerja dan meminta pertolongan Ramlan agar mendapatkannya sebarang pekerjaan. Oleh kerana tiada sebarang jawatan boleh ditawarkan di pejabatnya, Ramlan telah menawarkan Mak Yam bekerja di rumahnya sebagai orang gaji.

Semenjak itu juga Julia telah dijadikan anak angkat kerana Ramlan tidak mempunyai anak setelah tiga tahun berkahwin dengan Sofea. Kehadiran Julia adalah sesuatu yang amat mengembirakan Ramlan, namun tidak bagi Sofea. Baginya dia tidak perlu mengambil anak angkat kerana merasakan bahawa dia boleh mengandung dan melahirkan anak sendiri. Tetapi disebabkan suatu peristiwa yang pernah berlaku sebelum berkahwin dengan Ramlan, dia mengambil ubat pencegah kehamilan di luar pengetahuan Ramlan.

LINK DOWNLOAD
Aku untuk Siapa?

Saturday, 10 December 2011

THE ULTIMATE YEAR END GIVEAWAY by NISA KAY

 STICKY POST
SCROOL  TO READ NEW ENTRY

Jalan punya jalan baru perasan Nisa Kay buat Giveaway yang memang dahsyat hadiah2nye...rasanya ni la giveaway yang menyediakan hadiah paling banyak dan ayien memang tak sabar-sabar nak join...
Salah satu blog yang ayien kenal masa mula-mula join blogger ni...SAYA SUKA MENAIP
memang berinformasi betul blog SSM ni...huhu...nice person...

Rugi rasanya kalau ayien tak menjoinkan diri dalamGIVEAWAY sehebat ini

Syarat-syarat nye pun senangnya....mestilah ade BLOG dan bergelar seorang BLOGGER...lagi satu pemenang dipilih secara random...so tak de pilih kasih...hahaha..kena up kan traffic cenggini..hihih
 

Senarai Hadiah yang Banyak tieww..
Senarai link sponsors 
DUE DATE:6 DISEMBER 2011 hingga 31 DISEMBER 2011 
Nak sangat hadiah-hadiah yang disediakan..bertuah la kalau ayien salah sorang yang dapat hadiah tueee..
^_^

Wednesday, 7 December 2011

WORDLESS WEDNESDAY #13


Wordless Wednesday paling sengal.....
Wat Eva.......

Saturday, 3 December 2011

Review Ombak Rindu -Hanya Terbaik





Akhirnya...setahun ayien tunggu filem ni ditayangkan dan hari ni...3 hb Dis 2011 ayien berjaya tengok filem ni...perkataan yang wajib dikatakan adalah..TERBAIK....habis tisu pun tak apa...10/10 bintang kat langit tu ayien nak bagi...




Sebelum tu klik SINI kalau nak tengok disebalik OMBAK RINDU


Ombak Rindu ni adaptasi dari novel Ombak Rindu sendiri karya Fauziah Asshari...dan novel ni jugak 1st novel yang ayien beli n sampai sekarang dah 7 tahun ayien simpan dgn lebih 10 kali ulang baca....hahaha...


biar ayien ulas sikit tentang watak-watak dieorang ni mengikut kaca mata ayien....


Hariz:Lelaki kaya,kacak dan punya segalanya,tidak kenal erti cinta sehingga bertemu Izzah


Izzah:Gadis kampung,lemah lembut dan sukar melawan..die terdera dengan status isteri dan perempuan simpanan


Mila:Artis,terlalu obses dengan Hariz,tapi sedar cinta Hariz bukan miliknya..


Sebelum pergi tengok citer ni macam geram jugak bile ramai yang kata citer ni best-best tapi ayien still tak sempat tengok...haha...ni dah tengok ambik ko..memang tangkap leleh...habis tisu kat toilet ayien sebat...hikhik..


