Tuesday, 18 October 2011

Cinta Elysa Best...

Sape suka tengok Cinta Elysa...angkat tangan...malam ni episod seterusnya untuk Cinta Elysa...Minggu lepas tengok sangatlah best,sampaiboleh nangis tengok betapa kecewa Dato'Jasman dengan perangai isteri dia yang curang...last-last dia meninggal kena pukul masa nak pergi Solat subuh..memang superb hebat la drama Cinta Elysa,before ni memang malas nak layan disebabkan sebab-sebab tertentu tapi layan sekali terus nak lagi...Part Fasha Sandha jangan cakap,memang best jugak...Botak aka Johan memang terbaik sebagai lelaki yang tak ada perasaan,samseng lagi...

Hopefully cerita ni tak mengecewakan untuk episod-episod yang seterusnya,lagi best kalau Cinta Elysa disiarkan setiap hari,baru mood fresh...

jom kita layan sinopsis Cinta Elysa

Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.


Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.


Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.


Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.


Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.


Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?


Lagu tema Cinta Elysa pun best...Cinta Dogeng dari Stacy...

Monday, 17 October 2011

Kisah Sedih Hari ini

Mood hari ni sangat tak meloncat-loncat macam semalam...semalam happy sebab nak pi konvo senior,hari ni rasa sedih sangat sebab dapat dugaan besar sekali... Hari ni Kamera ayien telah terkorban dalam kejadian tangkap menangkap gambar masa kat konvo tadi,memang nyesal gila kamera tu jatuh macam tu ja...ingatkan ok tapi pas tu dah tak boleh function like normal...apalagi..memang punah segala harapan ayien sebab kamera tu ada nilai tersendiri..hadiah dari abang ayien yang duk kat Sabah. Ayien pernah cerita dalam entryini pasal kamera tu....betapa happy ayien dapat hadiah..last-last macam ni jadinya....mesti abang ayien sedihkan..... Panjang citer kita pendek kan yang ayien memang tengah sedih sangat..citer ngan family sure kena hentam balik....so kat sini la ayien luahkan perasaan....hopefully pasni hantar kedai still leh digunakan...sayang la kalau tak boleh guna....

Sunday, 16 October 2011

1st Convocation Nilam College

Mesti sekarang ramai senior2 ayien tengah berdebar tak sabar nak naik pentas amik segulung diploma yang korang idam-idamkan selama 3 tahun korang study kat Nilam College an...esok buat pertama kalinya Convocation Nilam College akan diadakan di sebuah lokasi yang agak rahsia...macam ayien memang sedang bangga sangat la sebab jadi student Nilam..

Mesti ramai tertanya-tanya,Nilam College?kat mana tu?College apa?tak pernah dengar pun...hahah..dah biasa dah kalau orang Melaka sendiri tak tahu kolej ni kat mana...

Actually Nilam College terletak kat Daerah Melaka Tengah,Bachang,Melaka...Kolej ni special untuk perempuan sahaja no lelaki..Kolej ni juga hanya untuk orang-orang yang nak jadi Nurse...bukan untuk Enggineer,Doctor,Arkitek,atau pun pereka dalaman...


Berbalik kepada cerita Konvo tadi,esok bakal tercatat dalam Malaysia Book Of Record..ye betul je ayien ni..memain je.hihi..ramai juga yang akan amik dip esok sebab ramai yang dikumpul sejak tahun 2007,yelah..kolej ni baru je dibuka so student memang sikit,takkan nak buat konvo dengan kuantiti pelajar 30 orang pulak memang tak okey sangat la,jadi mereka ni telah dikumpul dari tahun 2007 sehingga 2/2008...seramai 181 orang...barulah best buat konvo gitu..

Sebenarnya ayien happy sangat sebab besok semester ayien ditugaskan untuk membantu dalam pelancaran majlis convo tu...Ayien ngan kawan-kawan ditugaskan sebagai Usher dan ada juga group untuk KOIR....kalau dengar depa nyanyi sumpah ley terganga...sebabnya memang merdu giler...dah macam kumpulan Okestra Kebangsaan ayien tengok...

Hopefully esok akan berjalan lancar dan selancar mungkin,next year my turn..hoho...naik pentas amik skrol tu...
yip2 horrey....

Friday, 14 October 2011

Samsung Galaxy VS IPAD


Alahai sakit hati sebab masih tak dapat nak memiliki Samsung Galaxy Tab ni...errr..dah lama ngidam ni....agak-agak bilalah dapat benda alah tu..kalau dapat 4 RM 1 sure beli 40....pastu ayien keliling kampung tunjuk yang ayien ada Samsung Galaxy Tab..hihihi

Sekarang ramai cakap pulak pasal IPAD lagi canggih dan best kalau nak dibandingkan dengan Samsung Galaxy Tab...yeke?mana la nak tau kan kalau sendiri tak pernah pakai IPAD tu..

Sebab apa ayien ngidam nak pakai Samsung Tab....sebab macam buku,kalau bawa kemana-mana orang cakap rajin budak ni bawa buku gi jenjalan..hahaha...padahal....Samsung ni juga diakui sangat nipis  dengan ketebalan 8.1mm tinggi 241mm lebar 186mm...Samsung Tab juga sangat la ringan 680gm dan senang nak baling kat mana-mana je...hihi



IPAD pun macam lebih kurang je...sama juga macam buku....boleh dibawa ke perpustakaan dan dimana saja...Tebal sikit kalau nak dibandingkan dengan Samsung Tab 8.6mm tinggi 241mm lebar 186mm...dan berat lebih kurang je 680gm...sama macam Samsung Galaxy Tab....=)


Bila la nak dapat Samsung Galaxy Tab ni.....^_^

Thursday, 13 October 2011

MAX 24:7 tiru SUPER JUNIOR ?

Terlupa sekejap siapa MAX 24:7 ni...tapi tadi ada member yang inform ayien mengenai kumpulan ni..puncanya MAX 24:& cuba meniru style K-POP lagi tapi kali ini Super Junior...kalau diperhatikan gambar dibawa sangat obvious mereka meniru style SUPER JUNIOR untuk album MR SIMPLE...

Kata tak nak tiru-tiru K-POP...

Memang ramai peminat SUJU dah mengamuk pasal tiru meniru ni tapi semua telah diremove dari FanPage Max24:7


korang nilai sendiri
SUPER JUNIOR- MR SIMPLE

MAX 24:7

Bagai kan satu kumpulan besar...

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...