Tuesday, 4 October 2011

1st time admitted at Hospital..

Hari ni dalam sejarah ayien buat pertama kalinya telah masuk kedalam ward..Perasaan seram nak giler...tapi nak buat macam mana memang itu yang terpaksa ayien lalui sebab ada masalah sikit dengan Tonsil ayien ni..semakin hari semakin menyakitkan dan ayien pun rasa better buang je so jadilah Tonsilectomy..macam tu boleh?huhuhuh....

Segan pulak bila masa masuk-masuk tadi ada yang periksa keadaan ayien,ye lah biasa ayien yang buat kat orang,mana pernah orang check ayien..hahaha..dengan batuk tak berhenti-henti,demam yang terlampau,agak-agak apa akan terjadi pas ni..boleh ke ward Operation..hihi...jangan tak jadi sebab ayien cuti pun minggu ni...

Semua tanya kenapa ayien nak buang.Salah satu sebabnya tonsil ni dah berlubang-lubang,some time akan keluarkan discharge..kalau korang nak ke simpan lagi benda macam tu....baik buangkan..buakn ada guna apa-apa pun...

Esok ayien akan di bedah..hopefully semua berjalan lancar,tak de lah banyak sangat komplikasi,just sakit sikit dan mungkin pendarahan akan berlaku...doakan ayien ye semua...

Monday, 3 October 2011

Aaron Aziz jadi pembunuh upahan dalam Prince Of The City

Siapa tak minat Aaron Aziz sila angkat tangan...haha..aik nape xde yang angkat tangan..mesti korang semua suka dengan Mr AA kan...huhu

Hari tu kita semua tahukan Aaron Aziz ada mendapat tawaran berlakon untuk filem Hollywood bertajuk Prince Of The City..nampaknya berita itu memang benar bukan omong kosong sahaja..bertuah badan jadi Aaron,murah betul rezeki dia semenjak dua menjak ni...dari drama,filem,model produk semua dia sapu habis...huhu...dalam filem itu Aaron Aziz akan menjadi pembunuh upahan,gempak sih...mesti jahat giler kan...tapi jangan risau kami tetap suka dengan lakonan abang....



jom ikuti temu bual bersama Aaron Aziz (bukan ayien yang temu bual tapi wartawan...^_^)

“Saya akan membawa watak sebagai pembunuh upahan dalam filem Prince Of The City yang turut menampilkan Michael Madsen sebagai pelakon utama,” kata Aaron Aziz sejurus selepas pelancaran APEC Young Entrepreneur Summit (YES) 2011 yang berlangsung di Kompleks Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, lewat tengah hari tadi.

“Pengambaran ini dijangka mengambil masa selama 18 hari, dan hari ini merupakan hari kedua saya bersama krew produksi Axis Entertainment. Istimewanya, filem ini memaparkan 100% dialog bahasa Inggeris kerana ia bakal dipasarkan untuk pasaran Hollywood. Andai kata filem ini dipasarkan dalam negara, kemungkinan akan dubbin dalam bahasa Melayu,” jelas Aaron Aziz lagi.

Menurut Aaron Aziz, filem ini akan diarahkan oleh pengarah tempatan, Roslan Husin.
“Saya menerima tawaran ini kerana ingin menimba pengalaman dan nak tahu apa kelebihan produksi Hollywood berbanding produksi tempatan. Insyallah, pengalaman itu akan saya serapkan dalam bisnes produksi yang saya jalankan.”
macam ni ke muka pembunuh upahan..huhu

Tahniah Aaron Aziz..pelakon yang bersih dari sebarang kontroversi..paling teruk pun orang tuduh dia bukan lelaki sejati...tapi ayien tetap percaya tu semua kata-kata orang yang sakit hati dengan kejayaan Aaron Aziz

 

Sunday, 2 October 2011

Sekitar Majlis Berinai Nabil dan Zira

Majlis berinai diadakan dirumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis pernikahan...
Memang pengantin perempuan nampak sangat cantik...bertuah Nabil..semoga perkahwinan mereka berkekalan selamanya..






gambar ehsan OHBULAN

K-Pop Malaysia terbaik

Fenomena melanda diriku..hari ni sedang melayan youtube sempat la ayien tengok VC macam-macam artis,Najwa Latif,Shila Amzah,Forteen dan seterusnya VIP..sebetulnya ayien dah tertarik dengan persembahan dieorang sampai laju jejari ni nak buat entry pasal dieorang..

Ini baru la K-Pop Malaysia bukan macam lagi satu group tu....apa ntah nama nya

 Fanpage mereka


Sebelum ni memang banyak selalu dengar lagu dieorang yang tajuk LAGU SEDIH tu memang boleh cepat tangkap la..sedappp suara dieorang ft dengan ADAM..masa layan VC LAGU SEDIH memang tertarik habis dengan performance mereka yang bertenaga..macam tengok kumpulan Korea plak...

Kumpulan VIP ni di anggotai seramai 4 orang (Adam ada kadang-kadang jerk)iaitu Fadlan,Marlon,Yandy dan Ryan..mereka semua memang berbakat dalam tarian serta nyanyian,tarian pun memang sharp dan bertenaga...mereka merupakan anak didik KRU selain kump.Forteen.

Kalau macam ni boleh lah jadi K-Pop Malaysia...terbaik dari ladang KRU....

VIP boleh tersenyum dan bertuah kerana ramai yang menerima mereka,bukan senang tau ala-ala KPOP ni nak diterima kalau tak kena gaya..tak perlu nak comel-comel sangat,buat aksi comel cukup ngan performance yang best tentu ramai suka..standard Super Junior,2PM,SS501,Bigbang,TVXQ,Beast dan banyak lagi...tahniah sebab berjaya membuktikannya..

Jom Layan


ini version pendek jer...

Yandy,Marlon,Fadlan dan Ryan


Friday, 30 September 2011

Gambar pra perkahwinan Nabil dan pernikahannya.

Ketika ini Nabil selamat bergelar suami kepada Zira...semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat....ayien nak selitkan beberapa gambar semasa pernikahan dan pra perkahwinan mereka...wang hantaran sebanyak RM 15.000 diterima Zira...










gambar ehsan FEEL dan Oh Bulan

♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...