Hebatnya Ombak Rindu:


1. Tahniah buat pemegang watak Izzah sebab berjaya bawa watak tu dengan baik...before ni ramai yang mempersoalkan kenapa watak tu tak diberi pada Lisa surihani tapi sekarang memang terbukti Izzah berjaya di tangan Maya Karin..
2. Lisa Surihani memang nampak obses dalam watak Mila...1st time tengok muka Lisa yang garang dan tegas
3. Aaron Aziz berjaya merealisasikan watak Hariz dengan jayanya..part die syak Izzah mengandung..menitis airmata beb...
4. Hampir 70% mengekal jalan cerita asal tapi ada sedikit pertukaran tapi tetap best jugak...
5. Nak tengok Aaron Aziz nangis?memang tersentuh habis...banyak jugak part AA menangis..(rasa macam nak pi kesat je air mata die yang mengalir tu...hikhik)
6. Memang banyak pemandangan cantik dalam filem ni...dekat sawah pada,air terjun,laut...tepi celah-celah batu,waktu senja...hai itu kelebihan shoot-shoot yang menarik...tak jemu...sinematografi yang terbaik..harus menang ASK tahun depan...^_^
7. Kena tengok macam mana Aaron Aziz dari seorang pemarah -->penyayang-->kemudian dalam hati ada taman....
8. Perlu dipercayai hampir semua dalam panggung tu menangis sebab asyik dengar orang selsema je...>_<..ayien tahan nafas je la....malu!!!
9. Osman Ali pengarahnya...semua tahu filem-filem beliau memang berseni..
10. Sebab.......................novel terbaik sepanjang zaman ni..Cinta Agung antara Hariz dan Izzah...
11. Mael pun memang best...=)
12. Suara Maya masa bercakap,mengaji memang merdu habis...



Memang takkan rugi korang habiskan rm 10 utk filem ni...tak rugi juga keluar air mata untuk filem ni..

walaupun agak berbeza sikit dari novel die(sebab novel buat aku nangis lagi teruk) tetap ayien puas hati sebab dieorang berjaya bawak watak tu dengan berkesan...Garangnya Hariz,Lembutnya Izzah dan Obsesnya Mila semua ayien dapat tengok dalam filem ni....

Friday, 25 November 2011

Perlawanan Malaysia vs Bahrain 27hb Nov 2011

 
 
 Ahad ni sekali lagi team Harimau Malaya akan bertarung tapi kali ini dengan negara Bahrain untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik nanti...
sebenarnya Ayien sendiri tak tahu kehebatan sebenar pemain Bahrain yang ayien tahu pemain Malaysia sememangnya dibarisi pemain yang sangat berbakat..huhu...mestilah cakap pemain kita hebatkan..takkan nak cakap pemain negara orang pulak.....dan berita gembira apabila Fadhli Shas,Wan Zaharul Nizam,Syahrul Azwari dan Irfan Fazail dikhabarkan akan turun untuk membantu pasukan kebangsaan...

hopefully Wan Zack Haikal akan fit dan cergas untuk turun dalam kesebelasan utama sebab masa game lawan Syria dia nampak still tak cergas lagi...dan yang pasti idola ku akan turut turun untuk membantu skuad kebangsaan...siapa lagi kalau bukan Muslim Ahmad...=)

Dengar kata Fakri Sharani terasa hati apabila ramai yang mempertikaikan keupayaan nya untuk mewakili Malaysia dan tidak kurang juga mengubah namanya kepada sebutan yang agak kurang sedap untuk didengar...


jom ikuti bicara Fakri Sharani

Saya juga ada perasaan - Fakri

SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.
hopefully Fakri Sharani mampu membuktikan sesuatu pada game perlawanan Malaysia menentang Bahrain nanti sekiranya dia mahu mengembalikan kepercayaan penyokong Malaysia...dan bagi Ayien,Fakri bagus cuma perlu lebih berusaha untuk mendapatkan bola...









Jom ikuti kata-kata uncle ONG pula mengenai sokongan kepada Malaysia..
“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.

TERIMA KASIH MALAYSIA!!
Majulah sukan untuk Malaysia!!!
 

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...