Wednesday, 20 July 2011

DOWNLOAD KITAB CINTA


Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar disitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika University.

Satu hari Mustika telah... di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada disana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.

Lakonan : Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sbg Irfan

 

OST KITAB CINTA

Monday, 18 July 2011

DOWNLOAD DRAMA STANZA CINTA


Sinopsis Ringkas
Stanza Cinta berkisar tentang cinta 3 segi antara Amni, Taufik dan Irfan. Amni akhirnya bertunang dengan Irfan pemuda kaya raya, sedangkan hati dan cinta pertamanya untuk Taufik, pemuda alim. Bagaimanakah Amni boleh bercinta dgn orang lain dan bertunang dgn orang lain?
Download link 



Episod 13 - 02 Okt - 140mb tamat
Episod 12 - 25 Sept - 139mb
Episod 11 - 18 Sept - 132mbEpisod 10
Episod 09
Episod 08
Episod 07
Episod 06 - 139 mb
Episod 05 - 145mb
Episod 04 -145mb
Episod 03- 132mb
Episod 02 - 143mb 
Episod 01 - 141mb 



Lagu Tema
 
kisah hati - alya

Antara Kita - Jed Madel ft. Nikki Palikat
Pelakon
Aaron Aziz, Nur Fathia, Fizz Fairuz, Azhar Sulaiman, Dato’ Jalaludin Hassan, Fadilah Mansur

Sunday, 17 July 2011

DOWNLOAD DRAMA TAHAJJUD CINTA



Tahajjud Cinta lakonan hebat Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Dato’ Jins Shamsuddin, Norish Karman, Neelofa, Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila mulai 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah & penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jawapan tersirat di dalam TAHAJJUD CINTA yang menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.


LINK UNTUK DOWNLOAD SETIAP EPISOD
EPISOD 3 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 4 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 5 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 6 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 7 TAHAJJUD CINTA
EPISOD 8 TAHAJJUD CINTA

Friday, 1 July 2011

Grand Finale

Grand Finale....akhirnya berakhir jua exam final ku....bukan final biasa tapi final untuk semester 6...kira punya kira rupanya nak dekat 2tahun 1/2 ayien study dalam cos nursing ni....dan macam tak terasa lamanya 2 tahun tu tinggal kat sini...bidang yang bukan menjadi pilihan aku...akhirnya aku jatuh cinta jugak...=)

Total tarikh tolak masa dan blabla...tinggal lagi 5 bulan aku menetap di kondo mewah bak kata kawan2 ku...nak kata happy jauh sekali..nak kata sedih tu memang betul lah....bersama berkongsi suka gembira duka dan macam2 rasa korang rasa sanggup ke kita semua seramai 83 orang ni nak berpisah....OMG tak mahu lah...

Honestly aku mengaku,korang lah sahabat terbaik yang aku kenali sepanjang aku mengenali apa itu persahabatan...walaupun ada yang bergaduh ,bermasam muka ,bermesra itulah asam garam kehidupan kita kan....

Aku tak mahukan perpisahan kita berlaku........

Wednesday, 29 June 2011

Aaron Fever melanda

Hai....macam lama sangat ayien tak update blog ni...dah rasa rindu pulak.^_^ kebelakangan ni agak busy dengan Exam final last semester so kena la buat yang terbaik....

Korang tau tak sekarang ni ayien tengah kena Aaron Fever...bukan sebab dah jatuh cinta dengan dia tapi asyik terpikir je tentang Aaron si aka Seth ni....nak diluah kena gelak so harus bagaimana lagi nak kebahkan fever yang melanda...
senyum????

Yang ayien tahu demam ni mula melanda sejak drama Nora Elena..sebelum ni tak heran pown siapa Aaron Aziz...citer pa dia berlakon....sumpah memang tak heran sangat pown tapi Nora Elena betul2 memberi tamparan hebat bukan pada ayien sorang tapi beribu2 orang kat luar sana kan....


Beruntung la kak Diyana Halik dapat suami Aaron Aziz..dah la penyayang yang paling penting family first..itu yang bagus tu....hopefully Aaron Aziz akan terus berjaya pada masa hadapan dan terus berjaya....aminnnn
sebelum menutup tirai kata ayien nak beri sedikit gambar2 untuk korang santap.....hihi....^_^V












♥Nuffnang:TABUNG CINTAKU♥

♥BLOG BERFUNGSI SEJAK♥

Daisypath Happy Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...